Tuesday, December 27, 2011

Pergi Tak Kan Kembali... Al-Fatihah Angah 25/12/2011

Assalamualaikum semua. Harap semua berada dalam keredhaannya dan sihat-sihat belaka.

Tak sangka weekend yang bonda update kat BBM ckp boring, xde xtvt bertukar menjadi tarikh paling menyedihkan bagi bonda kerana kehilangan orang yang tersayang. Angah adalah panggilan bonda untuk arwah. Angah merupakan kakak kepada ibu bonda. Sejak kecil bonda hidup ngan angah bersama nenek dan atuk. Memang angah lah yang banyak menjaga bonda selepas nenek dan atuk kembali ke Rahmatuallah. Boleh dikatakan angah seperti ibu kandung bonda. Sejak lahir memang bonda dibesarkan dikampung ngan nenek, atuk dan mak bapa saudara yang lain. Tapi paling rapat ngan angah sebab angah tak berkahwin. Angah pun dh anggap bonda seperti anaknya. Makan, minum, mainan, segala keperluan, duit belanja memang angah berhabis untuk bonda. Memang bonda amat manja dengan arwah angah :(( crying Allahuakhbar...

Angah sebenarnya mengidap fibroit seawal umur 30tahun. Tapi kerana tanggungjawab terhadap ibu bapa iaitu nenek dan atuk bonda, angah  tidak hiraukan penyakitnya. Angah menjaga nenek dan atuk sehingga mereka meninggal dunia. Selepas tu angah cuba berubat cara kampung dan homeopathy. Ramai kawan-kawan angah nasihatkan angah supaya buat pembedahan. Tapi angah enggan. Macam-macam rawatan cara kampung, traditional dan segala jenis makanan tambahan angah amalkan. Selama mengidap penyakit ni angah selalu demam, bila period darah yang keluar banyak sangat. Tuala wanita memang tak dapat menampung sehingga angah terpaksa menggunakan napkin bayi. Bayangkan lah, kesian angah kan....

Sampai lah umur meningkat, angah mula tak larat. bila berjalan dia sesak nafas. Bila period dia tak bangun sebab badan lemah. Bila makan berlebihan dia akan tido. Penyakit lain pun ada ketika umur meningkat. Kencing Manis dan Darah Tinggi. Tapi angah bertahan juga. Angah dah apply bersara awal atau pilihan dulu utk menjaga nenek dan atuk. Sekarang angah amik peluang berniaga secara kecil-kecilan. Itu aktiviti wajib angah, kuar pepagi dan petang baru sampai umah. Angkat beg berat, penuh ngan pakaian. Tapi satu je yang menarik, jika angah tak buat kerja ni dia akan lemah. Badannya akan lemah....:( sad

Sampailah umur 60 tahun angah berpeluang pergi mengerjakan haji. Alhamdulillah. Sebelum tu angah wajib menjalankan "medical checkup".. Pada mulanya doktor tak bersetuju dan tak nak sign surat berkenaan. Angah rujuk pada sepupunya seorang pengarah di sebuah Hospital. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Tapi selepas kembali dari mengerjakan haji angah dah set temujanji untuk pembedahan
mengeluarkan fibroit berkenaan.

Setelah pulang dari mengerjakan haji, angah sekali lagi gagal menghadirkan diri untuk temujanji Mungkin perasaan takut tu masih tebal dalam fikirannya. Bila kami nasihatkan angah buat tak tahu je. Dia rela makan segala jenis supplement yang org suggest. Habis beribu-ribu juga untuk ubatan. Akhirnya pada awal tahun 2011 angah makin lemah. Nak bangun berjalan pun tak larat. Jatuh kat bilik air. Angah dah la tinggal seorang diri. Kami semua risaukannya, Kami berpakat nak bawa angah ke hospital. Tetiba angah bersetuju, Kami hantar angah ke hospital, buat segala rawatan dan akhirnya pembedahan berjaya dilakukan. Alhamdulillah. Angah sihat kembali. Badan pun dh kecil. Boleh berjalan macam biasa. Kehidupan kembali normal. Bayangkan fibroit tu seberat 7.9kg. Lebih dari bayi beratnya, Angah dah usung selama 30 tahun, Ya Allah...

Rawatan susulan angah berjalan seperti biasa. Tetiba angah dapat berita yang mendukacitakan. Rupanya fibroit tu dah menjadi kenser. Kanser Ovari. Masyaallah. Tapi angah tenang. Kanser Ovari tu pulak dah merebak ke paru-paru. Kini angah mengidap Kanser Paru-Paru Tahap 4. Mengikut apa nasihat doktor, angah kena buat rawatan kemotherapy. Tapi angah tolak. Angah lebih rela makan ubat, buat rawatan traditional dan sebagainya. Doktor pun ada nasihatkan angah berkaitan penyakit tersebut. Angah rela dan redha. Angah memang amat tenang. Doktor pun ada terangkan jangka hayat angah hanya 9 bulan. Allahuakhbar... Sayu hati bonda bila angah telefon bagitau hal tersebut :(( crying:(( crying:(( crying Doktor pun ada bagitau tanda-tanda awal dan tanda-tanda kritikal yang mungkin akan angah hadapi.

Selama 8 bulan mengidap penyakit ini akhirnya simpton kronik tu datang. Angah sesak nafas. Sesak yang amat teruk. Sekali lagi kami hantar angah ke hospital. Kesian angah, paru-paru nya perlu ditebuk untuk mengeluarkan air. Rupanya kanser tu dh menyebabkan paru-paru angah penuh berisi air. Dan itu la punca ngah sukar bernafas. Bila pembedahan dilakukan, angah boleh bernafas sedikit, Tapi tetap menggunakan oxygen pada level 13. Esoknya angah boleh discharge dr hospital. Balik rumah tp tetap memerlukan oxygen. Memang kat umah kami dh sedikan 3 tong besar oxygen utk angah.

Sehari berasa dirumah, angah diserang sekali lagi. Sesak nafas yang susah dimengertikan. Sekali lagi kami menghantar angah ke hospital. Bantuan oxygen diperlukan juga. Benda yang sama akan dilakukan, paru-paru angah akan ditebuk. Kali ni angah tak setuju. Dia berjaya menandatangani surat untuk keluar dari hospital. Dia ingin pulang kerumah. Duduk hospital pun tkde ubat atau bantuan yang dapat membantu angah. Pagi ahad tu kami bawa angah pulang ke rumah. Sampai dirumah kira-kira jam 2 petang, Angah macam biasa je. Oxygen memang peneman setia.

Jam 3.50petang, tetiba dengar suara angah memangil sepupu bonda. Rupanya angah lapar nak makan buah katanya. Bonda pun bergegas potong sebiji buah pai dan bawakan ais krim utk angah. Adik angah iaitu Pak Su bonya yang suapkan angah, Tetiba Pak Usu menjerit, kami bergegas ke dalam bilik, Rupanya angah dah terbaring, Tetiba je badannya macam lembik. Kami dh mula panik. Bonda betulkan badan angah, ajar angah mengucap. Nafas angah hanya dimulut. Amat perlahan. Tak dengar bunyi apapun. Kami panik. Pak usu telefon sedara mara, suami bonda plak call 999. Bonda dan adik serta sepupu ajar angah mengucap. Tetiba angah senyap tanpa bernafas. Subhanallah.... mudahnya.... Suami check nadi angah memang dah tiada. Tapi kami tak boleh terima kenyataan. Bila dotor sampai dan mengesahkan yang angah dah meninggal dunia. Barulah kami boleh terima kenyataan. Kami redha dari melihat angah terseksa. Kami redha Ya Allah... Tepat jam 4.05petang, angah meninggalkan kami.

Urusan pengebumian pun kami lakukan segera. Jam 9 mlm semuanya setel, alhamdulillah. Semoga angah tenang disana. Bonda ingat pesan angah... Bonda akan lakukan yang terbaik...

1) Jaga aurat
2) Jaga solat
3) Jaga hati mak ayah

* tu je gambar yang bonda ada dalam henpon. Marsya memang cucu kesayangan arwah. Al-Fatihah buat angah...




2 comments:

  1. Mesti umah kt kg dh xde org pg kan....sunyi dah...hilang seri....ko dh buat ape yg terbaik utk angah fiza...reda dgn ketentuan ni...jgn sesekali lupe pesan angah....die akan kekal dlm ingatan org yg menyanyanginya....semoga dia ditempatkan dikalangan kekasih2 allah...aminn

    ReplyDelete
  2. Semoga angah ditempatkan bersama2 orang yang soleh..al fatihah...
    Dia memang istimewa..

    ReplyDelete

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template