Friday, March 9, 2012

Belon Panas! Belon Panas!

Jom semua...
Pomot...pomot...
Datanglah Putrajaya beramai-ramai...


PUTRAJAYA HOT AIR BALLON 2012 | FIESTA BELON UDARA PANAS PUTRAJAYA 2012 KEMBALI LAGI



PUTRAJAYA HOT AIR BALLON 2012 | FIESTA BELON UDARA PANAS PUTRAJAYA 2012 KEMBALI LAGI | Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya kembali lagi menampilkan 25 belon udara panas dari 12 negara. Edisi keempat fiesta dari 15 hingga 18 Mac 2012 ini pastinya memberikan inspirasi kepada para penonton sekali lagi dengan belon-belon udara panas ini yang datang dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna.

Pelawat Putrajaya Hot Air Ballon edisi tahun lepas yang dianggarkan berjumlah 250,000 orang pasti tidak lupa dengan belon-belon udara panas yang terapung di langit Putrajaya dalam bentuk Darth Vader, satu daripada watak filem Star Wars, and watak kartun Doraemon, antara pelbagai bentuk luar biasa selain bentuk-bentuk asal. Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012 dilancarkan di Putrajaya baru-baru ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin.

0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template