Wednesday, June 27, 2012

Minggu ke-21

0 comments
Sungguh exited sebenarnya nak tau gender baby ni. Bukan apa, bagi bonda senang la nk prepare apa yang patut. Ramai org berpendapat, ala beli je baju yg unisex! ok, bleh.. tp suka hati aku la kan nak mcm mana... hehe.. So semalam bonda p klinik Dr. Maria skali lagi nak buat 2d scan jek. Untung nasib baik memang dh bleh nampak. Tapi kalau baby tak nak tunjuk, nak buat macam mana. Tak kisah lah, janji bonda tau adik sihat. Membesar bagai juara, sudah :) Dan keputusannya memang bonda tak tau. Mula2 adik ok. Bila part nak scan detail kat "tut" adik tukar position. Adik bersujud plak. Berkali-kali D.r cuba tapi tak berjaya. Takpela adik, bonda pun dah buat temujanji untuk 4d scan adik tapi lambat lagi. Tunggu bonda 28 minggu, insyaallah...


Kat bawah ni sape lagi kalau bukan kakak marsya, sementara tunggu turn kat klinik semalam. Marsya dapat kawan baru. Dia mudah berkawan kalau budak tu jenis sopan santun. Kalau kena yang mengganas memang dari awal dia tak nak kawan. Memilih gak budak ni. Bila ada kawan xde la bosan ajak bonda cepat nak tengok baby. Tiap kali ada scan, marsya pun sama xcited nak tengok adik :)


Setel hal klinik, kami p makan. Mulanya bonda nak makan ikan bakar kat dengkil. Malangnya sampai je sana kedai tu tutup. Ah frustnya... So ayah ajak bonda p try makan Burger Bakar. Ala femes la skang pasal beger2 ni. Bonda tak la ecited sangat tapi boleh lah mencuba. Kedai ni area puchong. Sampai sana tengok orang beratur. Tapi tak lama pun menunggu. Kira okey la. Kami order sebiji je burger ni. Tu pun xlalu nak habiskan. Yang ni Double Beef+Chicken+Bacon+Cheese Souce= rm17. Yang sosej tu add on rm1.50. Marsya makan 2 ketul jek.. Oh lupa, kedai ni cawangan KawKaw Burger Bakar yang kat Wangsa Maju tu...



Testing my new baby♡

0 comments

Selamat pagi rabu kalian!

Wednesday, June 13, 2012

Minggu ke-19...

2 comments
Alhamdulillah... semua berjalan lancar. Detik - detik indah belaka. Umpama menyambut orang baru buat pertama kali. Mungkin jarak yang lama atau kami yang tak sabar -  sabar nak menimang cahaya mata. 4 tahun rasa begitu lama. Padahal bagi sesetengah orang itu perkara biasa. Lagi mendatangkan keterujaan bila Marsya ada bersama. Sentiasa bertanya "bonda, bila baby nak kuar?''... Selalu cium perut bonda... Selalu tanya adik nak susu tak? Agak - agak bagaimana la lagaknya bila adik dah betul - betul di depan matanya. Kalau tengok pada perangai marsya terhadap kanak - kanak lain, dia begitu ambil berat, sayang, caring, suka sangat ngan baby. Marsya memang takde sejarah mengerjakan anak orang. ehehe... Harap begitu juga bila dah ada adik sendiri :)

Adik pun dah mula tendang - tendang dalam perut bonda ni. Mengalir air mata bonda dibuatnya. Ya Allah, indahnya anugerah ini. Bonda dah syer ngan ayah. Tapi ngan kakak marsya je belum lagi. Sebab adik masih tendang - tendang manja. Tunggu la adik makin kuat menendang, bonda akan syer ngan kakak marsya pulak. Tentu marsya teruja!

Jantina baby? Ni semua orang nak tau kan. Korang tau, bonda baru sekali je p scan. Tu pun kat klinik swasta. Untuk klinik kerajaan, jumaat ni Insyaallah bonda ada temujanji. Ni kali kedua. Teruja memang teruja tapi biasanya jarang baby nak tunjuk gender sebenar. Bonda tak mengharap sangat baby boy tapi kalau ada rezeki, itu satu bonus! Mesti semua orang nak melengkapkan keluarga kan? Tapi kalau perempuan lagi pun, ok jugak. Bonda ni kan, teruja plak mencari nama anak perempuan dari awal lagi. Asik bermain - main difikiran. Ayah plak, siap termimpi nama anak lelaki lagi :) So kita tunggu je la. Janji baby ngan bonda sihat.

Bonda baru pulang dari kampung suami. JJCM semestinya. Nak - nak plak, bapa mertua melayan tekak menantunya. Tanya nak makan apa? tingin nak apa? Rasa tak cukup balik kampung setakat 2,3 hari tu. Tengokla nanti, nak sambut puasa maybe nak balik kampung lagi. Ada yang tak tertunai. Ada gak, 2,3 destinasi bonda dah plan ngan ayah nak p. Tu semua ada misi makan - makan sebelum berpantang nanti...
 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template