Thursday, September 29, 2011

apa sebenarnya?

0 comments

pelik tapi benar....
orang yang 'add' kita kat facebook dengan sesuka hatinya bleh 'block' kita dr friend list dia....
dengan tanpa sebab dan alasan....
selama ni pun bukan pernah bertegur sapa!
mungkin cuma intaintai dari jauh...
tengoktengok gambar jer...
tapi bonda rasa tetap tak puas hati sebab bonda nak sangat tahu kenapa????
rasa nak call org tu dan tanya...

KENAPA???????????X( angry

kudis pada marsya!

0 comments
aduy:(( crying bonda sgt pasrah skang ni. gatalgatal biasa pada kulit marsya skang menjadi makin teruk! dh berair dan menanah... ohh tidak, tak sanggup melihat anak menderita begitu. tapi marsya sgt la bagus, walau berkeadaan begitu di tetap aktif macam biasa. cuma kenkadang mungkin berasa tak selesa marsya akan mula buat perangai. seperti mana kita maklum, kudis begitu biasanya memang gatal. bila gatal secara automatik marsya akan mula menggaru. kesan daripada tu la bleh merebaknya jangkitan virus tersebut.

ini lah dugaan bila hantar anak kat nursery. mengharap belas ikhsan org lain untuk menjaga anak kita walaupun setiap bulan kita bayar dgn harga yg mahal[-(  not talking namun keikhlasan setiap orang tu kita tidak pasti. bonda sentiasa berdoa yang terbaik untuk marsya dan tak lupa juga untuk suamy tercinta.

dlu di putrajaya, bonda hantar marsya di umah pengasuh. jadi tidaklah begitu ramai budakbudak yg diasuh. sejak pindah ke selangor, bonda hantar marsya ke nursery. sejak dok nursery ni dah 2kali penyakit berjangkit merebak yg marsya kena :-(||> give up mula dulu ngan 'chicken pop', ni yg kedua 'kudis berair dan bernanah'....

banyak klinik dah bonda pergi, tapi tidak mendapat kesan yg terbaik. bonda dh plan nak p jumpa 'PAKAR KULIT' di jalan TAR. sebab klinik ni memang terkenal dengan rawatan yang bagus. tapi kena bayar mahal sikit la. cuma masa nak pergi tu yang takde. dengan suami yang selalu sibuk! jadi kami  decide nak cari klinik yang terbaik dekat ngan umah, puas bonda survey tanya jiran, tanya pak cik google, dapat jawapan terus serang.

alhamdulillah, tengok doktor perempuan tu nampak menyenangkan:x lovestruck bila cerita sebab dan akibat akhirnya bonda rasa klinik ni tepat. bonda minta ubat yg agak tinggi dos supaya marsya cepat sembuh, doktor bagi nasihat dan cara merawat serta makan ubat. kena la charge rm45. bonda rasa berbaloi sbb bonda amat berpuas hati ngan servis yang diberikan. bonda siap tanya kat kaunter depan sape nama doktor wanita tersebut....

kuar dr klinik terus pegi kedai gunting rambut. potong rambut marsya terus pendek. aduy, skali lagi bonda pasrah sebab marsya tak pernah berambut pendek sejak lahir. lahir dulu selepas 7 hari botakkan kepala marsya, lepas tu terus tak pernah potong sampai sependek sekarang. dh macam ada anak lelaki pulak :x lovestruck nanti bonda akan tepek gambar anak dara seperti tomboy itu. malam td marsya takde mood langsung nak bergambar...

oh lupa:-B nerd .mesti korang pelik bonda kerja di hospitak tapi kenapa tak bawa anak jumpa pakar kat sini? memang bonda leh dapat temujanji awal tapi entah lah belum terbuka hati nak bawa anak datang sini kot'+_+ cold




Monday, September 26, 2011

say CHEESE!!!

0 comments

assalamualaikum....

sihat semua?
alhamdulillah bonda sihat.
tp agak keletihan sbb hujung minggu ber OPEN HOUSE saje.
tambah ngan kenduri KAHWIN.
huhuhu sungguh memenatkan tapi enjoy!

kali ni bonda nak share sumthing ngan korang semua.
korang suka makan cheeszy wedges KFC tak?
bonda suka sangat sehinggakan setiap kali makan di KFC mesti berebut ngan suami,
nasib baik la marsya tak pandai lagi makan cheezy wedges...hahahaha...

kita share gambar dan share rasa.
memang wallah lah.....
tak rugi mencuba sbb 1 pek ni leh pakai bnyak kali.
kalu ikut anggaran dalm 10 kali bancuhan.
nak bancuh pun senang cuma tambah air panas je.
ikut kepekatan yang sesuai pastu dh bleh makan.
senang bukan????

nak order, bgtau je bonda :)

Friday, September 23, 2011

tak ada masa la....

0 comments
salam semua,
mengapa bonda selalu tak cukup masa ni???
nak update blog ni mmg payah sama sekali.
banyak sgt hal padahal kemudahan ada saje di depan mata.

setiap hari rutin harian macam biasa je.
nak kata keje melambak, tak jugak.
nak kata anak ramai, baru sorang.
nak kata keje umah melambak, memang tak ada.
kalu masak pun utk kami 3 orang je.
mcm mana ni????

tapi setelah diselidik masa bonda banyak habis ke
......................................
.................................
.........................
................
.........
...

TIDO.....

memang ya, sekarang ni badan bonda cepat sgt letih.
kalu sampai umah, buat keje umah, masak.
mandi dan solat maghrib terus tido.
sampai makan malam pun tak sempat.
solat isyak kul 2 pagi..
masyaallah..

ni pun time menaip di meja opis rasa ngantuk sgt.
apakah petanda ni?
sudah gemuk, ya!
lemak banyak, ya!
jawapan ada pada diri sendiri sebenarnya......



Friday, September 9, 2011

MELAKA !

0 comments
Salam semua!
kali ni bonda bercerita pasal raya ke-2 kami ke Melaka kampung ayah. Tapi sayang nama ke kampung balik sana kena tido hotel gak. Memang tetiap tahun mcm ni. Dulu time kecikkecik ayah la jadi penaja kami adik beradik, tapi sekarang ni semua tanggung diri memasing lagilagi dah berkeluarga.

Chalet menjadi pilihan buat masa ni, memandangkan kebanyakkan hotel dh full house. Tapi best jugak chalet ni dgn harga RM250 semalam utk family room yg mana terdapat 1 queen bed & 2 single bed. Besar kan??? dan lagi best ada kolam renang, apelagi anak bonda tu nampaknampka je terus teruja!!!

Siap check in terus ke bilik utk solat zohor. Selesai semua kami teruskan beraya ke rumah saudara mara ayah. Apa yang best di Melaka, tentulah rendang cili padi yg sangat superb. Pedas yang membuatkan bonda akan makan berulang kali. Selain dari itu, lemang kat sana pun sodap, bukan beli di tepi jalan tapi mereka bakar sendiri. Ohhh sangat sedap!

Puas meronda hingga letih kami balik ke chalet semula. Suami harus berehat sebab perjalan dr Shah Alam ke Melaka td mengambil masa agak lama kerana lebuhraya jam, banyak sgt kereta kuar beraya agaknya. Itulah namanya suasana hari raya kan???

Esoknya perjalanana beraya masih diteruskan hingga ke malam. Selepas solat Isya' kami pulang ke Shah Alam semula. Macam tidak percaya, esoknya bonda kena kerja
:((  crying:(( crying:(( crying

Tuesday, September 6, 2011

jom cerita pasal raya part I

0 comments

Korang beraya di mana tahun ni?
Bagaimana persiapan raya?
Best tak balik kampung?
Sangkut jem tak?



Ni cerita bonda, tahun ni mmg turn beraya umah bonda. Biasa kami akan beraya di Kuala Selangor. Tapi lain bagi tahun ni. Umah cantik di Kuala Selangor tu dah tak berpenghuni. Mungkin untuk sementara. Mak Ngah bonda yang memang dok sna baru je menjalani operation buang "fibroit", jadi dalam tempoh berpantang ni Mak Ngah duduk kat umah adik dia di Putrajaya. Maka xde la tradisi balik kampung lagi bagi kami. Umah mama pun kat Shah Alam je, maka jadilah raya ke Bandar. Tapi tetap beraya.

Plan asal nak balik kampung suami di Kedah memandangkan bonda dapat cuti sebelum raya je. Jumaat 2/9 tu dh masuk kerja. Tapi tu la kita hanya merancangkan, kami tak jadi balik ke Kedah, ada masalah yg blum dapat diselesaikan. Memang suami frust sangatsangat. Tapi nak buat macam mana kan, jadi kami plan nak balik ke Kedah pada cuti Hari Malaysia, Insyaallah.

Pagi raya pertama, kami sekeluarga bersiap siap untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Ini lah kali pertama bonda berpeluang mengikut suami. Sebelum ni memang tak pernah dr sebelum kawin sampailah beranak satu. Sungguh xcited pagi tu. Siap kan suami, marsya dan yang paling lawak pagi tu kami sempat bekpes Mc' Donalds. Ni la penangan bila tak balik kampung. Syahdu betul time tu rasa tak sabar nak balik umah mama. Siap sembahyang raya kami terus p umah mama. Bukan jauh mana pun dr Puncak Alam ke Sunway Kayangan tu dalam 20 minit je, uhhhh! tak sabar
:) happy

Sampai umah mama dh terbau hidangan yang enakenak. Masyaallah bestnya menu pagi itu walaupun pagi raya di Bandar dengan umah dikawasan perumahan yg senyap sunyi berguard itu. Menu pagi itu Rendang Ayam, Rendang Kerang Cili Padi, Rendang Daging (jiran sebelah bagi), Kuah Kacang, Nasi Impit dan Ketupat. Punyalah sedap makan pagi ini sampai lupa diet.

Sesi bersalam salaman pun bermula, tapi kalini 2 daripada adik bonda xde. Mereka beraya di umah mertua. Selepas itu, baru la kami memulakan perjalanan ke Kuala Selangor kampung mama. Singgah la ke semua umah saudara mara mama yg memang biasa kami pergi setiap tahun. Tapi kan, banyak dh umah tua yang tinggal kosong bila orangorang tua dah tiada. Sedih sangat kalu kita kenang kembali zaman mereka ada, bertambah meriah la hari raya
:((  crying

Selesai beraya di Kuala Selangor kami balik ke Sunway Kayangan semula, malam tu bonda sekeluarga tido di rumah mama. Esok kami nak mulakan perjalanan ke Melaka pulak. Ni kampung sebelah ayah. Bonda akan sambung cerita part II okey...


























Monday, September 5, 2011

Eid Mubarak 2011

0 comments


Mungkin dah terlewat tp masih dalam bulan Syawal kan. Jadi bonda amik peluang gak nak ucapkan " selamat hari raya, ampun maaf dipinta bagi semua salah dan silap sepanjang kita berkenalan :) "



pssss.... actually mood nak tulis blog dh kembali, insyaallah...



Friday, September 2, 2011

huh! lotih mak cik nak tolong mok cik....

1 comments

sila cuci mata yer,
untuk info yang lebih lanjut sila hubungi saya :)
 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template