Thursday, November 10, 2011

EidAdha 2011.. Edisi 2

Selagi gambar raya ni tak habis di syer maka wujudlah edisi seterusnya.

Okey, kita sambung cerita kenduri di kampung. Selepas siap je sembelih dan melampah lembu, pembahagian tugas diberikan kepada semua ahli keluarga. Ada tukang potong tulang, daging, sayur, basuh bahanbahan, blend bahanbahan, tukang masak, tukang basuh dan tanak nasi. Termasuklah suami menjadi orang yang paling sibuk sekali. Tugas suami adalah memasak nasi dan membasuh perut lembu.

Setel semua bahanbahan, acara memasak diteruskan dengan menggunakan 4dapur. Hanya dlm beberapa jam setel semua masakan. Nasi pada hari itu adalah Nasi Hujan Panas. Antara lauk pauk pula semuanya berasaskan daging. Daging bakar, daging masak kicap, daging masak merah ngan daging rebus. Air asam dan beberapa menu lagi. Tiap kali tetamu dtg mesti bertanya "ish, mcm mana korang masak semua ni?"... Itulah dia kerjasama.

P/s: memang akan wujud edisi 3 ni. Tunggu...

0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template