Wednesday, November 2, 2011

Nur Marsya Rania Birthday...

Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah. Hari ini genaplah umur anakku 3 tahun. Ku rasakan begitu cepat masa berlalu. Tidak dapat ku lupa detik pertama daku dan suami melihatnya didunia mu ini Ya Allah. Sungguh sempurna, sungguh cantik dan sungguh unik ciptaanmu. Terima Kasih atas kurnianmu buat daku dan suami. Tapi, daku harus ingat bahawa kurniaanmu ini dtg dgn amanah yang tinggi. Amanah itulah yang daku dan suami harus pikul sebaiknya. Ya! bukan mudah untuk melaksanakannya. Daku sentiasa berdoa, berharap agarmu Ya Allah sentiasa meredhai dan memudahkan segala urusan amanahmu ini. Bimbinglah kami Ya Allah sebagai ibubapa yang sentiasa berada dalam syafaatmu supaya kami juga dapat melahirkan zuriat yang mana berada dlm syafaatmu jua.

Nur Marsya Rania, puteri pertama aku dan suami yang dilahirkan pada 2/11/2008 jam 1.52pagi di Hospital Putrajaya. Ohhh detik itu begitu indah walaupun sakitnya sukar digambarkan. 3 tahun sudah berlalu, hari ini marsya sudah petah berkata-kata, sudah sikit sikit mengenal erti marah, geram, sakit. Sudah mengerti pujuk rayu, sudah berlakon dgn pelbagai watak, sudah mengenal kawan kawan, sudah pandai bercerita, menyanyi mahupun menari, sudah mandi, berpakaian, memilih pakaian sendiri, sudah mengenal cantik atau hodoh, sudah pandai memilih makanan serta serba serbi sudah pandai, bleh dikatakan sudah mengenal sikit sikit akan dunia ini.

Untuk Marsya:
Ayah dan Bonda mengharapkan yang terbaik untuk Marsya bagi kehidupan dunia mahupun akhirat. Kami sentiasa berdoa untukmu supaya kamu sentiasa dibawah perlidungannya. Sekarang Marsya mmg tidak tahu apa apa lagi, tapi Insyaallah akak datang dapatlah Marsya mengenal dunia yang penuh cabaran ini. Subhanallah, harungilah ia dgn bimbingan Al-Quran dan Sunnah...

P/S: next cerita Insyallah, bonda akan syer Majlis Sambutan Hari Jadi Marsya yg kami raikan di Nursery bersama kawan kawan dan cikgunya. Adalah sedikit gambar yang bleh bonda ceritakan. So tungguuuuuuuu...

Byebye...
Sayangkorangsemua...



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template