Friday, September 28, 2012

RM50 + POSTAGE... nak?

0 comments





 
Ada sesiapa berminat... sila hubungi saya segera. Brand NEW ye korang.
0104020457. Harga sama ngan tajuk di atas :)
sms/whatsapp semua pun bleh.
 

Home delivery!

0 comments
Assalam...
Apakah? Semua skang nak senang. Semua pun nak delivery. Kira semua dihujung jari lah. Cakap je nak apa, buka komputer, tepon ke, ipad ke. Order je. Ada yang kena bayar terus, ada yang kena bayar pas barang dapat depan mata. Kiranya COD la. Cash On Delivery!
 
 
Terkini! ini yang terbaru saya cuba. Saya kan memang tak masak kat umah. Jarang skali. Itupun kalau teringin apa-apa baru la p cari bahan dan masak. Kalau tak makan kat kedai je, kadang tapau terus pas balik keje. Tetiba minggu lepas dapat flayers ni. Apa lagi jom kita cuba. Semalam saya order makan untuk family (4pax). Sekarang tengah promosi dapatlah harga rm21. Abis bulan ni harga naik jadi rm30. Dalam set tu memang ada buah dan ulam-ulaman. Lauk utama kita kena refer jadual yang dia bagi. Boleh buat order untuk hari-hari atau bulanan. Rasanya? Ok lah. Dah kata order so rasanya bleh makan je la. Tapi yang penting habis. Sambal belacan pun sedap!
 
Bukan saje kita leh order makanan berlauk ngan nasi putih. Ala carte pun ada. Goreng-goreng semua ada tapi saya tak pernah cuba lagi. Ingat nak cuba juga. Mungkin hari ni... Ni menu saya malam td.
 
Nasi 4 pek
Buah-buahan (Oren)
Sayur
Asam Pedas Daging Tetel
Sambal Belacan
 
 
 
Mungkin korang leh try tapi yang dok di Putrajaya saja. Sory :)


Argh tak bleh berhenti soping!

0 comments
Assalam...
Salam pagi jumaat yang terindah. Pagi dimulakan ngan solat subuh, diikuti ngan doa2 yang perlu di baca dan diakhiri dengan solawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Bersiap-siap ke tempat kerja tapi sebelum tu perlu hantar Marsya ke umah Tok Ndak dulu. Itulah rutin pagi saya. Sampai opis memang awal dr orang lain. Tukang buka lampu opis. Letak beg, buka pc, set ape yang perlu terus p cafe utk tapau makanan. Naik semula dan bekpes. Pastu mula lah check email bagai, buka itu buka ini dan akhirnya terSHOPPINGGGGGGGGG....
 
Best tak mukaddimah saya tu? Tau la dah gaji, habis duit asik soping online jek. Tak leh benti plak tu. Siap pau duit laki lagi. Nak buat macam mana, teruja nampaknya bila nak sambut orang baru. Semua untuk dia. Eh terselit juga untuk kakak Marsya yang comel tu. Sebab tu saya pilih online, bleh skip untuk kakak Marsya. Hari tu sy p beli kat Mall, masyaallah si Marsya sama naik nak baju sama kaler ngan adik. Ha jenuh! Padahal baju baru bukan main banyak. Sampai ada yang tak pakai lagi masa raya hari tu. Ni nak lagi. Nak juga-juga sama kaler ngan adik. Disebabkan situasi ni la, saya decide nak borong semua online jek. Malas nak ke Mall bergado ngan Marsya. Bleh dikatakan semua barang saya beli online. Nama naik la kat sini dah berbulan-bulan sebab pos laju asik sampai je. Insyaallah hari ni ada 2 parcel lagi. Dan minggu depan ada lagi.
 
Barang apa yang saya beli online? Hehe.. Mula ngan stroller, car seat, jamu-jamu berpantang, baju adik, barut + bedung, stokin, snow cap dll. Sampai dah lupa :( Tapi rasanya paling banyak baju la. Dah kata nak dapat baby boy, mana la ada baju keturunan lagi. Baju Marsya semua dah jual dan ada yang dah bg kat orang. Tapi andai kata 4 kali scan tu sebenarnya silap, saya dah stanby banyak gak baju Unisex! Berhati-hati la kan. Ni semua kuasa Allah. Kita kena terima semuanya. Tapi niat dihati dan keinginan tu biarlah 4 kali scan tu semua betul. Amin.
 
Minggu ni je pas gaji terus menerus bersoping. Konon skit-skit je, lama-lama jadi bukit kata suami. Tapi dalam masa yang sama dia pun sama naik. Saya whatsapp dia kata ok! ok! ok! so si bini ni pun apalagi Maybank2u la. Antara barang yang akan sampai minggu depan, Insyaallah...
 
 

Comel tak? Untuk anak 2012 je tau...
 


Senang beli banyak terus tp bukan la sampai 4 kotak tu. Sekotak je.
 


Yang ni saya beli 2 helai je pun. Nak buat koleksi. Kalau amik semua tak best lah. Nanti tak leh cari koleksi cap yang lain. Tak macho la adik nanti...
 

 
Ni pun sy beli sekotak je. Ada 5 helai. Cukuplah suami cakap!
 
 


Wednesday, September 26, 2012

Padi House, Cyberjaya

0 comments
Assalam.
 
Sejuk betul pagi ni. Hujan lebat dr awal pagi td sampai lah sekarang. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan hambanya, tak la kita mengeluh kepanasan kan. Amin... Alhamdulillah juga dah minggu ke-34 sy menjadi mak buyung. Semua berjalan lancar. Tapi sejak akhir2 ni memang napsu makan menjadi-jadi. Sampai tiap kali p klinik mesti nurse suh sy diet skit. Ish orang peknen, mana nak diet. Nanti dalam pantang baru lah nak jaga badan balik. Eh konon!
 
Sebab asik makan je kan, saya rasa bleh kot buat review pasal makan. Kalau tak boring plak. Asik cerita pasal sy je, family sy je, asik2 sy je. hehe!
 
Pergi makan ni selalu sebenarnya. Leh kata hari-hari sampai tak tau nak makan kat mana dah. Dasar pemalas masak! hehe. Tapi nak share tu kadang macam tak best. Kalau tempat yang biasa sangat kang korang kata buang masa je baca. Korang pun tau. Kadang tu nak amik gambar pun tak sempat. Layan kerenah anak lagi. Tu baru sorang dah besar plak tp kerenah memacam. Kadang sy tengok orang anak ramai tu lagi senang nak urus. Bebudak tu tau je nak berdikari. Kalau yang sorang ni, alahai nak kuar anak tekak marah! Grrr...
 
Kali ni sy p makan kat Cyberjaya. Punca nya nak p gunting rambut suami. Kedai gunting tu memang bersebelahan je ngan Padi House & OTWC. Kalau korang makan kat situ leh la nk order dua-dua kedai pun. Tak kisah dok kedai yang mana, tapi bayar kat cashier memasing la. Tu satu yang sy suka p sini. Sebab makanan sy order kat Padi House, minuman order kat OTWC. Nak tau kenapa? Kat Padi House ni xde air panas. Semua air sejuk je.
 

Tengok gambar di atas, Mexican Beef Taco. Ni memang sedap. Sebelum ni kalau dtg sini pun memang sy akan oder makanan ni. Rasa dia macam Nachos Cheese tu. Tapi yang ni tambahan ada daging cincang. Nachos plak besar telapak tangan. Kalau saya yang makan memang tak abis! Tapi semalam suami yang makan, habis dan dia kekenyangan :) Saya nak syer harga tapi malangnya saya tak amik semalam. Sorry! Tapi tak lebih rm10...

 
Chix Burrito, ye agak pelik namanya. Silap baca macam lucah pun adakan. Hehe.. Ni sy yang order malam td. Rasanya biasa-biasa aje. Ada mcm twister kat KFC. Nampak pun tak berapa menarikkan. Tapi sebab sy nak makan sikit-sikit je, jadi terus order ni. Walaubagaimanapun, licinnnnn. Harga pun saya tak amik tau sebab orang bayar.

 
Lastly menu kami sekeluarga. Menu top-up la kiranya ni. Kot-kot tak cukup. Ha hambik ko! Sendat perut, habis tetap habiskan. Sayang duit ooo. Sedap memang sedap. Terasa sungguh cheese nya, wallah! Time menaip ni, sy dah mula terliur kembali. Bleh??? Dah la perut lapar ni. Heh!
 
So korang leh la try kat Padi House ni. Harga tu tak la berbaloi sangat tapi kalau sekali sekala apa salahnya kan bawa anak-anak merasa makan best-best. Oh nak syer sekeping lagi gambar.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
 
 
 
 
 
 
 
 

Marsya sengih-sengih malu tengah gunting rambut :)
Alter sikit je sebab rambut depan tu dah tutup mata semua, nak makan pun susah!
 
 
 

Friday, September 21, 2012

HB 9.9

0 comments
 
Assalam...
Last cxup hari tu HB saya drop betul. Tetiba je jadi 9. Sebelum ni semua 11-12. Terus kena tukar ubat dari 4 serangkai ke IBERET FOLIC ni. Dengar cite ubat ni mahal. Saya pun tak pasti. Tapi senang sikit makan sebab sebiji sehari je sebelum makan. Jadi pagi-pagi dah makan kat umah. Tak penah lupa lagi. Tapi saya rasa ada kesan sampingan amik ubat ni. Macam pening dan loya. Dah 3 hari ni saya rasa mcm tu. Betul ke? Lupa plak nak tanya DR akan kesan sampinganya. Tunggu nx cx up. Ok tak HB saya...
 
 
Ini saya google skit pasal Anemia...
Jom kita baca...
 
Paras hemoglobin rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan anemia. Secara purata hampir 80% wanita yang sedang hamil akan mengalami paras hemoglobin yang rendah atau Hb rendah.

Mengapa ianya terjadi?
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar hemoglobin normal.
Punca anemia selama kehamilan juga boleh meliputi:
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet anda
  • Kekurangan asid folat
  • pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir
Bahkan jika anda mengambil jumlah zat besi dan asid folic yang cukup, anda masih boleh menjadi anemic kerana perubahan besar proses pencernaan anda semasa kehamilan.

Risiko anemia semasa kehamilan juga menjadi lebih besar:
  • Jika anda mempunyai morning sickness teruk dengan muntah sering
  • Jika anda mempunyai dua atau lebih berturut-turut kehamilan
  • Jika anda mempunyai kehamilan berganda
  • Jika diet anda mempunyai kandungan cukup besi
  • Jika aliran haid sebelum kehamilan itu berat
Keadaan ini menyebabkan anda boleh menyebabkan 18-27 gram zat besi setiap hari ketika ibu hamil. Malah jika tidak menerima cukup vitamin B12 atau asid folik, kehilangan sejumlah besar darah, atau beberapa penyakit darah warisan seperti sickle cell disease juga boleh menyebabkan anemia semasa kehamilan.

Bagaimana mengenal pasti bahawa anda mengalami anemia semasa mengandung?
Kebiasaannya ketika menjalani pemeriksaan kehamilan di klinik-klinik kesihatan atau swasta atau antenatal di hospital kerajaan atau swasta, ujian akan dijalankan.

Tanda-tanda lain adalah keletihan yang berlebihan. Jika keadaan menjadi parah, maka anda akan pengsan, pening, kulit pucat, degupan jantung cepat atau tidak teratur, dan sesak nafas.

Cara menangani?
Jika punca anemia adalah kerana kandungan zat besi tidak cukup, maka keadaan ini dirawat dengan tablet atau pil zat besi. Anda harus mengambilnya dengan makanan untuk mengelakkan mual.

Jenis-jenis Anemia dan cara pemakanan.

· anemia ringan (Hb 9-11gm%)

Boleh makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin

· Anemia teruk (<8gm br="br">
Ibu hamil mungkin akan diberi:
  • Suntikan Zat Besi (Imferon)
  • Pemindahan darah
  • selain makan makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin
Pemakanan yang membantu meningkatkan Hb merupakan makanan yang kaya zat besi, seperti daging lembu, roti gandum dan bijirin, telur dan buah-buahan kering.

Makan makanan yang tinggi asid folic seperti bibit gandum, kacang-kacangan, mentega kacang, oatmeal, cendawan, sawi, brokoli dan asparagus.

Makan juga makanan yang tingg vitamin C, seperti buah-buahan citrus seperti oren, sayur-sayuran mentah makanan.

Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih cekap.

Walaupun hati haiwan(lembu, ayam dan ikan cod) tinggi kandungan zat besi, namun hati haiwan mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai Retinol. Kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yang mengambilan retinol yang berlebihan selama kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi memiliki bayi dengan cacat lahir seperti kelainan dari wajah, kepala, jantung dan sistem saraf.

Berikut adalah contoh minuman yang dapat membantu meningkatkan Hb menggunakan buah-buahan kering yang tinggi kesemuanya ~ vitamin C dan zat besi, iaitu kurma merah cina atau buah jujube.

Pemakanan yang membantu meningkatkan Hb\

Makan makanan kaya zat besi, seperti daging lembu, roti gandum dan bijirin, telur dan buah-buahan kering.

Makan makanan yang tinggi asid folic seperti bibit gandum, kacang-kacangan, mentega kacang, oatmeal, cendawan, sawi, brokoli dan asparagus.

Makan juga makanan yang tingg vitamin C, seperti buah-buahan citrus seperti oren, sayur-sayuran mentah makanan.

Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih cekap.

Walaupun hati haiwan(lembu, ayam dan ikan cod) tinggi kandungan zat besi, namun hati haiwan mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai Retinol. Kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yang mengambilan retinol yang berlebihan selama kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi memiliki bayi dengan cacat lahir seperti kelainan dari wajah, kepala, jantung dan sistem saraf.

Contoh-contoh resipi untuk menaikkan Hb rendah:
Buah jujube (Kurma Merah Cina) dikatakan mengandungi beberapa mineral dan vitamin yang tak ternilai. Jumlah vitamin C yang hadir dalam buah jujube adalah 20 kali lebih tinggi daripada di setiap buah citrus yang lain. Seiring dengan vitamin C, buah jujube juga mengandungi banyak vitamin penting daripada keluarga vitamin B kompleks, seperti vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin B6. Manfaat buah jujube lebih signifikan kerana kehadiran mineral penting dalam buah jujube. Mineral ini termasuk - manganese, potassium, besi, kalsium dan fosforus. Seiring dengan nutrisi yang disebutkan di atas, buah jujube juga sarat dengan 18 daripada 24 asid amino penting.

Teh Cina Kurma Merah, Longan dan Halia:
BAHAN-BAHAN
10 Biji Kurma Merah (rendam selama 10 minit. Berus menghilangkan kotoran terperangkap dalam lipatan kulit)

16 Buah Longan Kering (Basuh)

Kupas dan titik 2 "x 2" halia tua (halia tua sesuai untuk buang angin ~ kalau tak suka tak payah letak)

Gula Batu (kalau tak nak pun boleh)

Daun Pandan

KAEDAH:

1) Bawa 5 cawan air mendidih.

2) Tambah semua bahan dan didihkan air dalam panas sedang selama sekitar 15 minit.

3) Hidangkan selagi panas. Boleh di minum ketika sejuk



Kesan kepada ibu

· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan

· Mengalami keguguran

· Mengalami kegagalan jantung

· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin

· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan

· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut

· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan

· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg

· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia

· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Tuesday, September 18, 2012

Melaka 16-17/9/12

2 comments
Assalam...
Ye, saya ke Melaka lagi. Bila takde plan ke mana-mana, ada pula cuti panjang.
Hati memang tak tenteram. Nak saje holidayyyyyy. Dan ye Allah maha adil! Menjodohkan saya dengan seseorang yang sekepala. Senang di ajak berbincang, berjalan dan beronggeng. Itu yang saya suka, itu yang saya dapat. Oh suamiku idaman malaya! Biarlah tak hensem, tapi macam Shah Rukh Khan, ko ada??? hahahaha....
 
Mula la cerita karut saya ni. Melalut entah ke mana. Jom kita baca cerita real ni. Macam ni mulanya, adik-adik saya memang ada plan nak pegi ke Bagan Serai, umah adik ipar saya yang kebetulan ada kenduri. Rancang punya rancang sampai seminggu, tetiba tak jadi. Hotel/homestay pun tak dapat. Sungguh la orang Malaysia ni banyak duit, cuti je hotel penuh! Cuti je, homestay penuh! Tak kan nak dok umah tumpangan plak kan? Tak sesuai gitu.
 
So plan ke sana dah gagal! Kesian la anak buahku. Semua dah mengharap nak berjalan. So mak long yang tengah membuyung ni berusaha juga untuk bawa anak-anak buah bercuti. Sekejap pun jadi lah. Tapi dalam masa yang sama, saya dah buat list utk ke rumah terbuka. Sabtu ngan Ahad ni memang jadual pack. Susun kuali kat umah cantik-cantik. Sebab makan semua kat umah orang.
 
Malam khamis tu saya dapat sms dr kakak sepupu.
 
Kak Niza - "Ja, nak p Tiara Beach Resort tak? Akak dapat 2 apartment 2 bilik ni"
Saya - " Ye kak, nanti pija bincang ngan wan"
Kak Niza - " Ok, Abg Karim ada hari keluarga then dapat 2 bilik xtra,bla...bla...nla...."
 
Bincang-bincang ngan suami sambil dalam hati rasa gembira sebab leh bawa anak-anak buah berjalan tambah anak sendiri yang begitu teruja kalau tau ni... Tetiba...
 
Kak Niza - "Ja, tak payahlah datang, akak dah sampai Tiara, akak p tengok bilik tu tetiba lif kat blok tu rosak rupanya. Dah la tingkat 5, kang terberanak ko kat sana"
Aku - "La, yeke? ok la takpe... (Kecewa sedikit)
 
Esoknya bersamaan Hari Sabtu. Bangun pepagi bersarapan. Tapi otak masih ligat berfikir nak ke mana. Dan dah dapat rasakan yang semua tempat/hotel mesti fully booked. Sambil bersiap-siap nak ke rumah terbuka. Tanpa ada keputusan, saya pergi la menghadiri semua jemputan untuk hari Sabtu. Sampai ke malam, balik umah dengan perut yang kenyang, Alhamdulillah. Tido. Berlalu lah hari Sabtu. Tetiba saya terjaga kul 3.30pagi. Saya sekarang memang ada masalah nak tido lena. Kalau dah terjaga memang tak boleh tido balik. Mesti mata susah nak lelap. Mungkin sebab makin tak selesa ngan keadaan sekarang, usia kandungan dan 8 bulan.
 
Bila tak bleh tido, henpon la jadi teman. Nak kejut suami kesian plak. Tengah kesedapan tido. Google punya google, tetiba dapat idea nak p Melaka la. Sebabnya dekat je. Tambah banyak tempat leh tido. Hotel berlambak kan! Search hotel dan amik no. telefon. Dah set pepagi esok nak call tanpa berbincang ngan sesiapa. Esoknya terjaga terus call beberapa hotel. Seperti yang saya jangkakan memang banyak yang fully booked.
 
Mungkin memang ada rezeki nak bawa bebudak tu berjalan, call 1 hotel ni. Dia tak konfem lagi ada bilik ke tak, tengok kul 12tgh nanti. Ok la. Saya bersiap-siap, kejut suami dan anak, p sarapan kedai mamak. Pekena roti sardin ngan 3 layer tea. Sambil bercerita ngan suami. Suami saya seperti biasa. Takde masalah. Ok je! Saya pun terus sms adik. Jom p melaka! Siap-siap. Adik pun terkejut sambil bagitau dia ada jemputan rumah terbuka. Tapi takpe, dia akan p jugak lepas ke rumah terbuka. Yeay!
Hotel pun dah konpem ada bilik untuk kami...
 
Balik rumah terus berkemas. Capai apa yang patut je. Siap-siap p Melaka! Tengok gambar anak dara saya yang teruja sambil menunggu sepupunya sampai...
 

Agak lewat juga adik saya sampai kira-kira pukul 7mlm. Wah seronoknya anak saya bila kenkawan dah sampai. Gamat!  Malam tu kami hanya keluar makan-makan. Semua dah letih, balik bilik tido. Esoknya semua teruja bangun awal sebab nak mandi kolam.
 


Hari Isnin selepas cx out, bawa bebudak p Menara Taming Sari. Kebetulan sebelum ni saya memang tak pernah naik pun. Tak teruja nak naik. Tapi dah beramai-ramai ni, saya try la. Ok jugak kan? Tapi saya pening. Anak-anak memang enjoy! Time ni pun ramai yang dah buat perangai, mengantuk tambah lapar. Tu la td mandi kolam sampai tak nak makan kan!
 

 Gambar saya yang kembang setaman. Ni deretan kami sekeluarga. Sebelah tu Pak Usu saya, Kimi(anak adik saya), Marsya,  Adam(anak adik), Adik saya dan suaminya.
 
Dah penat berjalan panas, kami masuk Pahlawan Mall nak sejukkan badan sambil lunch! Semua dah lapar. Bebudak ni minta nak makan Ais Krim. Puas main-main semua mengantuk ajak balik. Masuk je kereta semua zzz. Kami balik bersama tapi menuju ke rumah masing-masing. Sebelum tu sempat singgah gerai Kuih Udang Alor Gajah, tapau bawa balik. Puas hati saya dapat bawa bebudak ni berjalan. Siap pesan lagi " Mak long, nanti kita p jalan lagi ye"...
 


Friday, September 14, 2012

Diari!

0 comments
Assalam...
 
Korang ada diari tak? Mesti pernah adakan. Dulu zaman sekolah-sekolah ke, zaman remaja. Mesti ada diari. Dan kebetulan diari yang jual bermacam jenis. Cantik-cantik kan?
 
Apa yang korang tulis?
Hehe, malu nak ngaku erk! Tulis la ayat cintan cintun. Ayat power! Ayat macam-macam la. Kalau time tu kantoi ngan family memang wallah ar. Malu nya. Kalau tak kena marah tak pe lah, Kalau kena marah dah satu hal plak.
 
Skang saya pun ada diari. Tapi takde lah cerita pasal cintan cintun. Takde ayat power dah. Takde la luahan rasa. Semua luah secara terus je ngan suami. Nak nangis ke, nak marah ke, nak gelak ke semua secara terang-terangan. Kan senang!
 
Tengok lah diari saya :
 
1) hari-hari akan ada gambar yang berbeza sebab diari ni dalam henpon je
2) saya update benda alah ni je hari-hari, saya kan seorang yang lalai
 
Subuh - 6.15am done!
 
Zohor - 2.30pm done!
 
Asar - 4.30pm done!
 
Maghrib - 7.40pm done!
 
Isyak - 9.30pm done!
 
Done! Done! Done tu maknanya saya dah berjaya melaksanakan. Almaklumlah kadang tu kita ni terlupa, leka dan lalai. Banyak perkara lain yang kita utamakan. Lagi-lagi kalau time kita shopping ke, berjalan ke, lg la bertambah lalai. Dah tau wajib tp xlaksanakan juga. Itu saya... Saya dah la kaki meronggeng ke sana sini. Kalau ada cuti tak penah melekat kat umah.
 
Setakat ni, alhamdulillah, saya rasa xcited nak solat pastu update diari ni. Bila type DONE! je tandanya saya berjaya! Time tu bukan time masuk waktu ye, tapi time saya melaksanakan solat.
 
Malu sebenarnya tapi nak share jugak ngan semua. Mana tau dapat membantu. Kalau ada yang macam saya ni. Kita kan manusia, mana nak lengkap semua ni.
 


Dagu berlapis macam kuih lapis...

0 comments
 
Assalam...
Ni namanya xde keje kan. Masuk opis terus snap gambar jerawat cun ni. Sebab kan sekarang ni jarang sangat nak tumbuh-tumbuh jerawat. Jadi bila naik sebiji ni macam hairan lah. Kenapa??? Dulu zaman muda mudi tak kawen lagi memang bersarang muka ngan jerawat. Terutama kat pipi ngan dahi. Tapi skang tidak lagi. Ha korang! Kalau muka tu sering naik jerawat dan segala saudara maranya, cecepat kawin. Insyaallah muka berseri pastu. Konon la muka saya berseri-seri kan...
 
Semalam dah perasan bendasing ni tp buat tak tau je. Hari ni bangun tido dia dah nampak masak. Menguning! Wah teruja nak picit tapi tahan je. Buat tak tau. Biarlah dia hilang sendiri. Pandai naik pandailah ko hilang kan! Hormon tak stabil kot bulan Syawal ni. Makan bermacam-macam jenis makanan. Takde pantang larang dah. Mungkin...
 
Ala takpelah, sikit je kan. Masih cun lagi ibu mengandung ni. Hahahaha!


Wednesday, September 12, 2012

HUKM @ 32w♥

0 comments


 
Assalam,
Bersiaran langsung dr HUKM. Poyo! Pagi ni ada monthly cxup. Mcm biasa la kan. Makin dekat ni makin kerap jumpa DR. Tp saya suka kalau kat HUKM ni, setiap kali dtg harus scan dan jumpa DR. Bkn mcm kk biasa yg tiap kali dtg dpt jumpa nurse je. Dah tunggu berejam tp jumpa nurse tu kejap sangat. Hampa! Nak dpt jumpa DR dan scan tunggulah bila ada kes.

Pagi ni suami hantar je. Dia p opis jap ada keje. Nanti dia dtg balik. Biasa berteman. Huhuhu. Tu yg leh ngadap blog ni. Boring! Takde teman gado dan borak. Tunggu lah sampai no bertuah ni 4004 naik!

Harapan jumpa DR kali ni semuanya baik-baik je. Time kt kk ada saje tak kena. Perut besar dr minggu sepatutnya la. Scan punya scan tetap tak jumpa penyebab. Memanglah dh kalau guna scan zaman tok kadok mna nk dpt detail. Pastu siap takutkan saya. Takut ada bendasing lain dlm perut macam ketumbuhan ke. Sedapnya mulut berkata-kata. Tak tau ke yang ibu mengandung ni xleh risau lelebih! Hampa tul ngan org line medical kalau ini kekdahnya. Tak belajar ke cara nk berkomunikasi ngan pesakit/client.

Nasib zaman skang ada 4D scan. Sediakan duit je. Nasib blum terlambat utk saya buat 4D ni. Sempatlah p jengok baby. Macam2 persoalan yang suami tanya. Akhirnya kami dpt jawapan. Yang buat perut saya besar sebab air banyak je. Ni xleh control. Baby yang kuarkan. Oh lega. Dan buat kali ke4 konpem baby boy. Amin, alhamdulillah.

Hari ni apa agaknya komen DR ye? Mcm biasa mesti berat badan berlebihan. Nasib xde kencing manis. Padahal saya bukan berselera sangat pun nk makan. Tp kerap. Tu yg berat menjadi-jadi kot. Tapi satu yg saya pantang xleh jumpa adalah KFC. Padahal sebelum ni tak heran pun. Tapi sejak preggy ni, mcm ada magnet. Mesti nk pekena selalu. Dasyat!


(jumpa DR. sat...)


Alhamdulilah semua ok. Dan dah decide nk try bersalin normal. So DR pun sokong dan cerita sikit beza bersalin normal ngan czer. 5minggu lg sy akan jumpa DR semula. Continue dgn temujanji di kk dan minggu ke 34 ni ada temujanji ngan pakar O&G di Hospital Putrajaya. Tu pun kes nk tengok kesan jahit dan luka saya 4 tahun lepas.

Doakan saya ye kawan- kawan. Agar segalanya dipermudahkan. Amin....

Monday, September 10, 2012

Breast Pump.

0 comments
Assalam,
Salam pagi Isnin. Sebelum memulakan tugas yang mencabar sbb hari isnin ni otak agak slow skit. Keje senang pun mcm susah je kan. Bos banyak tanya plak kang lagi la naik hangin 1 badan. Patut kita tanya bos, ni dia tanya kita. Apedaaa!

Korang bekpes apa? Saya amik bihun goreng. Minuman panasnya tentunya susu anmum materna, kata ibu mengandungkan. Haruslah minum susu. Kang kul 2ptg minum sekali lagi.

Xcited hari ni nak cite pasal pam susu. Ala kalau cerita apepun yang berkisah tentang baby memang saya sangat suka. Segalanya la. Dari nak membeli sampai nak memakai nanti. Tak sabar, Teruja! Pam susu untuk kali kedua saya beli. Sebelum ni untuk marsya saya guna Spectra 3 (S3). Bagus jugak. Masa dalam pantang dh mula buat stok susu. Skali pam kedua-dua belah memang dapat byk. Sedutan pun best je. Macam baby yang isap. Segalanya bagus pasal S3 ni cuma satu, agak berat! Time beli pakej tu dia bagi sekali ngan backpack. So mudah lah nak bawa. Bunyi pun xla bising sangat. Berbaloi ngan rege.

Untuk adik ni saya try pam susu terbaru rasanya. Tapi saya dah byk kali baca review, semua kata ok. Saya tak berani nak komen  sebab xguna pun lagi. Baru beli dan simpan kat umah. Tentang harga memang berbaloi bagi saya yang rasa xnak membazir beli pam susu mahal-mahal. Takut nanti niat murni nak susukan baby tu terbantut. Kan dah rugi. Ikut kata kakak kat fabulous mum, pam susu ni paling laris skang. Asik restock je. Sampai 20 buah habis. Nasiblah saya dah bayar. So ada untuk saya. Insyaallah lepas saya menggunakannya, saya bg komen ye. Best ke tak best! Jom nak share skit pasal pam susu yg jadi pilihan saya kali ni :







Rumble Tuff - Jingle Jungle Elegante Mom Set - RM419.00

http://www.fabulousmom.com/

With this package, you will receive:

1) 1 unit of Rumble Tuff breastpump

2) 1 set of Jingle Jungle breastmilk storage solutions set which consists of 1 Elegante Mom multifunctional (breastpump) bag, 1 Elegante Mom cooler bag, 6 bottles and 3 icepacks.

Please state your preferred colour of the bag in the comment box upon checkout.

NOTE: Top-up just RM5.00 to upgrade the icepacks to our new Jingle Jungle Mom's Love reusable ice packs (3 pieces).

You are also entitled to purchase 1 piece of Fabulous Mom Jolly Nursing Bra at RM10.00 only (usual price: RM39.90) and 2 boxes of Jingle Jungle Breastmilk Storage Bags (25 pieces each box) at RM10.00 only (usual price RM25.80 for 2 boxes). Please state your preferred size of the bra in the comment box upon checkout.

Definitely a deal not to be missed.

Value Added Service from Fabulous Mom: A loaner unit will be given to you while your pump is being serviced, only valid for breastpumps purchased from Fabulous Mom. Do keep your receipt (or copy) well. :-) *Terms and conditions apply - please call our outlets to speak to our friendly staff on its procedures*


Sunday, September 9, 2012

Salam hari minggu!

0 comments
Assalam,
Apa aktiviti cuti korang?
Semalam bersamaan hari Sabtu, sy menghadiri 5 majlis makan-makan. Ada orang kawen, ada besday dan juga jamuan raya. Meriahnya perut saya. Makan saje.

 
Pagi tu dimulakan ngan kelas marsya. Alhamdulillah dh byk step yang marsya belajar. Diam xdiam dh 2 bulan rupanya. Dan dia pelajar paling muda. Anak saya skang pun makin "tanned". Bersukan air la katakan. Tp xpe janji ada xtvt sihat dan dia sgt suka. Simpan anak kt umah lawa-lawa pun buat apa kan...

 
Hari ni plak bersamaan hari Ahad. Pada ketika saya update ni azan zohor sedang berkumandang. Plan asal nk p fabulous mum kt puchong nk amik breastpump yg dah sampai stok. Smlm dorang ada call suh amik. Set yang lain saya dh amik. Marsya plak nak ikut tok usunya p Masjid Mizan. Ada persediaan majlis open house JAKIM yang akan diadakan esok hari. So saya kuar dating berdua je la nanti. Tp skang suami tengah sakan membelai aweknya a.k.a kereta. Kasi cuci bersih-bersih ye sayang. Kang kita p jenjalan.

Lupa cerita mlm minggu, bw marsya lepak dataran je. Main skate pastu main bola ngan ayah. Kul 1 pg br gerak p lepak mamak plak. Siap pekena teh tarik ngan roti bakar. Balik then tido. Cukuplah aktiviti minggu ini. Bersedia untuk bekerja esok hari.



Friday, September 7, 2012

4D Scan @ 31w.

0 comments
Assalam,
Sy baru je selesai bekpes nasi berlauk ayam goreng pagi ni. Padahal malam td dh dinner KFC. Asik2 ayam je. Patutlah berat badan berlebihan. Doktor suruh diet tp mampukah aku? Dah temui jawapan memang tak mampu.

Sepertimana yang dijanjikan, semalam saya berjaya buat 4D scan utk adik. Walaupun dh lambat tapi berjaya. Kena la bayar rm100 sebab berjaya. Kalau tak kena rm50 je kot. Takpe memang niat nak bagi berjaya. Suka tengok suami dan marsya! sangat teruja. Adik nampak chubby :)

Meh nak share info skit pasal tempat sy p scan ni. Kalau zaman anak sulong dulu, Vision College je la yang jadi rebutan dan sebutan sebab murah. Kalau nak buat kat tempat lain kena pikir berkali-kali sebab bayaran yang dikenakan agak mahal. Masa tu tahun 2008. Memang susah nak cari tempat murah. Tapi bagi tahun 2012 ni, berlambak-lambak. Disebabkan saya dok Putrajaya, sy mencari klinik-klinik yang hampir ngan umah. Dan yang pasti murah. Rm100 tu kira berbaloikan?

Ada 2 tempat yang saya tau. Kedua-dua di Seri Kembangan. Dua-dua klinik aku terjah. Mula pada 27w. Tapi klinik yg ni saya mcm xsuggest sangatlah. Mungkin xberapa friendly. Tak best! Tak xcited pun nak tgk baby. Tak pandai nak berinteraksi ngan kita as pelanggan kot! Biarlah menjadi rahsia. Saya share yg ok saja.

Yang ni sangat ok. Korang try la. Yang paling sy suka sebab buat temujanji online. Tak payah nak call ke hape. Memang senang. Nak cancel pun online je. senang kan?

Poliklinik An-Nisa'
No.5, Jalan BPP 8/1 Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor
43300, Malaysia
Direction Tips: Opposite Giant Seri Kembangan
( before Jusco Equine Park )


Suggested week for 3D/4D Scanning:

1st scan: (22-25 weeks):
See more baby movement, might scan the whole baby body, can see more
in hand and legs movement, but the baby might look skinny a bit, but
its already cute!

2nd scan: ( 26-30 weeks):
More on baby face as the baby look more cubby, but leg and hand scan
depend on the liquour enough or not....

(30-35weeks):
Harder to scan depend on air ketuban only.. The chances to take a bit
low compare to less than 30wk, but the baby will look more cubby...
if cant see the baby face, there is no charges apply, so might can
have a try....FOR Seri kembangan and AMPANG area only

Procedure Charges Rate:
 
3D/4D Scan Charges : RM100 ( include 3D picture and video in CD and
Print Out)
Detail Scan Charges : RM150 ( Check for anomaly in 2D scan, for 20-26
weeks only! )
3D/4D Scan + Detail Scan Package : RM200
2D scan : RM50 ( only for ampang and seri kembangan area)


Cukup kan maklumat ni? Kalau sesiapa yang berhajat leh la p sini. Memang best! Jom kita layan gambar adik plak.
 
Adik, bonda minta izin nak share gambar adik ngan kenkawan baik bonda ye :) Jangan malu tau. Bonda tau adik pemalu sebab semua gambar mesti nak letak tangan kat muka. Sampai kakak sound "adik jangan la malu, kakak ni baiklah"... Abis geli hati semua yang ada dalam bilik tu semalam... Ni antara gambar adik. Saya tak letak semua sebab banyak sangat la...
 
 
Assalamualaikum semua...
 

Adik tengah sedap tido tp bonda, ayah ngan kakak kacau.


Malu la adik. Cuba teka?
Boboiboy...


Adik buka mata sikit...
 


Tetiba sedih... sobsobsob :(
 

Ni kaki adik :)

 
Alhamdulillah, dalam tak sedar menitik gak air mata saya. Walaupun ni anak kedua tapi feeling tu tetap over. Mungkin naluri seorang ibu memang selalu macam ni. Lagi teruja bila suami sangat xcited. Rezeki drNya nak dapatkan kami sepasang anak lelaki dan perempuan. Apa yang saya harapkan dan doakan agar semua berjalan lancar dan selamat hingga akhirnya. Amin.
 

Thursday, September 6, 2012

Tak join pun jamuan raya tu...

0 comments

Assalam...
Sy tak join pun jamuan raya bahagian tu. Sebab sy nk p buat 4d scan ptg ni. Kul 12.30 sy dh blk. Tunggu suami jap g terus pegi. Ohh lupa kena amik anak sulong dulu. Marsya tentu xcited kalau tau nk p tengok adik.

Adik, ptg ni bg kerjasama tau. Tunjukkan muka adik yg hensem tu. Jgn lah sorok2 ye. Ayah, bonda ngan kakak nk tengok. Tp klu xleh, xjelas itu bkn salah adik. Perut bonda ni yg dh besar sebenarnya. Tak layak utk 4d.

So kita tunggu. Kalau gambar cun, next sy share ye. Doakan yang terbaik buat kami berdua.

Hari ini jamuan raya di bahagian saya!

0 comments
Assalam...
Apa kabar korang? Alhamdulillah sy sihat seadanya.

Hari ni kan ada jamuan raya kat opis sy ni. Pepagi dh mula sibuk. Nk hias bilik la, atur ini, atur itu, gantung memacam, nak bg timbul suasana berhari raya tu. Pagi ni pun semua dtg dgn mood ceria dan berbaju raya. Saya? Pakai baju preggy 4thn lepas. Mana ada baju raya tahun ni. Rasa membazir lak kalau beli @ tempah baju preggy bebanyak. Pasni nak masuk kotak balik.

Menu hari ni pun bermacam-macam la. Ada nasi hujan panas, ada lemang, ketupat ngan rendang. Ada satay. Dan yang pasti kuih muih. Tapi kan saya kurang sihat hari ni. Sejak dr malam td badan rasa panas, nak demam. Batuk dan selsema plak pagi ni. Tengoklah kalau tak larat sangat jap lg, mmg sy nak balik, rest kat umah.

Kebetulan plak ptg ni sy dh buat temujanji nak buat 4D Scan kat baby. Dh terlewat sebenarnya. Ni dah 31 minggu kandungan. Nasib lah dorang bg jaminan kalau tak nampak baby, bayar separuh jer. Pepaham la bila musim syawal ni. Bz manjang, Ada je tempat nak dikunjungi. Pantang ada free kan! hehe... memula dulu dah set temujanji tapi bulan ramadhan. Rasa terkejar2 dan xcukup masa je. Tuptup cancel! Tengoklah petang ni mcm mana. Kalau jadi nanti sy share yang korang ye.

Dan kalau sy jadi join jamuan raya yang bermula pukul 12.30 tengahari ni, sy akan share ngan korang gak. Mana tau ada gambar mak buyung comel ni... bleh gak buat tatapan korang semua... Perasan!!!

Oklah, sy perlu undurkan diri dulu. Kesian plak tgk dorang bertungkus lumus nak siapkan tempat jamuan. Walaupun sy tak mampu nak tolong yg berat2, yg ringan2 bleh lagi. Tolong tengok lagi lah boleh sangat :)

Wednesday, September 5, 2012

Habuk! Sawang! Itu blog saya...

0 comments
Assalam,

Apa kabar korang semua?
Saya? Alhamdulillah sihat dengan perut yang makin membesar ni.

Best kan tajuk di atas?
Saya memang malas tahap tak tau nak cakap apa dah. Mungkin pembawakan ni. Ahh alasan je kot! Malas cakap je malas kan... Bukan hapdet blog je malas, banyak keje lain yang malas. Kecuali keje yang memang kena paksa buat. Contohnya keje opis yang melambak ni la. Kalau ini pun malas nak buat, alamatnya kena buang kerja la aku! Eh gomen skang pun leh je nak buang orang tau. Tapi sy tak la seteruk itu. Keje tetap top 10 ok!

Banyak benda dalam fikiran ni yang cuba sy nak luahkan sehingga kekadang hilaang punca. Nak mula dengan yang mana dulu. Cite diri sendiri kah? Anak kah? Suami kah? Keluarga kah? Argh nanti la sy gabungkan cerita tu jadi satu.

Time membebel ni jam kat opis kul 1. Orang lain sibuk makan, sy layan blog. Hari ni perut meragam dr pagi. Tak tau la apa puncanya. Baby xselesa kot, bonda makan memacam. Huhuhu... So decide xnak makan lagi lunch ni. Tunggu perut selesa skit. Jap lagi pun sy leh p makan.

Ops sebelum terlupa sy nak ucapkan :

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
dr kami sekeluarga.
 
 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template