Showing posts with label kawanbaik. Show all posts
Showing posts with label kawanbaik. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

BFF berkumpul

2 comments

Asyik makan-makan je kalau Bulan Syawal kan? Berat badan pun naik macam di pam-pam. Aku lah tu, Nampak makanan terus lupa badan dah gemuk. Makan , makan dan makan. Mana taknya menu yang disediakan sedap-sedap belaka. Bayangkan satu hari sampai ada 7 jemputan. Termasuk kenduri kawin. Nak pecah perut.
Kadang ada umah aku kena skip juga, maklumlah ada anak kecil ni. Waktu anak tak buat karenah, memang best la. Waktu dia dah penat, tiada maaf bagimu. Nak makan pun tak senang. Tapi aku bersyukur sebab mannan riffat jenis yang tak banyak hal. Kalau lapar baru berbunyi. Kalau mengantuk dia mula merengek sikit, tepuk je tido. Alhamdulillah.
Malam jumaat lepas, kami berkumpul lagi. BFF Forever. Kali ni kami berkumpul kat rumah La. Dan kali ni juga ramai yang turun. 1 keluarga je tak datang. Aloy la sebab minggu lepas kan aloy dah naik KL. Tak kan tetiap minggu nak naik KL kan. Menu malam ni pun ada yang La masak, ada beli, ada yang aku bawa. Ayam goring dan Nuget je pun yang aku bawa J
Bila dah berkumpul ni mulalah semua kenangan lama keluar. Borak-borak sakan bab zaman belajar kat KUSZA dulu. Banyaknya kenangan di zaman muda mudi. Ada yang menarik ada yang macam menyesal je buat dulu. Tapi tu la kenangan kan. Pahit pun kenangan jugak.
Makan-makan, gelak-gelak, layan anak bergaduh, layan anak buat hal. Macam-macam kan? Sampai umah La pukul 9 malam, sampai pukul 1 pagi pun tak sedar. Tau-tau anak buat hal. Memang pun mengantuk gamaknya. Baru sedar dh awal pagi. Baru ada rasa nak bersurai. Tu pun sampai kat kereta masih lagi berborak. Nak byebye pun amik masa. Inilah penangan BFF. Dah berjangkit pun kat laki aku ngan laki La. Sekarang dorang plak selalu wasap-wasap ajak lepak mamak. Hambik ko!

Lagipun kami tak senang nak lepak-lepak macam ni. Maklumlah masing-masing duduk jauh kecuali aku ngan La. Bila dapat berkumpul hampir semua haruslah rancak. Dalam setahun ada kot 2,3 kali je berpeluang nak berkumpul. Dan yang menjadi impian kami nak berkumpul 7 keluarga sekali. Insyaallah….

 

 Bonda, Mama dan Ibu yang gojes :)
 
 
Birthday surprise untuk Umi. Happy Birthday umi. Kek ni sponser by AbiSol suami umiLya la. Kami bersepakat nak buat surprise malam tu. Walaupun abiSol jauh tak jadi masalah. Kami wakilkan. Kebetulan umi dating KL sebab nak menghadiri program. Sebab tu umi solo malam tu.
 
 
Muka teruja sebab dapat Rainbow Cake... Umi kata dia suka warna warni tu.
 
 
 Ibu imah la yang order kek ni. Sedapppp

Kami, tadaaaa! Tak cukup sorang.... Sedihhhh
 
 
Makan-makan, sedap menu IbuLa...
 
 
 Aktiviti harus. Amik gambar semua skali. Tengok waktu ni anak-anak kecil semua dah tido. Tanda nak kena balik rumah masing-masing.
 
 
 

Tuesday, August 27, 2013

Sana'a Restoran, Cyberjaya

2 comments
Alkisah si aloy nak sangat makan nasi arab ni. Dari mengandung azza lagi. Sekarang azza dah 10 bulan. Nasib baik ailio azza tak meleleh... Kalau aloy turun KL asik tak sempat je nak ke Cyberjaya. Ada je hal. Tak aloy, aku.. Kesian aloy tunda punya tunda sampai raya tahun 2013. Alhamdulillah, ada rezeki ko loy, yang best La pun join sekali sebab La dah pindah dok area sini je. Memang best la. Yang lagi best, aku takde pun amik gambar makanan. Gambar kami-kami je banyak. Kang aku amik gambar makanan korang kata psyco lak :(
 
 
Sebelum ni kan kalau amik gambar atau aku update status ada kat Saba' ke, Sana'a ke atau kat Hammurabi, aloy mesti macam tingin sangat nak p makan. Sian dia. Skang dah dapat. Pasni aku leh sesuka hati nak update insta or fb. Jangan marah loy???? Lagipun setakat nasi arab tu, aloy pejam mata je masak! Kan loy????





alloy dan azalea, tomei-tomei budak kecik tu. jumpa next time mesti dah bleh jalan kan...
 
 



geng bapak-bapak. geng ni kalau dah sembang memang payah berhenti.
 
 


korang jangan Tanya nama roti tu? aku pun tak tau. Tapi memang sedap. Kami order satu tu je sebab besar. Hanya untuk budak-budak. Tapi tengoklah siap berebut-rebut, memang best!
 
 



Sana sini ada roti :) Sedap tau. Aku dan La bersama adik-adik kami, eh silap! Anak-anak kami :(
 
 



Menantu hantu! Bleh loy? Kami saje gurau-gurau yang Marsya ni GF si Amsyar...
 
 



Mak-mak mestilah kembar ngan anak-anak. Termasuk anak buah aku sorang dalam tu...
 
 

 
 
Mamat kat Sana'a ni pun aku amik gambar gak! Order bukan banyak mana pun tapi silap jugak. Bukan main ko amik order td pakai alat canggih. Sampai-sampai ada salah gak memang nak kena kan....
 
 

 
Kalau korang Tanya antara ketiga-tiga kedai arab ni, aku rasa semua ada kesedapan tersendiri. Semua ada keistimewaan. Harga makanan pulak, lebuh kurang je. Nak havoc dan ramai orang tentulah Saba'. Nak selesa dan bawa anak kecil leh dating Sana'a. Nak style open je, memang tak sesak langsung leh cuba Hammurabi. Semua area Domain, Cyberjaya ye kawan-kawan.
 
 
Kalau nak pergi tapi tak tahu leh ajak aku dan belanja skali ye :)


 

Monday, August 26, 2013

Aloy, La dan Tie datang beraya

0 comments

Alhamdulillah, apa yang dirancang menjadi. Jumaat malam tu aku dapat berkumpul ngan La, Tie dan Aloy. Korang dah tau kan sape dorang ni?

Aloy plan turun KL dr JB jumaat tu, apalagi kitaorang yang kat sini sangat teruja. Dah lama tak jumpa. Aku jumpa Aloy time dalam pantang tau. Rindu amat! Aloy dah la payah nak cuti. Memang payah sangat nak jumpa ngan dorang laki bini ni.

Bila dia konpem nak turun, aku plan la ajak La dan Tie berkumpul kat umah aku, kebetulan dorang berdua tu pun belum beraya kat umah aku lagi. Pasti gamat kan, walaupun baru 3 keluarga dari 7 keluarga sepatutnya.

Beria aku masak tau. Padahal tak berapa sihat tapi terbayang muka dorang semua rasa sangat tak sabar.  Nak berkumpul ramai-ramai ngan anak-anak sekali.

Menu aku simple je malam tu. Antaranya Rendang, Lemang, Masak Lodeh, Sambal Tumis udang. Adalah aku sediakan sikit pemanis mulut untuk anak-anak.

Malam tu, Tie dan La yang sampai dulu, Aloy sampai dalam pukul 11 malam. Tak rasa pun kelewatan tu sebab umah aku meriah macam siang, bising ngan suara anak-anak. Tak ketinggalan kaum bapa.

Masa aloy sampai lagi meriah, kami menjerit sekuat hati, berpelukan, Ngan anak-anak join sekali. Wah meriahnya… Borak dan borak tak jemu, ada aje isu, cerita. Gelak terbahak-bahak. Kaum bapa ada acara mereka sendiri. Diam tak diam, pukul 2.30pagi baru kami berpisah tau.

Itupun puas memanggil kaum bapa yang tak abis topic lagi, mak-mak ni sebab ada antara anak-anak yang nak ke sekolah esoknya, ada yang mula merengek, terpaksa la off topic segera, kalau diikutkan hati mau sampai ke pagi kami bergosssip…. J

Jom kita layan gambar yang tak seberapa ini :

 


 
ala-ala candy buffet gitu tapi tak boleh banyak-banyak, sakit gigi nanti...
 
 

 
 
kuih raya ada je lagi dan candy buffet untuk tetamu...
 
 



lemang pun beli je. gile ko nak bakar dok umah kerajaan ni. xpasal-pasal aku kena halau keluar dr umah kang :(
 
 

 
 
nasi impit. ala rebus je...
 
 

 
 
masak lodeh. tak ada nama lain kot, nama ni je yang aku tau. nama lodeh tapi sedappppp
 
 
 
rendang ayam kampong a.k.a pencen kot!
 
 


ibu-ibu yang gojes dan terselit anak yang bucuk masyam tu, buat perangai je nak merajuk. nasib mak ko cool semalam nak :)
 
 


 
gini la gambar kalau mengharap anak yang amik. takpe la janji ada rupa skit. okeyyyy la...
 



anak-anak kecil sebaya semua ni. dulu-dulu mak korang mengandung skali, sebelum tu mak korang p makan dan lepak-lepak kat kedai yang sama. Kedai nasi lemak antarabangsa Kg.Baru. Ada ayahDino korang panggil korang Baby Nasi Lemak. Aduyyyy
 
 



1 dara 2 teruna.. Dah besar jangan berubat ye anak-anak. Kawan baik-baik macam mak-mak ni ha...
 
 



Korang perasan tak? Minah dalam TV tu pun masuk sama. Hahaha bantai la. Ni pun hasil dari anak-anak gak yang tolong amik gambar mak-mak gojes :)
 
 

 
 
Wey, apesal aku ada gambar ni plak. Nampak no amik gambar kat tepon je. Mak tak kose nak guna kamera-kamera, mak malas. Amik henpon snap je pastu share. Ha ni la hasilnya. Layannnnnnn....
 
 
 

Thursday, August 22, 2013

Konvensyen BIDADARI 2013

0 comments
 
 
 
 
 
Wanita adalah pengerak kecemerlanggan ummah berdasarkan pembentukan akhlak dan peribadi anak- anak serta perkembangan islam. Perjalanan hidup seseorang wanita perlulah berlandaskan syariat islam dari segala aspek disamping menjaga peribadi serta akhlak muslimah itu sendiri. Tepatlah jika dikatakan muslimah itu adalah anak, ibu serta isteri dalam konteks kekeluargaan. “Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” Surah Al-Nur (24): 31 Muslimah kini haruslah bergerak mencari “role model” terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah R.A. isteri Rasulullah S.A.W. Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah R.A. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar. Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif. Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata. Selaras degan tuntutan kini yang dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran diri untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik, maka pihak imuslim ingin turut serta meyumbangkan tenaga ke arah pembentukan muslimah sejati,ummah terbaik. Oleh yang demikian pihak kami merancang untuk mengadakan satu program yang boleh dijadikan landasan untuk para muslimah, mencari dan memperbaiki diri, di samping menambahkan ilmu pengetahuan dari aspek perjalan hidup. Semoga program ini mendapat keredhaan dan pertolongan darinya. InsyAllah.

“Inspiring Muslimah, Empowering Ummah”
 
Senarai Speaker Konvensyen Bidadari :
1. Puan Wardina Safiyyah
2. Ummi Rose
3. Ustazah Fatimah Syarha
4. Prof Dr Muhaya
5. Dr Harlina Siraj
6. Puan Jamilah Samian                                                                
7. Puan Azzah Abd Rahman
8. Dr. Rubiah Kulop Hamzah
9. Ustazah Nadzirah Muhammad
10. Cik Mayanni M.
11. Puan Munna Izzah Dato’ Fadzil
12. Ustazah Nurhafizah Musa
13. Puan Zaliza
 
 
 
 

 
 
 
 
 
Insyaallah, minggu depan aku akan join konvensyen ni. Korang rasa best tak? Berjalan selama 2 hari di PICC. Pagi sampai la ke malam. Kalau sape yang ada anak kecil tak tau nak letak mana, pihak penganjur ada sediakan nursery juga. Mudah kan?
 
 
Aku amat tertarik dengan senarai nama penceramah. Hebat-hebat belaka. Dan ilmu yang akan disampaikan tu lebih berharga daripada duit yang aku keluarkan untuk membeli tiket. Tengok tajuk ceramah pun dah best. Yang lagi best sebab si imah dan si lia BFFKU join sekali :)
 
 
Pasni aku share ngan korang lak ilmu apa yang aku dapat ye. Semoga kita semua menjadi wanita solehah dunia dan akhirat, amin.
 
 
 

Kawan-kawan baik a.k.a B.F.F

0 comments
Korang pun mesti ada kan?
 
Aku ada kawan-kawan baik. Ada 6 semuanya tak termasuk diri sendiri la. Baik amat! Nak tau mcm mana kami jadi kawan baik? Yang best nak syer kami amat baik tp duduk di lain-lain negeri. Haaa ko hado??? Selalu kawan baik kita ni orang keliling-keliling kita la kan, ni yang biasa aku tengok. Kat opis, p makan sama, p mana-mana pun sama. Tu terjadi gak kat aku zaman muda-muda dulu. Skang tak kose mak. Sorang pun jalan je. Allah ada :)
 
 
Kawan baik aku ni mula kenal dan bermesra di KUSZA, Terengganu. Banyaknya kenangan kat sini tak bleh diungkap. Ewahhh! Sungguh wey, tak sungguh tak taip sini la. Sampailah kami berpisah dengan haluan masing-masing. Senyap sekejap. Tau cerita pun dari jauh je. Ada yang sambung belajar, ada yang kahwin awal dan ada yang dok negeri orang putih. Kelasss kan kawan-kawan aku??? Memang kelas sebab kawan-kawan aku semua keje bagus, Alhamdulillah aku tak silap memilih kawan.
 
 
Kitaorang menjadi semakin sakan dan akrab bila adanya teknologi canggih macam wasap dan fb. Aku ada geng wasap. Geng fb. Jadi hari-hari kami akan berhubung. Walaupun masing-masing jauh dan sibuk ngan tugasan harian, tapi kami tetap berhubung. Best tau. Segala hal, masalah leh syer sama-sama, cari jalan penyelesaian. Takde la kelibut nak piker sorang. Sampaikan nak beli baju tudung semua kami kongsi.
 
 
Ni belum lagi bab sihir nak beli barang-barang yang best. Sorang dapat info habis syer ngan semua. Kadang jadi bankrap gak la tetiap bulan, Ada je terbeli ko!!! Jadi best lagi bila syer bab anak-anak. Anak demam ke, anak cirit birit ke, anak selsema ke, semua membantu bagi petua itu ini. Bab duit pun layan. Slalu bantu membantu dengan bantuan M2U. Tengok semua guna teknologi kan???
 
 
Tu aku kata tadi, walaupun kami duduk jauh-jauh tapi macam dekat je. Kadang laki memasing jeles, henpon tak lepas kat tangan. Ada je nak update!
 
 
Meh aku kenalkan sorang2 :)
 
Selatan :
Kami ada aloy, nama mesra kitaorang la. Ibu kepada amsyar dan azza. Kepakaran dalam bidang memasak dan mengemas rumah. Sangat rajin mengalahkan kami semua. Apa-apa nak masak ke tanya resepi ke selalu refer ngan aloy. Husband aloy pun dh paham sgt ngan kitaorang semua. Best la Bigbots ni....
 
 

 
 
Ada mama tie jugak. Tie vogue ok. Macam anak dara lagi walaupun beranak 2. Anak dia dah besar-besar semua. Dua-dua lelaki. Tie plak kepakaran dia aku rasa lebih pada suri rumah tangga. Sebab dia je yang tak bekerja antara kami. Korang tengok sendiri, muda remaja kan????
 
 

 
 
Next, La Senorita sebab memang cantik tau. Sesuai La ko guna nama ni. Aku skang dah dekat ngan La. Sebab dia dah pindah dari Ampang Ke Puchong. Skang kami lagi kerap berjumpa. Terpaksa redha je la Abah D si suami Ibu La. Dan Ayah Wan si suami aku. Hahaha... Anak aku ngan anak dia pun menjadi kalau jumpa. Lama tak jumpa asik disebut-sebut je. Kepakaran La dah tentu dalam bidang kecantikan. Sebab dia kan cantik! La, sila belanja aku okey :)
 
 
 
 
 
 
Utara :
Kat Ipoh aku ada Imah a.k.a Ibu Imah. Ibu kepada budak bam-bam rayyan. Ibu bekerja sendiri. Bisnes minded ok minah ni. Ada kedai sendiri. Kepakaran imah aku rasa dalam dunia perniagaan la. Dia ni la selalu hasut kami-kami suh beli itu ini. Hasutan dia kuat sebab dia ada kedai online gak. Korang free leh p kedai dia kat fb. Try search fb dia Puan Imah Salmi. Nanti korang jumpa la link kedai dia.
 
 


 
 
Si gojes mamaLyah. Ni kepakaran dia dalam bidang fesyen, Memang pakar wey, jadi tempat kami buat rujukan gak ni. Sesuai ke tak, kena ke tak. Nak buat fesyen apa. Semua dia terror. Baru ada sorang anak lelaki, Dhani. Mungkin akan dating ada baby girl plak. Aku doakan ko lyah.. Amin. Lyah tinggal kat Kulim, Raya ni Alhamdulillah aku sempat p rumah lyah. Korang tengok sendiri baju dia. Gojes kan???
 
 

 
 
Last skali tentulah wanita hebat ini. Kaunselor ok. Bertauliah! So korang tau la apa kepakaran dia. Tempat rujuk kami gak. UmiLia, ada syarikat sendiri. Suami isteri bisnes minded. Memang salute kat diorang. Sangat Berjaya! Ada sepasang cahaya mata. Iffa dan Qayyis yang cerdik. Dah besar-besar jugak. UmiLia dok kat Alor Setar. Ha, tenung lama skit, Nampak tak nama company dorang. UWAIS ok :)
 


 
 
Untuk korang semua :
Aku sayang korang, macam biasalah anak-anak korang anak aku jugak. Laki korang? Kawan baik laki aku gak :) Aku doakan korang Berjaya dunia akhirat. Semoga persahabatan kita berkekalan.
 
 
Untuk yang membaca :
Pasni kalau aku banyak kali ulang nama-nama dorang ni, jangan marah ye. Korang dah tau kenapa kan. Kawan-kawan baik aku ni separuh dari hidup aku seharian :)
 
 
 
 
 




 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template