Friday, September 9, 2011

MELAKA !

Salam semua!
kali ni bonda bercerita pasal raya ke-2 kami ke Melaka kampung ayah. Tapi sayang nama ke kampung balik sana kena tido hotel gak. Memang tetiap tahun mcm ni. Dulu time kecikkecik ayah la jadi penaja kami adik beradik, tapi sekarang ni semua tanggung diri memasing lagilagi dah berkeluarga.

Chalet menjadi pilihan buat masa ni, memandangkan kebanyakkan hotel dh full house. Tapi best jugak chalet ni dgn harga RM250 semalam utk family room yg mana terdapat 1 queen bed & 2 single bed. Besar kan??? dan lagi best ada kolam renang, apelagi anak bonda tu nampaknampka je terus teruja!!!

Siap check in terus ke bilik utk solat zohor. Selesai semua kami teruskan beraya ke rumah saudara mara ayah. Apa yang best di Melaka, tentulah rendang cili padi yg sangat superb. Pedas yang membuatkan bonda akan makan berulang kali. Selain dari itu, lemang kat sana pun sodap, bukan beli di tepi jalan tapi mereka bakar sendiri. Ohhh sangat sedap!

Puas meronda hingga letih kami balik ke chalet semula. Suami harus berehat sebab perjalan dr Shah Alam ke Melaka td mengambil masa agak lama kerana lebuhraya jam, banyak sgt kereta kuar beraya agaknya. Itulah namanya suasana hari raya kan???

Esoknya perjalanana beraya masih diteruskan hingga ke malam. Selepas solat Isya' kami pulang ke Shah Alam semula. Macam tidak percaya, esoknya bonda kena kerja
:((  crying:(( crying:(( crying

0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template