Thursday, December 29, 2011

No Komen2!

0 comments
Sedihhhhhhh la...
Bonda kan tak boleh nak komen-komen blog kenkawan atau nak reply komen kengkawan semua....
kadang tu rasa nak nangis tau bila tak leh reply komen....
entah la PC opis ni, pelik-pelik jer ....
Tapi korang pasni jangan la tak komen lagi yer...
Bonda memang baca tapi jawab dalam hati je la...
=(( broken heart:( sad=)) rolling on the floor:(( crying

Tanpa Nasi dah jadi bubur...

0 comments
Assalamualaikum,
Apa khabar sahabat bonda semua?
Bonda kan kalau boleh hari-hari nak hupdet blog ni.
Tapi kenkadang tu bz sangat, kenkadang tu ada idea tapi kemalasan melanda.
Kenkadang dah berkobar-kobar tetiba mood tak de! huhu...

Tajuk hari ni memang tak best!
Sangat tak best! hehe..
Mesti korang dah paham kan.
Niat nak berdiet tu mcm berkubur je sebab banyak sangat hal/masalah yang melanda.
Hujung tahun 2010 dan juga 2011 ni amat sedih bagi bonda.
Bonda kehilangan orang-orang tersayang =(( broken heart
Al-Fatihah untuk meraka...

Bila susah hati je mesti kuat makan.
Bila makan, makan dan makan berat badan pun naik.
Tak guna nak makan susu diet kalau macam ni kan.
Memang bonda sangat susah hati tengok arwah angah sakit sebab takde sape nak jaga.
Kami semua bekerja.

Dah lama susu SDII bonda tu terletak elok je kat rak dapur.
Tak di usik-usik langsung.
huhu... berat pun rasa macam dah naik sangat ni.
Bila la boleh berdiet bersungguh-sungguh:-/ confused

Lagi satu masalah utama bonda tak boleh makan/minum benda yang boleh memanaskan badan.
Sebab bonda ada tonsil, secara semulajadi bila badan panas tonsil membengkak.
Bila tonsil membengkak bonda akan demam.
Demam yang susah nak baik.
Akhirmya semua supplement tu bonda terpaksa lupakan.
Sekarang bonda sedang mencari supplement yang tak panaskan badan,.
Supaya bonda boleh makan/minum dengan jayanya...hehhehe...

Tuesday, December 27, 2011

Pergi Tak Kan Kembali... Al-Fatihah Angah 25/12/2011

2 comments

Assalamualaikum semua. Harap semua berada dalam keredhaannya dan sihat-sihat belaka.

Tak sangka weekend yang bonda update kat BBM ckp boring, xde xtvt bertukar menjadi tarikh paling menyedihkan bagi bonda kerana kehilangan orang yang tersayang. Angah adalah panggilan bonda untuk arwah. Angah merupakan kakak kepada ibu bonda. Sejak kecil bonda hidup ngan angah bersama nenek dan atuk. Memang angah lah yang banyak menjaga bonda selepas nenek dan atuk kembali ke Rahmatuallah. Boleh dikatakan angah seperti ibu kandung bonda. Sejak lahir memang bonda dibesarkan dikampung ngan nenek, atuk dan mak bapa saudara yang lain. Tapi paling rapat ngan angah sebab angah tak berkahwin. Angah pun dh anggap bonda seperti anaknya. Makan, minum, mainan, segala keperluan, duit belanja memang angah berhabis untuk bonda. Memang bonda amat manja dengan arwah angah :(( crying Allahuakhbar...

Angah sebenarnya mengidap fibroit seawal umur 30tahun. Tapi kerana tanggungjawab terhadap ibu bapa iaitu nenek dan atuk bonda, angah  tidak hiraukan penyakitnya. Angah menjaga nenek dan atuk sehingga mereka meninggal dunia. Selepas tu angah cuba berubat cara kampung dan homeopathy. Ramai kawan-kawan angah nasihatkan angah supaya buat pembedahan. Tapi angah enggan. Macam-macam rawatan cara kampung, traditional dan segala jenis makanan tambahan angah amalkan. Selama mengidap penyakit ni angah selalu demam, bila period darah yang keluar banyak sangat. Tuala wanita memang tak dapat menampung sehingga angah terpaksa menggunakan napkin bayi. Bayangkan lah, kesian angah kan....

Sampai lah umur meningkat, angah mula tak larat. bila berjalan dia sesak nafas. Bila period dia tak bangun sebab badan lemah. Bila makan berlebihan dia akan tido. Penyakit lain pun ada ketika umur meningkat. Kencing Manis dan Darah Tinggi. Tapi angah bertahan juga. Angah dah apply bersara awal atau pilihan dulu utk menjaga nenek dan atuk. Sekarang angah amik peluang berniaga secara kecil-kecilan. Itu aktiviti wajib angah, kuar pepagi dan petang baru sampai umah. Angkat beg berat, penuh ngan pakaian. Tapi satu je yang menarik, jika angah tak buat kerja ni dia akan lemah. Badannya akan lemah....:( sad

Sampailah umur 60 tahun angah berpeluang pergi mengerjakan haji. Alhamdulillah. Sebelum tu angah wajib menjalankan "medical checkup".. Pada mulanya doktor tak bersetuju dan tak nak sign surat berkenaan. Angah rujuk pada sepupunya seorang pengarah di sebuah Hospital. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Tapi selepas kembali dari mengerjakan haji angah dah set temujanji untuk pembedahan
mengeluarkan fibroit berkenaan.

Setelah pulang dari mengerjakan haji, angah sekali lagi gagal menghadirkan diri untuk temujanji Mungkin perasaan takut tu masih tebal dalam fikirannya. Bila kami nasihatkan angah buat tak tahu je. Dia rela makan segala jenis supplement yang org suggest. Habis beribu-ribu juga untuk ubatan. Akhirnya pada awal tahun 2011 angah makin lemah. Nak bangun berjalan pun tak larat. Jatuh kat bilik air. Angah dah la tinggal seorang diri. Kami semua risaukannya, Kami berpakat nak bawa angah ke hospital. Tetiba angah bersetuju, Kami hantar angah ke hospital, buat segala rawatan dan akhirnya pembedahan berjaya dilakukan. Alhamdulillah. Angah sihat kembali. Badan pun dh kecil. Boleh berjalan macam biasa. Kehidupan kembali normal. Bayangkan fibroit tu seberat 7.9kg. Lebih dari bayi beratnya, Angah dah usung selama 30 tahun, Ya Allah...

Rawatan susulan angah berjalan seperti biasa. Tetiba angah dapat berita yang mendukacitakan. Rupanya fibroit tu dah menjadi kenser. Kanser Ovari. Masyaallah. Tapi angah tenang. Kanser Ovari tu pulak dah merebak ke paru-paru. Kini angah mengidap Kanser Paru-Paru Tahap 4. Mengikut apa nasihat doktor, angah kena buat rawatan kemotherapy. Tapi angah tolak. Angah lebih rela makan ubat, buat rawatan traditional dan sebagainya. Doktor pun ada nasihatkan angah berkaitan penyakit tersebut. Angah rela dan redha. Angah memang amat tenang. Doktor pun ada terangkan jangka hayat angah hanya 9 bulan. Allahuakhbar... Sayu hati bonda bila angah telefon bagitau hal tersebut :(( crying:(( crying:(( crying Doktor pun ada bagitau tanda-tanda awal dan tanda-tanda kritikal yang mungkin akan angah hadapi.

Selama 8 bulan mengidap penyakit ini akhirnya simpton kronik tu datang. Angah sesak nafas. Sesak yang amat teruk. Sekali lagi kami hantar angah ke hospital. Kesian angah, paru-paru nya perlu ditebuk untuk mengeluarkan air. Rupanya kanser tu dh menyebabkan paru-paru angah penuh berisi air. Dan itu la punca ngah sukar bernafas. Bila pembedahan dilakukan, angah boleh bernafas sedikit, Tapi tetap menggunakan oxygen pada level 13. Esoknya angah boleh discharge dr hospital. Balik rumah tp tetap memerlukan oxygen. Memang kat umah kami dh sedikan 3 tong besar oxygen utk angah.

Sehari berasa dirumah, angah diserang sekali lagi. Sesak nafas yang susah dimengertikan. Sekali lagi kami menghantar angah ke hospital. Bantuan oxygen diperlukan juga. Benda yang sama akan dilakukan, paru-paru angah akan ditebuk. Kali ni angah tak setuju. Dia berjaya menandatangani surat untuk keluar dari hospital. Dia ingin pulang kerumah. Duduk hospital pun tkde ubat atau bantuan yang dapat membantu angah. Pagi ahad tu kami bawa angah pulang ke rumah. Sampai dirumah kira-kira jam 2 petang, Angah macam biasa je. Oxygen memang peneman setia.

Jam 3.50petang, tetiba dengar suara angah memangil sepupu bonda. Rupanya angah lapar nak makan buah katanya. Bonda pun bergegas potong sebiji buah pai dan bawakan ais krim utk angah. Adik angah iaitu Pak Su bonya yang suapkan angah, Tetiba Pak Usu menjerit, kami bergegas ke dalam bilik, Rupanya angah dah terbaring, Tetiba je badannya macam lembik. Kami dh mula panik. Bonda betulkan badan angah, ajar angah mengucap. Nafas angah hanya dimulut. Amat perlahan. Tak dengar bunyi apapun. Kami panik. Pak usu telefon sedara mara, suami bonda plak call 999. Bonda dan adik serta sepupu ajar angah mengucap. Tetiba angah senyap tanpa bernafas. Subhanallah.... mudahnya.... Suami check nadi angah memang dah tiada. Tapi kami tak boleh terima kenyataan. Bila dotor sampai dan mengesahkan yang angah dah meninggal dunia. Barulah kami boleh terima kenyataan. Kami redha dari melihat angah terseksa. Kami redha Ya Allah... Tepat jam 4.05petang, angah meninggalkan kami.

Urusan pengebumian pun kami lakukan segera. Jam 9 mlm semuanya setel, alhamdulillah. Semoga angah tenang disana. Bonda ingat pesan angah... Bonda akan lakukan yang terbaik...

1) Jaga aurat
2) Jaga solat
3) Jaga hati mak ayah

* tu je gambar yang bonda ada dalam henpon. Marsya memang cucu kesayangan arwah. Al-Fatihah buat angah...




Thursday, December 22, 2011

Demam (ʃ˘̩̩̩з˘̩̩̩)

1 comments

Hi korang, jom bonda nak bercerita pasal anak kesayangan bonda dan suami yang seorang ni. Hehe.. Memangnya seorang belum ada rezeki mungkin untuk yang kedua. Marsya baru je baik demam. Mulanya hari Jumaat amik dr nursery dia batuk. Bonda biarkan je, mungkin sekejap. Bonda ✗ suka la asik nak bagi marsya makan ubat je. Nak biar baik sendiri kononya. Pastu tetiba pagi sabtu tu bangun je tido, dia mula selsema. Hingus cair bewarna jernih mula kelihatan. Bonda start bagi ubat selsema. Dan tetiba pada malam ahad tu, badan marsya panas. Ye, marsya dh demam. Esoknya bonda bawa marsya ke klinik. Alahai, doktor biasa yang bonda jumpa takde plak. Yang ni doktor lelaki, tapi nak buat mcm mana, jumpa juga lah. Bila doktor check suhu marsya, dia ✗ demam. Check paru-paru semua clear! Jadi dia bagi ubat batuk ngan selsema je la. Marsya memang aktif macam biasa. Malam tu bonda dan suami serta marsya makan di luar, dalam perjalanan balik marsya senyap je duduk dibelakang. ✗ macam selalu, dia akan menyanyi la, azan la, ikut apa dia suka buat. Mata marsya mula berair. Bonda pun rasa ✗ sedap hati. Toleh sekali lagi marsya dah tido. Suami pun cakap mungkin dia letih sangat dr siang ✗ tido. Sampai umah suami alihkan marsya ke katil. Sambil bonda siapkan susu untuk marsya. Tetiba suami cakap" anak menggigil"... Apalagi berlari bonda dapatkan marsya.. Suami terus arahkan bonda ambil ais, suami basahkan towel dan balut marsya. Bonda plak dapatkan temperature nak check berapa suhu badan dia. Ya Allah, 39.5'c.. Nasib baik dia ✗ tarik. Pas basahkan badan dan kepala ngan ais baru kami bawa marsya ke klinik yang sama. Tetiba jumpa doktor pun yang sama. Apalagi hangin la bonda, "tu la semalam saya datang doktor ckp anak sy ✗ demam".. Dia sengeh2.. Aku sama kalau jadi apa-apa kat marsya. Pastu dia tanya itu ini. Terpaksa la sumbat ubat ikut tuttt baru kebah demam tu. Geram! Balik tu marsya dah okey boleh tido sampai pagi. Tepat kul 5 pagi suami kejutkan bonda, badan marsya panas lagi. Check suhu 38c. Terus basahkan towel letak kat ubun-ubun marsya, basahkan badan sikit ngan rambut. Lama juga la suami lap badan marsya, lama kelamaan suhu panas tu turun, alhamdulillah. Terus bagi makan ubat dan marsya sambung tido. Bonda pun sama. Bonda dapat mc. Tapi kesian suami dia kene pergi kerja. Sedar dr tido tu dah kul 11pagi. Arghhh tido ✗ hengat kami 2 beranak. Bonda amik kesempatan sementara masih bercuti solat. Nampak marsya macam okey dah. Cakap kat dia esok marsya ke p school. Dia pun angguk je. Esoknya macam biasa bonda pergi keje setelah 2hari bercuti jaga marsya. Marsya pun dah pergi ke nursery. Harap-harap marsya sihat terus. Kesian tengok bebudak kecil sakit sebab dorang ✗ reti nak cakap bebetul lagi. Macam ni la bila hantar anak ke nursery. Sorang sakit, abis yang lain berjangkit. Nak buat mcm mana kan, kena pasrah!

Tu gambar budak dah baik demam, amin ♥̸̨

T.A.P.I

0 comments
Assalamualaikum...

Lama kita tak bersua kan? budget mcm ramai je yang baca blog bonda ni. Ah tak kisahlah, setiap yang singgah bonda alukan dan setiap follower bonda lagi la bonda alukan... Lama sungguh tak hupdet blog ni. Tu la! Orang ada blog nak juga ada blog tapi angan-angan tu selalu hilang di bawa angin. Bonda ni pendirian tak tetap. Sebab tu la selalu kena marah ngan suami...Kadang timbul idea yang banyak. Rasa macam boleh syer kat blog tapi bila nak menaip je dia hilang. Penyakit M pun melanda bila tiba hujung tahun ni. Bukan setakat hupdet blog, p opis dan buat kerja opis pun lemau je... Lagilah bila tengok ramai yang bercuti. Mood bercuti pun tiba. Padahal baru je balik bercuti kan??? Tokey balak pun bankrap kalau tetiap bulan nak bercuti... Kehkehkeh!

Tengok blog orang lain best je. Ada je cerita yang best. Ada je info yang menarik. Bila la bonda bleh buat cenggitu kan??? Bila kat opis dah bz, waktu rehat bonda bantai tido. Sampai umah sambung keje umah lak, layan marsya layan suami tu dh wajib. So berblog ni bila semua keje dah setel, otak dah tenang mcm hari ini. Ye hari ini waktu ini ada kelapangan sedikit... Insyaallah lepas ni nak berjaya tulis blog macam orang lain. Macam diari pun ada gak, hari-hari kena meluahkan apa yang ada/disimpan dalam hati... Nak kena buang perkataan T.A.P.I  tu dulu, banyak sangat T.A.P.I itu T.A.P.I ini...



p/s :  welkam 2012 :) happy;) winking:x lovestruck

Friday, December 9, 2011

Tanpa Nasi #12

0 comments

Wehuuu...
Cerita dietku tergendala...
Bonda tetap tak makan nasi tapi....
Bila weekend, semangatku luntur bila suami ajak makan...
Tak baik ingkar bukan??? so layan la sikit...
Tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit lemakku...
Tapi alhamdulillah bila bekerja bonda memang tak amik nasi...
Nononono!!!

So menu hari ini...

Bekpes ~ Neslo dan Roti Kaya 3 keping ( wahhhh banyaknyaaaaaaa)

Lunch ~ Popia mcm biasa 2 keping

Minum Petang ~ Susu Kambing Hi-Goat

Malam ~ Kuew Tiow Tom Yam

* minum air kosong dengan jayanya*

Tengok Wayang waktu lunch :)

0 comments

Assalamualaikum...
Salam Jumaat :) happy

Sungguh xcited nak hupdet blog ni. Nak bercerita pasal filem yang agak best tapi tak berjaya buat bonda nangis pun. Tapi memang leh layan la sebab Aaron Aziz tu sungguh romantik! I likeeeeeeeee :x lovestruck Tetiba bonda rasa nak jadi macam izzah tu..  ohhhh verangan &gt;:D< big hug Maya Karin yang penuh adat kesopanan dan Lisa Surihani yang selama ni mcm bawa watak lembut je tapi kali ni hamikkkk koooo... garang woooo...

Lagi best tengok rumah cantik-cantik, pemandangan indah, sawah bendang dan suasana romantik yang diwujudkan dalam filem ini boleh membawa kita sama-sama ke alam itu. Ohhh best! Part-part romantik, menangis, ambil berat dan beralah pun best juga.

Masih terngiang-ngiang dan terbayang-bayang ni,,, aduy... Plan mcm nak jak suami plak pegi tengok tapi marsya??? bonda rasa tak sesuai kot nak bawa bebudak sebab adegan-adegan tu sangatlah menghairahkan ;) winking So korang sape yang belum tengok, cepat la tengok...hehehe...

p/s : bonda tepek gambar yang bonda rasa adegan tu bonda suka sangat :x lovestruck:x lovestruck


Tuesday, December 6, 2011

Ke Aran Perubahan Diri

0 comments
Pesanan untuk diri sendiri :) happy

Malam sudah melabuhkan tirai dan pelbagai perkara yang kita lalui pada hari ini. Pahit ataupun manis, negatif mahu pun positif semuanya adalah fitrah kehidupan. Tanpa kita sedar yang masa berlalu dengan pantas sehingga sehari terlalu cepat berlalu.
Apabila kita merasakan semakin banyak angka bertambah pada umur maka dengan itu, kita harus lebih matang dengan keadaan sekeliling serta penghayatan dalam agama memerlukan kita lebih menghargai setiap nikmat yang Allah S.W.T kurniakan.
Allah S.W.T memberikan kita akal untuk berfikir dan cara kita menginterpretasikan dalam diri.
Di dunia, sudah pasti sesiapa saja mempunyai perancangan dalam menentukan hala tuju masing-masing. Tetapi bagaimana dengan akhirat, sudahkah kita memperbaikinya.
Saya selalu memikirkan hal itu, juga hubungan saya dengan Allah S.W.T serta amalan-amalan yang harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian agar lebih kondusif mengikut keupayaan diri dalam mengatur cara, serta bagaimana kita menyeimbangi dunia serta akhirat.
Saya melihat banyak perkara yang kita ralat sehingga lama kelamaan diri menjadi 'tak keruan' dalam mengharungi liku-liku hidup.
Pengalaman banyak memberi kita manfaat tetapi sudahkah kita mengambil pengajaran dari apa yang berlaku. Kita seharusnya bersyukur kerana diberikan ujian di samping dugaan agar sentiasa bermuhasabah diri bahawa kita adalah hamba yang kerdil yang pastinya akan kembali kepada-Nya.
Dunia sentiasa berputar mengikut paksinya begitu juga dengan kehidupan, sekiranya kita leka dengan apa yang diperintahkan maka beringatlah dunia hanya sementara, hanya seketika waktu untuk dimusnahkan oleh pencipta-Nya. Maka dengan itu manusia hanya mampu melihat tanpa sempat untuk bertaubat kepada Allah S.W.T.
Kita wajib melakukan perubahan walaupun sedikit sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berubah dan meletakkan perjalanan kehidupan pada landasan yang betul. Moga perubahan yang kita lakukan beroleh ketenangan serta dirahmati oleh Allah S.W.T.
Oleh itu, kita harus mengamalkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah serta memperbanyakkan bacaan serta menyelak buku-buku yang memberi kebaikan pada diri dari segi psikologi dan juga spiritual.
Dengan harapan yang kita ada, galilah ilmu Allah S.W.T yang maha luas ini kerana semakin kita menerokai sesuatu ilmu itu maka semakin banyaklah pengetahuan yang kita peroleh disamping mencari keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.
Berhentilah berkhayal dengan angan-angan yang tidak pasti menjadi kenyataan. Kerahkan usaha agar kuat menghadapi cabaran-cabaran dunia yang bakal menguji keimanan serta ketaqwaan kita kepada-Nya.
Berhentilah berkhayal dengan angan-angan yang tak pasti menjadi kenyataan.
Oleh itu, sentiasa menadah tangan dan berdoa agar dijauhi perkara-perkara yang mazmumah dan sesungguhnya Allah S.W.T Maha melindungi setiap hamba-hambanya yang sujud dan tawakkal dengan apa yang dikurniakan.
Keikhlasan dalam beribadat akan terbit dari hati yang cintakan Allah S.W.T dan meletakkan seluruh jiwa raga semata-mata untuk mendapat hidayah dari Allah S.W.T.
Apabila kita sudah mencapai tahap itu maka kita akan merasai bahawa jarak kita dengan Allah S.W.T terasa dekat sehingga kita merindui untuk bertemu dengan-Nya.
Subhanallah, Maha suci Allah sekiranya hamba-hambanya diberi peluang merasai nikmat itu dan pasti kita membayangkan betapa indahnya syurga dan beruntunglah mereka-mereka yang mempunyai amalan-amalan yang soleh untuk bekalan di sana.
Kita sebagai hamba, perasaan takut dan gementar pasti menyelubungi diri apabila mengingatkan kematian yang tiada tanda tanya. Tiada siapa yang mampu memberikan jawapan bilakah hari kematian kita. Hanya menunggu waktu dan ketika untuk bertemu dengan Allah S.W.T apabila sudah tiba masanya.

Jom Layan dan Amati Lirik ini...

0 comments
Saff-One (Zaini & Naazeri Raihan)

Isteri Solehah

( 1 )
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

( ulang 1 )

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

( ulang 1 )

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

( korus )
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

( ulang 1 )
( ulang korus )















Thursday, December 1, 2011

Tanpa Nasi #11

0 comments
Ouch macam dah lama je tak makan nasi. Rupanya baru hari ke #11. hehe....

Bekpes : Susu Kambing Hi Goat
Makan Tengahari : Sayur Rebus je bonda bawa dari umah...
Minum Petang : Nescafe Panas dan Kuih Apam
Makan Malam : hehe, layan Pavlova la sempena anni bonda dan suami....

masih tak amik lagi SDII...
plan esok macam nak start minum balik...

30.11.07-30.11.11

0 comments

Alhamdulillah...
Hari ni genap 4 tahun bonda dan suami menjalani hidup berumahtangga bersama...
Banyak sangat dugaan walaupun baru 4 tahun, agaknya emak ayah kita yang dah berpuluh tahun tu macam mana la dugaanya yer?
Mesti lagi hebat kan???
Tapi syukur alhamdulillah, dapat merasa hidup berumahtangga, ada suami dan ada anak sebagai penyeri rumahtangga...

Tahun ni memang ada plan nak p holiday sempena anniversary...
Tapi memang kami tak plan bila nak pegi...
Tup tup bonda dapat Cuti Sakit pada 24-25 November...
Sambung plak ngan weekend 26-27 Nov dan cuti Sempena Maal Hijrah pada 28 Nov tu...
Ohh lama kan bonda cuti???
Tapi 2 hari yang Cuti Sakit tu mmg betul tak larat...
Makan tu tak lalu...
Nasib ada suami yang prihatin nak menjaga...
Khamis suami hafday, Jumaat suami cuti terus.

Cukup rehat, cukup makan ubat...
Sabtu tu rasa badan dah okey, dah sihat!
Suami tengok bonda dah sihat terus ajak p jalan...
Kita p dekat-dekat udahlah, kata suami....
Ya Allah gumbiranya dlm hati nak berjalan...
Terus naik atas, mandikan marsya, siapkan baju semua...
Dalam kul 10.00 pagi kami kuar dari umah menuju ke PD!
Ohh terlupa, tak buat reservation pun kat memana hotel, pakai terjah je ni...

Jam 12.30 tengahari dah sampai PD.
Jalan-jalan cari hotel pun bermula...
Mula ngan hotel yg ada dlm list kitaorang.
Hampeh! Semua fully booked...
Pastu terjah hotel takde dalam list plak...
Hampir hampa!
Bonda dah ajak suami balik sbb tetiba bonda rasa pening nak muntah...
Mungkin kerana cuaca panas sangat masa tu...

Lastly kami dapat jugak bilik kat Tiara Beach Resort...
Ni mmg last choice bagi bonda...
Bonda tak berapa bekenan nak tido sini...
Tapi kesian kat suami dan marsya...
Suami penat memandu dari ta, marsya pulak xcited bila nampak ada macam-macam permainan air...
Jadi bonda ikutkan je la...
Dah pesan kat suami cukup untuk semalam...
Kat sini macam tiada suasana ROMANTIK !
=(( broken heart

Jam 4.30 petang dh rupanya time kami check in...
Setel angkut barang masuk bilik, ayah yang teruja ajak marsya tukar baju...
Ajak bonda join skali...
Macam biasa, marsya mmg takut nak main air...
Takut masuk pool, asik nak berdokong jer...
Tapi lama-lama, marsya yang tak nak naik...
Menangis meraung bila ajak balik bilik...
Esok masih ada untuk kami bermain air skali lagi...
Wristband dibekalkan untuk 2 hari...
Tapi malangnya hari ke-2 tak guna pun wristband tu...
Kami xcited plak nk pindah hotel lain
=D&gt; applause

Malam tu suami dh call byk hotel yg ada dalam list kami...
Tapi macam biasa hampaaaaaaaaaaa....
Tapi ada satu masih ada jugak, yeay!!!
Esoknya kami ke Hotel Corus...
Suka..suka...suka...
Dapat check in awal plak tu...
Wahhh! bestnyaaaaaaa....

Masuk je bilik...
Yes!!! bilik macam ni la yang bonda nak....
Cakap kat marsya sambil jeling suami...
Marsya pun Yes!!! sama...
Anak branak ni pun berguling-guling atas tilam yang empuk...
Wahhhh ni baru la ROMANTIK!!!
:x lovestruck
Kan best kalu semalam pun tido sini...
Baru sesuai ngan honeymoon anniversary kami...
Tapi takpe, dapat jugakkan, alhamdulillah...
Yang bertambah best lagi sebab boleh main pasir dan mandi laut...

Okey, itu saje la cerita serba sedikit bonda dan suami sempena Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-4...
Terima Kasih untuk semuanya Ya Allah...
Aku bahagia dengan semua kurniaanmu...
Bimbinglah keluarga kami ke Syurgamu Ya Allah, Amin...

p/s: saje tepek gambar Pavlova tu, sedap wey makan sambil dengar lagu Dealova malam tadi...
       
       gambar tu pulak gambar Pengantin Baru untuk 4 tahun lepas :&quot;> blushing













Wednesday, November 30, 2011

Tanpa Nasi #10

0 comments

Assalamualaikum...

Jom sambung balik cerita diet bonda yang entah bila akan tercapai result yang superb!
Asik on/off jek...

So hari ni bonda layan menu :

Bekpes      ~      Neslo Panas

Minum air kosong berulang kali

Lunch        ~        Mee Kari ( rasa nak muntah plak sbb karinya teramat pekat)

Minum Petang  ~  Susu Kambing Hi Goat

( now makin terasa nak muntah, mungkin angin dlm perut ni ada lagi)

Makan Malam     ~    Dragon Fruit ngan Susu Kambing jer...


* masih tak ambil SDll sebab badan masih rasa tak sihat *

dan sekarang ni perut masih berangin mungkin gastrik kembali
#-o d'oh!

Tuesday, November 29, 2011

Hijrah #1 Stokin

0 comments

Assalamualaikum…
 
Jom bonda nak share pendapat yang bonda baca dari :
 
I LUV ISLAM.COM
 
Agak-agak korang buat tak? Bagi bonda skang masih bertatih lagi. Belum Berjaya buat sepenuhnya. Tapi niat didalam hati memang nak kan perubahan demi kebaikan disana. Hari ni alhamdulillah berjaya pakai stokin ke tempat kerja…
 
Pendapat #1
 
salam a'laik ukhti miles.. pemakaian sarung kaki ni mmg rmi b'ty.ana dl pn x pki, tp alhmdulillah,sjk ana form 2 smpai skrg ana dh x penh kuar uma(pegi kedai n tmpat jauh) tnpa sarung kaki lg dah.. kalau kuar uma sidai kaen, ana x pakai lg.:p nnt ana akn try slow2.. pengalamn,pmbacaan ana selama ni m'buatkn ana yakin bhw pemakaian sarung kaki ni sebenarnya lebih dekat kpd wajib.spt comment y dh sahabat2 lain ckp, aurat wanita ni dr hujung rambut hingga hujung kaki xcpt muka dan 2 tapak tgn kan.. nti ambek lah panduan y dh Allah gariskan ni, sematkan kejap2 kat ati ya.kalau rasa susah nk bu drastik bt slow2 k..ana rasa mmg p'lu pki sarung kaki ni, cth paling mudah n cam kolot sikit ialah kalau tetiba kita tersepak somethg, then kita jatuh tersadung. srussss...kaen kita pki terselak nmpk lah 2 batg pisang(betis) . hehe kan ke bley timbul fitnah mata n hati kat sape(bukan muhrim) y x tersengaja terpandg tu.. kalau pakai sarung kaki kan, selamat.. hehe ISLAM adlah selamat.agama y selamat & menyelamatkan we love islam *clap* las but x least. kaki mereka y pki stokin ni comey dan istimewa. percayalah :p membangun bersama islam (*_^) wawahua'lam
 
Pendapat #2
 
assalamualaikum.. kenapa jawapan drp muslimin2 di sini seolah2nya kaki itu bukan bahagian aurat wanita? malah memakai sarung kaki adalah optional? begitukah? rasanya jelas aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. saya ambil mudah. apa yg ditutup ketika solat itulah aurat. bukan begitukah? sekiranya salah pemahaman saya ini minta diperbetul. syukran jazilan.
 
Pendapat #3
 
emm..dk crita psal sarung kaki ni,ana pn tringin nk bg tau jgk...sbnr2nya kn wahai wanita skalian..smua da tau kn aurat wanita ni cmner,stakt mne...so iktlah praturan yg dtetpkn olh Allah..iaitu sluruh anggota tbuh bdn wanita,kcuali muka dn ke dua2 tpk tgn@prglangn tangan.. so, psal pkai sarung kaki tu wjiblah,pkai ksut pn bleh jgk,tp biarlh tutp penh kaki itu,bkn ape,ssetgh wnita tu,pkai ksut tp masih lg nmpk kaki@betis apabila bjalan,utk mnjga kaki kt yg lawa tu,pakai la srung kaki...olh itu tutuplah aurat whai skalian kaum hawa kcuali kpd muhrim.... Tutuplah Aurat Kamu, Sebelum Kamu Ditutup penuh dgn kain kapan....Eeeeeee,,serammm ni lah sje yg bleh ana komen...yg baik itu dr Allah s.w.t dn ape yg kurang itu dr klemahan dri ana sndri...
 
p/s: Jadi apa pendapat korang? Jom la kita berubah kearah kebaikan :) happy

Hotel, Chalet dan Homestay...

0 comments
Assalamualaikum....

Korang suka tak bercuti? Tak kira dalam negara atau luar negara, dekat atau jauh janji ke tempat-tempat menarik atau yang boleh menenangkan fikiran.

Teringat kenangan zaman sekolah dulu, pernah ayah bonda bawa kami ronda satu malaysia dalam masa sebulan. Masyallah seronoknya masa tu. Sampaikan adik bonda yang kecil tak nak balik rumah. " Nak Otel... nak otel..." Kiut je masa tu... Dulu-dulu cuti sekolah je pasti ayah ngan mak bawa kami berjalan.

Tradisi tu bonda terbawa-bawa sampai sekarang. Pantang ada peluang, ada rezeki pasti berjalan. Zaman anak dara plan ngan member2. Ada saje plan menarik. Semua tempat best nak terjah.

Sekarang bila dah bekeluarga sendiri, tradisi tu tetap bonda bawa. Dapat pulak suami yang sama suka berjalan. Lagilah dasyat suami bonda, cuti 2 hari pun boleh berjalan. Yang paling best, secara tetiba. Dan paling tak best, sampai tempat yang dituju, mengagau mencari hotel. Semua fully booked. Lagi-lagi bulan cuti sekolah ni. Tak kira hotel semahal mana pun, yang murah lagi lah semua penuh.

Kali ni bonda nak share pasal hotel. Tidak ada kena mengena ngan sesiapa. Ni pendapat diri sendiri je. Bonda kan sanggup bayar hotel mahal-mahal demi mendapatkan kepuasan maksima. Rasa macam bila masuk je bilik tu terasa kagum. " Wah, cantiknya,..." Kagum ngan suasana, ngan interior dan rasa betul-betul puas dan menenangkan fikiran. Bukan nak kata hotel murah tu tak elok, tapi interior kalau dan sama macam kat umah, lebih baik duduk dirumah saja kan??? Kata nak bercuti, menenaangkan fikiran kan??? so kena dapatkan kepuasan. Tak tau bonda nak terangkan macam mana, tapi bonda dan suami berpendapat macam tu. Ohh bahagia :x lovestruck:x lovestruck:x lovestruck

Jadi untuk bercuti ke tempat-tempat best, nak tido tempat best-best, kena la kumpul duit. Cukup la setahun 3 kali kan??? kalau ada rezeki lebih, apa salahnya selalu-selalu.....

p/s: nak bercuti lepas ni kena plan elok-elok, tak nak dapat hotel tak best lagi!

Cuti Panjangggggggggggggggggggg...

0 comments
Assalamualaikum....

Kembali bekerja untuk diri sendiri dan jugak kenkawan bonda semua. Bonda kembali bekerja setelah bercuti selama 5 hari. 2 hari yang awal bonda bercuti sakit! Demam, Selsema dan batuk yang amat kronik. Masyaallah sampai termuntah-muntah dan gaya orang bunting pelamin. Kalau bunting betul, tak apa la jugak. Ni tidak.... Dugaan sungguh. Tapi dalam keadaan macam tu bonda sentiasa ingat yang Allah sayangkan bonda. Kemudaratan yang melanda diri ini sesungguhnya satu anugerah terindah dimana sakit itu sendiri dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. Begitu banyak dosa diri ini Ya Allah, hanya kau yang maha mengetahui segalanya.

2 hari tidak bekerja begitu membosankan. Ye lah, selalu kan pepagi lagi dah siap-siap untuk ke tempat kerja. Bila bercuti ni, semua jadi malas. Nak bangun dari katil pun bercinta, nak makan pun berkasih sayang lagi ngan tilam. Ohh dasyat penangan ubat ni kan. Sebab tu la kalau boleh bonda nak elakkan dari makan ubat. Tapi kali ni memang sangat memerlukan. Badan tak bermaya, hidung plak dah macam paip air, kepala ting tong
#-o d'oh!

Alhamdulillah diri ini sungguh bertuah dikurniakan seorang suami yang begitu mengambil berat hal keluarga. Tidak kira bonda ke sakit, marsya ke sakit, suami akan ambil cuti untuk menjaga kami. Kecuali hari tu dia memang ada keje yang teramat urgent, dia akan bekerja dan seboleh-bolehnya tengahari akan berada di rumah. Khamis tu memang suami ada keje, henpon pun asik berbunyi. Suami tepaksa pergi bekerja. Tapi dalam jam 3 petang dan balik dengan membawa makanan untuk bonda dan marsya. Jumaat memang suami amik cuti :x lovestruck

Bahagianya bila semua ada di rumah. Marsya pun amik kesempatan tak pergi Nursery. Bonda dan suami tak pernah, memang tidak akan hantar marsya ke Nursery jika kami ada dirumah. Walaupun pada ketika itu  bercuti sakit. Tidak sampai hati rasanya. Lagipun marsya bukan budak kecik lagi. Dah pandai bawa diri sendiri. Dan dah terbiasa bermain sendiri. Jadi secara tak langsung marsya pun bercuti selama 5 hari macam bonda.

Cerita diet bonda plak, punah semuanya! Ni kerana 2 hari yang bonda sakit tu bonda tak lalu makan. Memang tak lalu langsung. Minum air pun kurang. Start weekend plak bonda bercuti di PD. Bila dah bercuti paham-paham sajer lah...

Hari ini, bonda kembali bekerja seperti biasa. Kesihatan dah kembali seperti biasa. Alhamdulillah. Marsya pun kembali ke nursery. Pagi tadi sebaik mungkin bonda ngan ayah tak nak bagi marsya terjaga sebab kalau dah terjaga mula lah ada drama tak nak ke Nursery. Nasib baik kami berjaya pagi tadi. Harap=-harap marsya baik-baik je kat nurseru skang ni :) happy

Nak kata marsya, bonda pun lemau hari ni kat opis. Lagi la hari ni tak de bz mana pun. Lagilah bertambah lemau!!! '+_+ cold


p/s : nx entry kita bercerita pasal Anniversary Honeymoon plak yer...



 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template