Thursday, February 9, 2012

Berita Menarik Bagi Saya Hari Ini!

Kemaruk raba sesama lelaki


TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabit.
TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabit.


KUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta.
Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.
Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii, namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka.

Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi.

Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka 'kemaruk' meraba lelaki lain.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masyaallah... Dunia akhir zaman...Walaupun tau perlakuan itu sumbang tapi semakin menjadi-jadi.. Subhanaallah.. Ai takut.. Takut akan balasan Allah kelak... Apalah agaknya yang bermain kat fikiran mereka ini... Ai amat takut...Tadi bila tengok tajuk dah rasa semacam.. Bila baca saje isi kandungannya lagi la rasa semacam.. Macam mana nak lari dari masalah ini??? Tak sanggup rasanya nak menerima bala dr perbuatan mereka yang mungkar...

Semenjak ai bekerja di Hospital Sg. Buloh ni... Semakin banyak maklumat berkaitan penyakit berjangkit yg ai tau... Untuk makluman semua, HSB adalah pusat rujukan bagi penyakit berjangkit seperti Tibi, HIV, RVD dan sebagainya... Sebab tu la kanak-kanak tidak dibenarkan naik ke wad bila waktu rawatan.. Ai sendiri pun jarang bawa marsya ke opis..Kalau boleh elakkan lah..

Kadang-kadang sedih tengok kes HIV/AIDS tu sendiri... Sebab yang ramainya melayu/islam... Anak2 muda.. di kalangan pelajar, pegawai kerajaan, org persendirian.. Tak malu ke mereka? datang untuk mendapatkan rawatan sambung nyawa (sebab kena makan ubat untuk bunuh kuman)... Datang bersama pasangan mereka.. Kaunseling... huh.. memalukan sungguh... Yang peliknya boleh lagi tunjuk aksi bermanja di hospital ni.. Subhanaallah...

Jom kita doakan agar mereka ini diberi petunjuk... Bukalah hati mereka untuk berubah.. Ingatlah! Nabi tak mengaku umat.. Perkara itu amat terkutuk.. Dunia semakin tua... Manusia semakin kejam... Berdoalah.. Berdoalah agar kita terselamat dari balasan Allah kelak...























0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template