Wednesday, August 28, 2013

Obesss?


OBESITI merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.


Pada tarikh 28/8/2013 aku telah disahkan obesity oleh diriku sendiri. Sedih wey sedih. Aku rasa lepas bersalinkan Mannan Riffat ni la berat badan aku susah nak turun. Diet pun sama je. Ada ke aku diet??? Jawapan jujur aku memang tak ada la. Asik-asik makan je :( Aku bukan jenis yang leh tinggalkan nasi, jap lagi mula la angina satu badan. Sakit kepala bagai. Terus moody. Anak-anak macam mana kalau dah mcm tu? Suami macam mana?

Masuk ofis selepas cuti raya ni memang tak membahagiakan aku. Semua tegur aku makin gemuk. Orang ingat aku pregnant. Mana ada, aku tak pregnant la. Selera makan je macam orang bunting gajah, Semua Nampak sedap, semua nak makan. Ini la padahnya cuti raya lama. Aku tak salahkan cuti tapi memang salah diri sendiri. Orang lain boleh je berdiet!


Maka dengan ini ku istiharkan darurat untuk badan sendiri. Tak nak keterlaluan mengambil makanan. Bukan tak boleh, nafsu makan tu je yang tak leh kawal. Susah la badan gemuk ni walaupun tak berapa Nampak sebab aku tinggi. Tapi secara zahiriahnya aku terasa. Aku selalu letih, penat, mengantuk. Nak tido je. Memang tido paling best la dalam hidup seharian.


Berat badan ku 83kg sekarang, amik ko. Ada yang terlopong? Graf semakin naik tak turun-turun selepas bersalin. Tak pernah berat sampai mcm ni. Takkan aku nak tunggu sampai 100kg baru nak bertindak kan. Kena usahakan sekarang dengan izin Allah.


Aku nak cuba sesuatu tapi barang tak sampai lg, Insyaallah pasni aku selalu update tentang masalah obesity aku ni. Mana tau korang ada masalah yang sama? Aku nak makin tua makin sihat bukan makin tak sihat. Korang pun kan???? Jom la kita mengamalkan cara hidup sihat :)


Korang perasan tak? Aku ada tepek kalkulator BMI, apa lagi silalah peksa sendiri BMI korang, mudah je hanya letakkan angka yang berkaitan nanti kuar result! Macam aku kuar result.......




 
"OBESITY"
 
 
 


0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template