Friday, September 7, 2012

4D Scan @ 31w.

Assalam,
Sy baru je selesai bekpes nasi berlauk ayam goreng pagi ni. Padahal malam td dh dinner KFC. Asik2 ayam je. Patutlah berat badan berlebihan. Doktor suruh diet tp mampukah aku? Dah temui jawapan memang tak mampu.

Sepertimana yang dijanjikan, semalam saya berjaya buat 4D scan utk adik. Walaupun dh lambat tapi berjaya. Kena la bayar rm100 sebab berjaya. Kalau tak kena rm50 je kot. Takpe memang niat nak bagi berjaya. Suka tengok suami dan marsya! sangat teruja. Adik nampak chubby :)

Meh nak share info skit pasal tempat sy p scan ni. Kalau zaman anak sulong dulu, Vision College je la yang jadi rebutan dan sebutan sebab murah. Kalau nak buat kat tempat lain kena pikir berkali-kali sebab bayaran yang dikenakan agak mahal. Masa tu tahun 2008. Memang susah nak cari tempat murah. Tapi bagi tahun 2012 ni, berlambak-lambak. Disebabkan saya dok Putrajaya, sy mencari klinik-klinik yang hampir ngan umah. Dan yang pasti murah. Rm100 tu kira berbaloikan?

Ada 2 tempat yang saya tau. Kedua-dua di Seri Kembangan. Dua-dua klinik aku terjah. Mula pada 27w. Tapi klinik yg ni saya mcm xsuggest sangatlah. Mungkin xberapa friendly. Tak best! Tak xcited pun nak tgk baby. Tak pandai nak berinteraksi ngan kita as pelanggan kot! Biarlah menjadi rahsia. Saya share yg ok saja.

Yang ni sangat ok. Korang try la. Yang paling sy suka sebab buat temujanji online. Tak payah nak call ke hape. Memang senang. Nak cancel pun online je. senang kan?

Poliklinik An-Nisa'
No.5, Jalan BPP 8/1 Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor
43300, Malaysia
Direction Tips: Opposite Giant Seri Kembangan
( before Jusco Equine Park )


Suggested week for 3D/4D Scanning:

1st scan: (22-25 weeks):
See more baby movement, might scan the whole baby body, can see more
in hand and legs movement, but the baby might look skinny a bit, but
its already cute!

2nd scan: ( 26-30 weeks):
More on baby face as the baby look more cubby, but leg and hand scan
depend on the liquour enough or not....

(30-35weeks):
Harder to scan depend on air ketuban only.. The chances to take a bit
low compare to less than 30wk, but the baby will look more cubby...
if cant see the baby face, there is no charges apply, so might can
have a try....FOR Seri kembangan and AMPANG area only

Procedure Charges Rate:
 
3D/4D Scan Charges : RM100 ( include 3D picture and video in CD and
Print Out)
Detail Scan Charges : RM150 ( Check for anomaly in 2D scan, for 20-26
weeks only! )
3D/4D Scan + Detail Scan Package : RM200
2D scan : RM50 ( only for ampang and seri kembangan area)


Cukup kan maklumat ni? Kalau sesiapa yang berhajat leh la p sini. Memang best! Jom kita layan gambar adik plak.
 
Adik, bonda minta izin nak share gambar adik ngan kenkawan baik bonda ye :) Jangan malu tau. Bonda tau adik pemalu sebab semua gambar mesti nak letak tangan kat muka. Sampai kakak sound "adik jangan la malu, kakak ni baiklah"... Abis geli hati semua yang ada dalam bilik tu semalam... Ni antara gambar adik. Saya tak letak semua sebab banyak sangat la...
 
 
Assalamualaikum semua...
 

Adik tengah sedap tido tp bonda, ayah ngan kakak kacau.


Malu la adik. Cuba teka?
Boboiboy...


Adik buka mata sikit...
 


Tetiba sedih... sobsobsob :(
 

Ni kaki adik :)

 
Alhamdulillah, dalam tak sedar menitik gak air mata saya. Walaupun ni anak kedua tapi feeling tu tetap over. Mungkin naluri seorang ibu memang selalu macam ni. Lagi teruja bila suami sangat xcited. Rezeki drNya nak dapatkan kami sepasang anak lelaki dan perempuan. Apa yang saya harapkan dan doakan agar semua berjalan lancar dan selamat hingga akhirnya. Amin.
 

0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template