aduy bonda sgt pasrah skang ni. gatalgatal biasa pada kulit marsya skang menjadi makin teruk! dh berair dan menanah... ohh tidak, tak sanggup melihat anak menderita begitu. tapi marsya sgt la bagus, walau berkeadaan begitu di tetap aktif macam biasa. cuma kenkadang mungkin berasa tak selesa marsya akan mula buat perangai. seperti mana kita maklum, kudis begitu biasanya memang gatal. bila gatal secara automatik marsya akan mula menggaru. kesan daripada tu la bleh merebaknya jangkitan virus tersebut.
ini lah dugaan bila hantar anak kat nursery. mengharap belas ikhsan org lain untuk menjaga anak kita walaupun setiap bulan kita bayar dgn harga yg mahal namun keikhlasan setiap orang tu kita tidak pasti. bonda sentiasa berdoa yang terbaik untuk marsya dan tak lupa juga untuk suamy tercinta.
dlu di putrajaya, bonda hantar marsya di umah pengasuh. jadi tidaklah begitu ramai budakbudak yg diasuh. sejak pindah ke selangor, bonda hantar marsya ke nursery. sejak dok nursery ni dah 2kali penyakit berjangkit merebak yg marsya kena mula dulu ngan 'chicken pop', ni yg kedua 'kudis berair dan bernanah'....
banyak klinik dah bonda pergi, tapi tidak mendapat kesan yg terbaik. bonda dh plan nak p jumpa 'PAKAR KULIT' di jalan TAR. sebab klinik ni memang terkenal dengan rawatan yang bagus. tapi kena bayar mahal sikit la. cuma masa nak pergi tu yang takde. dengan suami yang selalu sibuk! jadi kami decide nak cari klinik yang terbaik dekat ngan umah, puas bonda survey tanya jiran, tanya pak cik google, dapat jawapan terus serang.
alhamdulillah, tengok doktor perempuan tu nampak menyenangkan bila cerita sebab dan akibat akhirnya bonda rasa klinik ni tepat. bonda minta ubat yg agak tinggi dos supaya marsya cepat sembuh, doktor bagi nasihat dan cara merawat serta makan ubat. kena la charge rm45. bonda rasa berbaloi sbb bonda amat berpuas hati ngan servis yang diberikan. bonda siap tanya kat kaunter depan sape nama doktor wanita tersebut....
kuar dr klinik terus pegi kedai gunting rambut. potong rambut marsya terus pendek. aduy, skali lagi bonda pasrah sebab marsya tak pernah berambut pendek sejak lahir. lahir dulu selepas 7 hari botakkan kepala marsya, lepas tu terus tak pernah potong sampai sependek sekarang. dh macam ada anak lelaki pulak nanti bonda akan tepek gambar anak dara seperti tomboy itu. malam td marsya takde mood langsung nak bergambar...
oh lupa .mesti korang pelik bonda kerja di hospitak tapi kenapa tak bawa anak jumpa pakar kat sini? memang bonda leh dapat temujanji awal tapi entah lah belum terbuka hati nak bawa anak datang sini kot
0 comments:
Post a Comment