Friday, February 24, 2012

hari terakhir di HSB...

2 comments
Ye, hari ni hari terakhir ai di HSB..

Perasaan?

Ai rasa sebak tau. Nak nangis je sepanjang bermaafan ngan kenkawan kat sini. Syahdu sangat. Walaupun tak panjang jodoh bekerja disini. Tapi kenkawan ramai. Ada doktor, nurse, makcik cleaner ngan pak guard. Ai kan peramah jadi ai layan je semua orang sama rata. Sape yang untung kan? diri sendiri juga. Senang je nk dpt bantuan bila diperlukan dr mereka. Mereka semua baik-baik. Banyak gak kelebihan kerja di sini terutama bila sakit. Semua jd mudah bila kita kenal orang. Selama setahun enam bulan je hubungan ni dan ai masih berharap semoga sillaturrahim ni akan terjalin untuk selamanya...

Pengalaman?

Pengalaman asik bertukar tempat kerja ni kadangkala nya elok juga. Walaupun senioriti kita akan hilang bila kita berpindah di tempat baru. Tapi kan, ai dapat kawan yang ramai tau. Semua tempat lama yang ai pernah kerja ai ada kawan. Senang jugak kan? Pergi HKL ada kenalan, pergi HTAR ada kenalan, pergi KKM lagi ramai kenalan dan pergi HSB ada juga kenalan... hehe :x lovestruck Tapi petua yang amat berguna, kita kena berani untuk menjelajah tempat baru. Bukan mudah nak sesuaikan diri ngan kawan baru dan kerja baru.

Kenapa tak cukup bulan baru pindah?

Sebab ai amik cuti minggu depan sblm 1 Mac. Ai dah plan ngan chenta nak balik kg. Yela... tak kan baru masuk tempat baru dh nak minta cuti kan. Tak manis la macam tu. Lagipun banyak urusan belum setel. Nak pindah umah. Nak cari sekolah baru untuk marsya. 

Ada Jamuan?

Tadi ada makan-makan kat HSB ni. Malu ai nak kena berucap tau. Hahah bantai saje la cakap apepun janji orang paham. Ai dapat hadiah best! Tapi gambar tak sempat snap sebab BB rosak plak ni! So tak leh nak syer la...:D big grin

Kehidupan baru?

Bermula lah kehidupan baru semula. Tapi padahal tak baru pun. Lagi lama dok putrajaya dr sini. Yang baru cuma sekolah untuk marsya kot. Dan rutin harian akan berubah. Lepas ni ai pegi keje dekat je ngan umah. Semua disekeliling umah je. Tempat lepak lama akan kami jajahi semula... Tapi marsya pasti terasa perubahan sebab akan dapat cikgu baru, kawan baru. Harap-harap marsya cepat sesuaikan diri nanti...

Thursday, February 16, 2012

Puncak Alam-Putrajaya

0 comments
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Ai selamat menjadi warga IPKKM semula. Hanya 1tahun setengah je kami berpisah. Chewahhhh….
 
Bermula 1 Mac 2012 ni ai akan bertugas semula di sana. Semoga ia menjadi episode baru dalam hidup ini. Semoga pemindahan kali ini kekal sehingga ai naik pangkat kelak, Amin…
 
Segala urusan semalam bejalan lancar. Hari ni ai betugas semula di Hospital Sg. Buloh sehingga 29 Februari 2012. Mungkin ai dah boleh buat countdown skang ni. Perasaan skang adalah bercampur baur. Suka ada, risau ada.. Tu la sebab ai kerap pening skang ni. Sedihnya…
 
25 Februari 2012 ai dah janji ngan driver lori untuk angkat barang dari umah Puncak Alam ke Putrajaya. Jadi bermula dari skang kami dah mula kumpul kotak. Nak mengemas skit-skit sehingga selesai semuanya. Nasib baik la barang kat umah tak banyak sangat. Dan ada juga barang perabot yang ai dah jual. Hehe. So tak lah banyak sgt barang nak kena bawa kan….
 
Sedih jugak tau nak tinggalkan tempat ni bila ai dah tau yang ai akan bertukar. Tapi dulu bekobar-kobar nak balik Putrajaya. Bukan apa, kat sana mudah, semuanya depan mata. Saudara mara pun ramai… Senang kan???
 

Friday, February 10, 2012

Indahnya Jumaat..

0 comments
Salam Jumaat.. Alhamdulillah di pagi Jumaat ni ai dapat mengawal perasaan marah.. Eh tetiba??? Sebab kan pepagi biasa lah.. Bila masuk opis ada saja yang tak kena.. Mula nak bebel, muncung mulut dan masam muka… Hehehe.. Korang mesti tak macam tu kan??? Ai akui memang panas baran… Dan ai mmg garang,, Eh yeke? Kena Tanya pada yang kenal la.. Kalau Tanya chenta, jawabnya ai ni degil !!! Statement kejam tu kan???
 
Malam td ai dapat join chenta p surau.. Kalau hari biasa chenta sorang je p surau.. Cuma malam jumaat ai dapat kebenaran p surau sebab ada ceramah agama, bacaan yaasin dan tahlil.. Gembiranya bila dapat join chenta, marsya pun folloe sama… Marsya sgt bagus.. Join ai solat Maghrib berjemaah tapi bila solat Isyak dia dh mula panas enjin.. Berlari sana.. berlari sini tapi skit pun tak menganggu ai.. Good Girl Marsya…
 
Malam td ai dgr ceramah pasal Taubat.. Best sangat… Rasa banyak yang terkena ngan diri sendiri… Ala-ala taubat sambal belacan.. Waktu pedas tak makan, ilang pedas makan lagi.. Itu ai la tu.. hehe.. Insyaallah jom kita berdoa agar taubat kita diterima… Bukan mudah kan??? Cakap senanglah… Memang ai akui.. Syaitan senang nak mengoda kita… Syaitan tk pernah putus asa.. Tapi kita kenapa mudah sangat putus asa??? Mudah mengalah??? Jawabnya manusia….
 
Azam tahun 2012 ni ada yang dah tercapai.. Ada 2perkara yang dah tercapai.. Alhamdulillah Ya Allah.. Antaranya ai nak chenta jadi ahli surau.. Ya! Sekarang ai dah dapat.. Chenta ai menjadi ahli surau.. Setiap malam p surau… Dan yang paling best, Khamis malam Jumaat ai dan marsya akan join chenta… Bahagia sangat ai rasa sekarang ini..Selalu ai ingat satu perkara ni :
 
Kalau kita jaga hubungan kita ngan Allah, Insyaallah Allah akan pelihara hubungan kita sesame manusia jugak :x lovestruck


p/s: malam ni ai ada plan nak bawa mak ayah dan adik p makan-makan, insyaallah...

Berita Menarik Bagi Saya Hari Ini!

0 comments

Bertudung sebab diri sendiri



BERKAT 12 Rabiulawal sempena kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali, 27, membawa arus perubahan besar dalam hidup dan kerjayanya dengan tampil bertudung.
Selepas mengejutkan banyak pihak menerusi pengumuman majlis perkahwinannya dengan seorang jejaka kelahiran Selangor, Ahmad Aznaim Abdullah atau dikenali sebagai Naim, 30, gadis yang menggunakan nama pentas Ana Raffali itu sekali lagi membuka mata ramai terutama peminatnya.
Melangkah setapak lebih dekat dengan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi, Ana yang ditemui ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, semalam mengakui dia kini merasakan dirinya lebih dekat dengan Maha Pencipta.
"Saya tak melihat pemakaian tudung sebagai satu imej atau trend, ini merupakan pelaksanaan tanggungjawab saya. Sebagai seorang wanita beragama Islam, tidak salah untuk saya mendekatkan diri dengan ajaran agama yang memayungi saya sejak dari kecil," ujarnya yang ditemani buah hatinya yang juga seorang jurufoto bebas itu ketika sesi fotografi tersebut.
Jujur, tatkala lensa kamera jurufoto Kosmo! ,Jeffri Iran membidik tepat ke arah dirinya, si gadis itu kelihatan lebih manis dan tenang.
Kata Ana, penghijrahan itu merupakan doa daripada peminat dan individu sekeliling yang sentiasa menyokongnya selama ini.
"Ramai orang tanya bila nak pakai tudung dan saya jarang memberikan komen mengenai perkara itu. Malah, tidak sesekali saya menangkis atau menolak untuk memakai tudung.
"Dan sekarang syukur Alhamdulillah, doa anda semua dimakbulkan Allah. Jodoh pun sudah ketemu dan kini tanggungjawab saya sebagai seorang wanita beragama Islam semakin lengkap," katanya.
Perasaan yang menusuk terus ke dalam sanubarinya saat dia memutuskan untuk bertudung dirasakan anugerah teragung baginya.
"Alhamdulillah sekarang rasa lebih tenang dan sewaktu hari saya nak pakai tudung itu pun perasaan itu datang dengan sendirinya dan bukan secara mengejut atau tiba-tiba.
"Sebelum keluar makan petang bersama Naim, saya terasa mahu memakai tudung dan saya rasa sangat selesa. Ini perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya, ditambah pula dengan keberkatan Maulidur Rasul pada hari itu," ucap Ana setinggi-tinggi pujian kepada yang Maha Esa atas sinar yang ditunjukkan.
Bertudung bukan satu perkara asing bagi Ana kerana setiap kali menghadiri majlis keagamaan mahupun kenduri dia bakal mengenakan hijab di kepalanya. Malah, dari zaman belajar lagi menurut Ana, dia sememangnya bertudung.
Lisa Jatuh Cinta
Menyangkal sama sekali seandainya ada dakwaan yang mengatakan bahawa dia bertudung disebabkan perjalanan hidupnya yang bakal berkahwin tidak lama lagi, ditambah pula dengan faktor latar belakang keluarga Naim yang bersangkut paut dengan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan). Bapa Naim sebenarnya pernah bekerja di Jawi.
"Saya bertudung bukan disebabkan keluarga Naim tapi sebab diri saya sendiri, saya bersyukur kerana dikurniakan nikmat dan rezeki yang melimpah ruah dari Allah.
"Beginilah cara saya membalas kasih sayang-Nya kepada saya iaitu kepercayaan bukan saja dari dalaman tapi juga secara lahiriah. Allah bukakan hati dan mata saya untuk mendapat kesedaran secara halus," luah Ana.
Tambahnya, sepanjang jalinan hubungannya dengan Naim dia tidak pernah dipaksa untuk bertudung dan disebabkan itu mereka berasa semakin selesa dan serasi.
"Kami pun banyak berbincang mengenai hal agama dan masing-masing memberikan pendapat masing-masing," katanya.
Ditanya mengenai persiapan Ana menuju hari bahagianya bersama jejaka yang dipanggilnya Naim, jawab Ana segalanya berada di landasan yang tepat.
"Alhamdulillah sedang berjalan lancar, hantaran sikit lagi nak siap, kami sudah buat perjumpaan kedua-dua belah pihak begitu juga dengan pihak masjid dan aturcara majlis pun dah siap," katanya yang bakal menggunakan khidmat Ezuwan Ismail dan Safura Azali sebagai pereka pakaian nikah dan resepsi nanti.
Menerusi perbincangan yang sudah dibuat, tambah Ana, sebanyak tujuh dulang hantaran dari pihak lelaki dan sembilan dulang hantaran dari pihak perempuan sudah dipersetujui.

FIGURA yang dikenali dengan imej sopan ini mengakui dirinya kini semakin dekat dengan Tuhan.


Sementara, mas kahwin dan perkara lainnya masih dalam proses perbincangan.
Memikul tanggungjawab bergelar isteri pastinya sedikit sebanyak menghadiahkan jiwa gemuruh buat Ana. Diakui sendiri oleh empunya badan, katanya lagi: "Saya bersyukur sangat-sangat, senang cerita perasaan saya gemuruh dan gembira. Semuanya bercampur-baur."
Memilih untuk berkahwin tatkala karier masih berada di puncak sekali gus bersama satu tanggungjawab yang makin berat, Ana menegaskan dia tidak akan sesekali meninggalkan kariernya sebagai anak seni.
"Saya akan terus berkarya dan insya-Allah pada bulan Mei nanti saya bakal muncul bersama album kedua saya yang memuatkan 10 buah lagu termasuk sebuah lagu baharu, Lisa Jatuh Cinta.
"Material semua dah ada cuma konsepnya masih belum diputuskan. Biar tanggungjawab saya sudah bertambah tapi saya tetap Ana Raffali yang anda semua kenali," tegasnya.
Bingkisan lagu buat Naim
Sebagai seorang karyawan merangkap penulis lirik dan komposer muda yang berbakat, Ana Raffali tidak ketinggalan mendedikasikan sebuah lagu khas buat sang kekasih, Ahmad Aznaim Abdullah, 30.
Lagu Sampai Bila dihasilkannya dua tahun lalu dan katanya tidak sengaja ditujukan khas buat bakal suaminya itu.
"Dua tahun lalu kalau tak silap saya cipta lagu itu dan yang menariknya setiap intipati dalam lagu itu menceritakan kisah saya dan dia (Naim)," singkapnya.
Secara literal, lagu itu menurut Ana berkisar tentang kisah kekasih yang sudah sekian lama bercinta. Jadi sudah sampai masanya untuk setiap pasangan itu meneroka peringkat lebih tinggi dalam sesebuah ikatan perhubungan untuk menyatukan dua hati.
"Lagu ini sebagai pesanan mesra kepada mereka yang sedang bercinta dan merancang masa depan bersama," ucap Ana.










-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah...
Selak akhbar Hari Jumaat terus ai tertarik ngan berita ini..
Syabas Ana Rafalli.. Gembitanya rasa bila artis kita makin ramai yang berubah...
Bukan apa, Artis kan byk menjadi ikutan...
Banyak pengaruh...
Mana tau, ada juga antara peminat Ana Raffali yang join skali bertudung...
Dalam diam kita dapat pahala free... Mana nak carikan???

Antara artis yg ai kagum sangat akan perubahannya..
Wardina, Catriana Ross, Sham Kamikaze dan Ziela Jalil...
Ramai lagi rasanya artis kita yang dah berubah...
Sentiasa berdakwah untuk kebaikan...
Ya Allah besarnya nikmatmu yg memegang hati seseorang...
Semoga kau sentiasa menjaga hatiku dan suamiku serta anakku
dan semua umat manusia si sekalian alam, amin...



  

Thursday, February 9, 2012

Berita Menarik Bagi Saya Hari Ini!

0 comments

Kemaruk raba sesama lelaki


TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabit.
TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabit.


KUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta.
Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.
Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii, namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka.

Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi.

Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka 'kemaruk' meraba lelaki lain.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masyaallah... Dunia akhir zaman...Walaupun tau perlakuan itu sumbang tapi semakin menjadi-jadi.. Subhanaallah.. Ai takut.. Takut akan balasan Allah kelak... Apalah agaknya yang bermain kat fikiran mereka ini... Ai amat takut...Tadi bila tengok tajuk dah rasa semacam.. Bila baca saje isi kandungannya lagi la rasa semacam.. Macam mana nak lari dari masalah ini??? Tak sanggup rasanya nak menerima bala dr perbuatan mereka yang mungkar...

Semenjak ai bekerja di Hospital Sg. Buloh ni... Semakin banyak maklumat berkaitan penyakit berjangkit yg ai tau... Untuk makluman semua, HSB adalah pusat rujukan bagi penyakit berjangkit seperti Tibi, HIV, RVD dan sebagainya... Sebab tu la kanak-kanak tidak dibenarkan naik ke wad bila waktu rawatan.. Ai sendiri pun jarang bawa marsya ke opis..Kalau boleh elakkan lah..

Kadang-kadang sedih tengok kes HIV/AIDS tu sendiri... Sebab yang ramainya melayu/islam... Anak2 muda.. di kalangan pelajar, pegawai kerajaan, org persendirian.. Tak malu ke mereka? datang untuk mendapatkan rawatan sambung nyawa (sebab kena makan ubat untuk bunuh kuman)... Datang bersama pasangan mereka.. Kaunseling... huh.. memalukan sungguh... Yang peliknya boleh lagi tunjuk aksi bermanja di hospital ni.. Subhanaallah...

Jom kita doakan agar mereka ini diberi petunjuk... Bukalah hati mereka untuk berubah.. Ingatlah! Nabi tak mengaku umat.. Perkara itu amat terkutuk.. Dunia semakin tua... Manusia semakin kejam... Berdoalah.. Berdoalah agar kita terselamat dari balasan Allah kelak...























Cuti 4 Hari anda buat apa???

0 comments
hi ols...
ai nak share cite cuti selama 4 hari yang lepas...
xlah bejalan jauh ke mana...
hanya bawa marsya ronda-ronda, makan-makan, bersosial je...

Sabtu...
mmg dh plan lama nak jumpa ngan X-Kusza..
teman lama berjimba-jimba..
alhamdulillah..
perancangan menjadi...
cuma ahli nya kurang...
tp best jugak ;)  winking
next plan Penang...
semoga menjadi, amin

Ahad...
Menghadiri majlis aqiqah sahabat lama di Klang..
suka sangat sebab dpt jumpa geng lama...
selepas itu menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat di Ampang..
Ohhh ramai rupanya yg ai tak kenal..
padahal saudara dekat tu#-o d'oh!

Isnin...
ada sepupu nak datang umah..
dh plan lama nak berkelh bersama...
bw anak2 mandi pantai buatan di Putrajaya..
tp kita hanya merancang tuhan yang menentukan...
petang tu hujan turun dengan lebatnya..
janji asal selepas asar...
makanan semua dah tersedia...
akhirnya kami tunda ke malam..
lepak kat Dataran Masjid Putrajaya jer...
jadilah~^o^~ cheer

Selasa..
disebabkan plan asal tak menjadi..
ai ngan sepupu dah janji nak bw anak2 p bekelah pagi ni...
bgn awal pagi sediakan nasi lemak..
sambal sotong, ayam goreng, wedges..
bihun goreng dan teh o suam..
yummyyy...
dlm kul 9pagi sampai kat situ..
bentang2 tikar, mula bekpes..
pastu bebudak layan pantai..
mak2, ayah2 sembang bagai nak rak...
lebih kurang kul 12.00tghri kami paksa mereka naik..
mandi, makan, jom balik :( sad

begitulah ai abiskan cuti yang ada. Janji anak happy kan.
tak perlu pergi jauh-jauh...
depan umah pun okey :x lovestruck

p:s.. gambar macam biasa kat FB yer

oh lupa tis week plak ada:
1) Astro Festival
2) Birthday Party
3) Wedding




Friday, February 3, 2012

Berita Menarik Bagi Saya Hari Ini!

0 comments

RM6,500 hanya dapat plat kereta...


SHAH ALAM: Hasrat seorang pekerja kilang membeli kereta baru bagi memudahkan urusan sehariannya berakhir kekecewaan apabila dia diperdaya seorang jurujual kereta dalam kejadian di Seksyen 23, di sini, baru-baru ini.
Mangsa, Mohd Fazli Ambric, 27, berkata, dia berhasrat membeli Proton Saga berharga RM46,000 dan mengunjungi bilik pameran di Seksyen 23 bagi membuat urusan jual beli.

"Ketika di bilik pameran itu, saya dilayan jurujual dikenali sebagai Badrul Hisham untuk membuat tempahan yang memerlukan saya membayar RM500 secara tunai.
"Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan bank sudah meluluskan pinjaman kereta itu dan saya diminta membayar pendahuluan RM6,000 bagi urusan dokumentasi. Wang itu diserahkan kepada jurujual terbabit dan diberi resit rasmi," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Fazli berkata, jurujual itu menjanjikan keretanya diperoleh selepas Tahun Baru Cina, namun perkara itu tidak ditunaikan, malah jurujual terbabit menghilangkan diri.

"Saya pergi ke premis itu untuk menuntut kereta yang dijanjikan, namun dimaklumkan jurujual terbabit sudah berhenti kerja sebelum Tahun Baru Cina. "Saya curiga dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, namun sekali lagi pergi ke premis berkenaan dan lebih mengejutkan saya apabila dimaklumkan jurujual itu mempunyai empat kes penipuan membabitkan penjualan kereta sebelum ini," katanya.

Selain itu, majikan jurujual terbabit mendakwa mereka tidak pernah mengetahui urusan jual beli keretanya dan enggan memberikan pampasan.

"Saya tak menyangka hanya mendapat nombor plat kereta. "Lebih menyedihkan resit yang diberikan kepada saya adalah palsu walaupun tercetak nama syarikat pengedar itu. Sungguh mengecewakan kerana saya bukan membuat urus niaga di kedai kopi, tetapi di bilik pameran," katanya.
Mohd Fazli yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15 Ahad lalu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ai suka nak syer pasal cite ni sebab ada pengalaman yang sama. Cuma bezanya tempat urusan yang dilakukan. Macam tak percayakan... urusan yang dilakukan di bilik pameran pun ada penipuan. Masyaallah...Ai dulu urusan mmg dilakukan di kedai kopi je. Ni pun sebab kawan atas kawan la. Jiran kononnya. Kita pun nak amik hati jiran. Ingat lagi urusan tu dilakukan seminggu sebelum puasa. Ai lagi la bayar ikut cash deposit. Takde resit rasmi. Hanya ada resit bank tu je. Hari demi hari urusan tu mcm sukar. Bila telefon tak berjawab. Bukan sekali tapi beribu kali. Chenta call, ai pun call. Sume dia rak jawab. Ai dah mula sangsi...

Ai hubungi melalui sms plak. Macam-macam sms ai hantar. Nak harapkan chenta mmg dia tak kan buatlah. huhu... Mana tak sakit hati janji tinggal janji. Bila dapat cakap ada je urusan yang pending. Aik teruk sgt ke masalah kewangan kami??? Rasanya takde masalah langsung. Lagipun kami berdua Kakitangan Kerajaan. Ohh dah rasa ada konspirasi ni. Nasib kami sedikit baik sebab jiran sebelah ni anak saudara salesman tu. Apalagi ai suh chenta ajak budak tu p umah dia. Kena cari walau sampai ke lubang cacing sekalipun. Bukan sedikit jumlah wang yang kami bayar.

Ulangalik ke rumah dia saja sampai berbulan-bulan. Setiap kali datang mesti dia tkde dirumah. Anak sulong dan isterinya saja yang menjadi mangsa kami. Sabar dah puas besabar. Nak usha kereta lain dan beli kat tempat lain pun jadi masalah sebab jumlah wang yang kami bayar tu besar. Hampir 4bulan chenta besabar. Ai dh hasut chenta suh buat laporan polis. Ai tak peduli dia tua ke, orang melayu ke, islam ke. Dia dah tipu kami!!! %||:-{ unluckyKami serang lagi umah dia. Kali ni entah keberapa kali. Ai akui chenta sangat sabar dan menghormati orang tua. Sebab tu chenta payah nak berkeras. Tapi sabar ada batasnya. Betul tak???

Kejadian hari sabtu menamatkan semua masalah ini. Ai dan chenta pagi tu pergi ke umah tu lagi. Dengan harapan ini yang terakhir. Sebab kami dah submit loan kat kedai lain. Hanya satu motif hari ni nak dapatkan wang tersebut. Dengan apa cara sekalipun. Sampai kat umah tu mmg tkde sapa. Yang ada hanya isterinya. Kali ni chenta mmg tak lepaskan peluang. Minta secara keras sedikit. Kesian jugak dekat isterinya. Entah macam mana perbincangan antara suami isteri tu, dia pulangkan wang kami. Itupun selepas chenta menghentak meja beberapa kali. Ohh chenta ai tu kalau dan mula marah mmg parahlah. Sangat garang ooo... Akhirnya dapatlah wang kembali. Terus kami proses untuk kereta lain..

Dan sekarang alhamdulillah, adalah kereta baru utk kami sekeluarga... amin. Pengalam ni mmg benar mengajar kami. Jangan mudah percaya orang.



p.s: disebabkan pengalaman ini, chenta dah join membe dia buat part time jualbeli kereta secara betul, terjamin dan cepat. Sesapa yang berhajat nak menukar kereta baru bleh la hubungi ai atau chenta...




Lubang tu...

0 comments
Alhamdulillah dh hari Jumaat. Ouch esok mula cuti selama 4hari. Bestnyaaaaaaa..... Entah kenapa skang ni ai suka sangat kalau ada cuti panjang. Hehehe... Dok umah tu best kan? Ada aktiviti santai bersama chenta dan marsya. Tapi chenta ai tu rajin sangat kuar jenjalan. Jap-jap ajak jalan... Eh cite ni takde mengena ngan tajuk diatas.. Jom kita mula...

Lubang tu... lubang ni... haha... Apakah??? ni la ayat chenta bila ai drive. Lagi-lagi waktu hujan lebat dan malam. Almaklumlah ai ni sepatutnya pakai 2 mata tambahan tapi selalu xmo pakai. Tu sebab selalu kena bebel. Kejadian baru berlaku semalam. Balik keje hujan turun dengan lebatnya. Kebetulan ai plak yg drive. Sampai ke umah kena bebel... Memang ai tak nampak!!!

Jadi mulai hari ni ai dah tekad... Tekad okey nak kena pakai gak 2 mata tambahan yang chenta buatkan tu. Dah la mahal chenta cakap. Simpan je dalam hanbeg...Ai tak suka pakai sebab nampak tua la. betul !!! hehe... chenta cakap mmg kita dah tua... eh yeke? Tak la.. Kita muda lagi..Jadi bila drive ai wajib pakai. Kalau hujan lebat pun sama. Kalu tak, setiap lubang kat jalan ai akan redah ~X( at wits' end~X( at wits' end~X( at wits' end



Thursday, February 2, 2012

Yeay... Ada Cuti Panjangggggg...

0 comments
Best... Best... Best... Ada cuti lagi Februari ini, 4-7 Februari 2012. Maulidur Rasul dan Thaipusam. Wahhh mesti korang ada aktiviti best kan???  Bonda ada gak plan nak date ngan BFF yang datang dari JB. Insyaallah... Ini cuma perancangan awal. Ahad tu pula nak menghadiri Majlis Perkahwinan  saudara terdekat. Isnin dan Selasa pulak nak lepak Putrajaya bawa marsya main pasir kat tepi laut buatan di Pullman. Penuhkan jadual ai???

Tapi tadi baru chenta call. Bagitahu yang FIL tak berapa sihat. Sesak nafas dan demam sampai mengigil badan. Ya Allah... kesiannya... So chenta plan nak ajak ai balik kampung. Tapi selepas program ai bersama BFF ar. Sebab dah plan awal ngan BFF ni. Kesian plak kat dia. Nasib baik chenta ai memahami...

So plan asal dh bertukar. Jumaat malam akak layan BFF... Sabtu plan nak p umah kenduri awal sehari la.. lebih baik dr tak pergi... Sabtu petang balik kampung. Semua adil dan sama kan??? Apa2 pun perancangan tu yang penting. Jaga hati semua orang supaya hati kita sentiasa bersih.. Ewahhh ceramah plak dah!

Jalan Jalan Hari Wilayah...

0 comments
Enh poyo... Hari Wilayah pun nak berjalan. Haha.. Dh chenta ai ajak ai ON la.. Sebab tu la chenta beria suh ai cuti.. Berbaloi - baloi...

Malam tu chenta tanya esok nak p mana??? Enh ikut la memana pun okey... Erm chenta pesan esok kita kuar awal la. Dalam kul 10am tu dh ada atas hiway.. Wah ke manakah??? Jengjengjeng... Hidup ai ada ketikanya penuh ngan jengjengjeng... Adakala tidak. Ohh itu biasa la adat berumahtangga kan :x  lovestruck

Di pagi hari wilayah tu, ai pun beria bangun pagi macam nak pegi keje. Sediakan apa yang patut. Kejutkan chenta dan anak. Bersiap dan keluar bekpes dulu. Erm umah ai sejak tahun 2012 memang dapur dh tak berasap. Ohh kalau masak pun bukan dapur tu nak kena berasap kan!!! Skang zaman dah canggih. Restoran biasa yang dekat ngan kawasan umah ni menjadi pilihan, Makan roti canai kosong je ngan air kopi. Sambil tu ai tanya la chenta, Kita nak ke mana ni yang... Bukit Tinggi. Jawapan ringkas dr chenta. Ai relax je. Dalam hati... yes!yes!... Marsya lg la xde perasaan sambil layan tab...

Kami memulakan perjalanan ke sana dlm kul 10.30am. Bismillah... Jalan okey je. KL je kan yg cuti. Sampai kat tol karak chenta nak tunjuk ngan ai kawasan air terjun. Chenta plan nak bawa family kami reramai ke sini, Kira ni kami pegi survey dulu untuk cuti sekolah nanti. Insyaallah... Memang sangat cantik dan mendamaikan. Aduhai ai lupa plak apa nama kawasan tu... huhu... Nanti korang usha dlm FB ye...

Kami teruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. Jalan agak lengang ketika mendaki bukit. Marsya cakap " takde kete pun ayah, nape takde orang ni"... Mungkin dia dah pandai risau skang. Sampai atas kelihatan kereta agak banyak. Kat Bukit Tinggi ni terbahagi pada 2 kawasan pelancongan. Ada kawasan nak tgk haiwan.. Ada kawasan nak jenjalan kat umah perancis ngan jepun. So chenta decide nak pegi yang ni dulu. Kami terjah Japanese Village dulu.

Japanese Village ni sangat berbeza dari dulu. Sangat cantik sekarang. Tenang, damai dan harum je setiap laluan yang kita lalu. Best! Dulu zaman bercinta kami ada juga datang sini. Tak secantik mcm ni. Berbaloi-baloi la bayar RM12 utk dewasa dan RM4 kanak-kanak bawah 4tahun. Marsya tak kena bayar lagi la ;) winking Tapi bayaran tu untuk masuk Japaneese Village dan Colmar Tropicale.

Colmar Tropicale pun best. Sampai sini chenta dah lapar plak. Chenta skang tak boleh lewat makan. Dah ada gastrik! So chenta ajaka ai layan pizza. Pepaham la bila dah dok kat Colmar ni. Semuanya mahal $$$... Tapi bila lagi nak merasakan... Layan:-* kiss Tengah layan menu tetiba datang 3 orang filipino kot.. 2 orang bawa gitar, seorang wanita bawa alat muzik yang ai sendiri tak tau apa benda alah tu... Rupanya chenta nak dedicate lagu kai ai ngan marsya.. Wah terharu sangat :(( crying=)) rolling on the floor Mula ngan lagu untuk marsya... Twinkleteinklelittlestar... Then lagu untuk ai.. ai tak tau tajuk lagu tu apa.. Malas nak tanya nanti chenta cakap ai kunno tak tau lagu orang putih... hehe.. Waktu tu kami jadi tontonan umum. Ramai yang berhenti kat luar Restoran tu nak tengok. Bajet Retis dah tu.. Lama gak la, siap suh chenta pegang tangan ai time dorang nyanyi... Walla wey... hapyhapyhapy sangat. Love U chenta :x lovestruck

Ronda-ronda Colmar, layan bergambar. Marsya pun buat hal sebab dah mengantuk dan letih. Mula nak berdokong ngan ai. huhu... Dah macam pikul beras 15kg. Naik kete, bagi susu terus zzzz... Chenta nak ajak singgah animal farm, tapi marsya baru je tido. Tak sampai hati nak kejutkan. Lastly kami terus balik. Sampai umah dlm kul 6.00ptg... Alhamdulillah.. TQ Chenta... Nanti nak jenjalan lagi tau!



* sory sangat, gambar layan kat FB ye *
 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template