Tuesday, September 6, 2011

jom cerita pasal raya part I

Korang beraya di mana tahun ni?
Bagaimana persiapan raya?
Best tak balik kampung?
Sangkut jem tak?



Ni cerita bonda, tahun ni mmg turn beraya umah bonda. Biasa kami akan beraya di Kuala Selangor. Tapi lain bagi tahun ni. Umah cantik di Kuala Selangor tu dah tak berpenghuni. Mungkin untuk sementara. Mak Ngah bonda yang memang dok sna baru je menjalani operation buang "fibroit", jadi dalam tempoh berpantang ni Mak Ngah duduk kat umah adik dia di Putrajaya. Maka xde la tradisi balik kampung lagi bagi kami. Umah mama pun kat Shah Alam je, maka jadilah raya ke Bandar. Tapi tetap beraya.

Plan asal nak balik kampung suami di Kedah memandangkan bonda dapat cuti sebelum raya je. Jumaat 2/9 tu dh masuk kerja. Tapi tu la kita hanya merancangkan, kami tak jadi balik ke Kedah, ada masalah yg blum dapat diselesaikan. Memang suami frust sangatsangat. Tapi nak buat macam mana kan, jadi kami plan nak balik ke Kedah pada cuti Hari Malaysia, Insyaallah.

Pagi raya pertama, kami sekeluarga bersiap siap untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Ini lah kali pertama bonda berpeluang mengikut suami. Sebelum ni memang tak pernah dr sebelum kawin sampailah beranak satu. Sungguh xcited pagi tu. Siap kan suami, marsya dan yang paling lawak pagi tu kami sempat bekpes Mc' Donalds. Ni la penangan bila tak balik kampung. Syahdu betul time tu rasa tak sabar nak balik umah mama. Siap sembahyang raya kami terus p umah mama. Bukan jauh mana pun dr Puncak Alam ke Sunway Kayangan tu dalam 20 minit je, uhhhh! tak sabar
:) happy

Sampai umah mama dh terbau hidangan yang enakenak. Masyaallah bestnya menu pagi itu walaupun pagi raya di Bandar dengan umah dikawasan perumahan yg senyap sunyi berguard itu. Menu pagi itu Rendang Ayam, Rendang Kerang Cili Padi, Rendang Daging (jiran sebelah bagi), Kuah Kacang, Nasi Impit dan Ketupat. Punyalah sedap makan pagi ini sampai lupa diet.

Sesi bersalam salaman pun bermula, tapi kalini 2 daripada adik bonda xde. Mereka beraya di umah mertua. Selepas itu, baru la kami memulakan perjalanan ke Kuala Selangor kampung mama. Singgah la ke semua umah saudara mara mama yg memang biasa kami pergi setiap tahun. Tapi kan, banyak dh umah tua yang tinggal kosong bila orangorang tua dah tiada. Sedih sangat kalu kita kenang kembali zaman mereka ada, bertambah meriah la hari raya
:((  crying

Selesai beraya di Kuala Selangor kami balik ke Sunway Kayangan semula, malam tu bonda sekeluarga tido di rumah mama. Esok kami nak mulakan perjalanan ke Melaka pulak. Ni kampung sebelah ayah. Bonda akan sambung cerita part II okey...


























0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template