Friday, January 13, 2012

Percutian 1/2012 Langkawi (7-9 Jan )

Alhamdulillah... Segala perancangan awal yang bonda dan sahabat bonda (nana) rancangkan seawal November telah menjadi kenyataan. Yes! bonda dan nana selamat sampai di Langkawi. Tapi bonda datang awal sehari dr nana. Dan nana pulang lewat sehari dari bonda. Ada sehari yang kami dapat jalan dan makan bersama. Nana ada 2 orang anak perempuan. Min dan Hanis. Min plak sebaya ngan marsya. Mula jumpa min, marsya takmo bercakap pun. Senyap seribu bahasa. Tapi lama-lama jalan pun berpimpinan tangan. Yang syok tengok gelagat dorang, kejap gado kejap okey :x lovestruck... Sampaikan min nak naik kete ngan marsya. Cute kan??? Marsya pun suka melayan hanis. Boleh harap untuk jaga adik. 

Cerita pasal ayah-ayah mereka pulak. Huh! Excited mereka berborak sampai tak ingat anak bini. Mereka memang serasi bersama. Tak tau la isu apa yang dibincangkan. Kenkadang mereka serius, kenkadang mereka ketawa sekuatnya :)) laughing Mungkin serasi sebab loghat mereka seakan sama. Utara!

Bonda ngan nana lagi la sakan bercerita. Ada saja isu. Padahal ni kali kedua kami bertemu. Kali pertama kalau tak silap bonda waktu min dan marsya berusia 4 bulan. Dah lama kan? Tapi kami selalu berhubung melalui laman sosial. Tak kira la Facebook ke, Twitter ke, BBM ke, dan yang terkini WhatsApp... Walaupun ni baru kali kedua bertemu tapi mcm dah selalu jumpa gayanya :-*  kiss

*******************************************************************

Nak share skit schedule bonda time percutian ni :


3.30 ptg / Jumaat    :    Bertolak dr Hospital Sungai Buloh
7.30 ptg                    :    Sampai umah SIL di Bukit Mertajam
                                  :    Siap solat Maghrib teruskan perjalanan ke Alor Star
10.00 mlm                :    Selamat sampai umah FIL 

````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

9.30 pg / Sabtu        :    Kuar dari umah FIL terus ke Hospital Jitra untuk melawat anak buah suami
1.00 tghari                :    Bertolak dari Jeti Kuala Perlis
2.00 ptg                    :    Sampai di Langkawi
                                       Berurusan ngan Kak Eita ( tokey kete) ambik kete kelisa auto
3.00 ptg                       Sampai la di Langkapuri Beach Resort
                                       Syok dan terlalu xcited sebab bilik depan laut... Buka pintu je nampak laut :-O surprise

5.00 ptg                    :    Kuar jenjalan satu Langkawi
                                       Singgah makan
                                       Parking kete kat Chalet sambung ronda jalan kaki kat Pekan Cenang
                                       Memang strategik la kawasan Langkapuri ni

8.00 mlm                   :   Layan Karaoke tepi pantai
                                       Layan marsya berdansa :"> blushing

11.00 mlm                :    Balik bilik tidoooooooo

``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
6.30 pg / Ahad         :    Solat Subuh
                                       Bersiap untuk bekpes dan kuar jenjalan
7.30 pg                     :    Sarapan Pagi di Cafe
9.30 pg                     :    Bertolak Ke Langkawi Cable Car
                                       Underwater World Langkawi
                                       Coco Valley Sho
                                       The Zon
5.00 ptg                    :    Balik bilik dan jumpa nana =D> applause
                                       Mandi manda
                                     
7.45 mlm                  :    Deal ngan nana p makan
                                  :    Ronda night market
                                  :    Ronda tepi pantai
                                  :    Lepak minum kopi

11.00 mlm                :    Balik bilik tidoooooooo

```````````````````````````````````````````````````````````````````````

6.30 pg / Isnin           :    Solat Subuh
7.30 pg                      :    Bekpes ngan family nana
8.30 pg                      :    Mandi manda di pantai
10.30 pg                    :    Masuk bilik bersiap sedia untuk balik
11.30 pg                    :    Check Out
                                         Ronda Pekan Kuah nak cari kain pelikat untuk FIL
1.00 tghari                :     Bertolak dari Langkawi ke Kuala Kedah

**************************************************************************

p/s : lebih kurang je citer tu tau, tp langkawi mmg superb! plan nak datang lagi dan stay tempat yg sama, pasni bonda syer gambar plak yer :-* kiss



1 comments:

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template