Thursday, December 22, 2011

Demam (ʃ˘̩̩̩з˘̩̩̩)

Hi korang, jom bonda nak bercerita pasal anak kesayangan bonda dan suami yang seorang ni. Hehe.. Memangnya seorang belum ada rezeki mungkin untuk yang kedua. Marsya baru je baik demam. Mulanya hari Jumaat amik dr nursery dia batuk. Bonda biarkan je, mungkin sekejap. Bonda ✗ suka la asik nak bagi marsya makan ubat je. Nak biar baik sendiri kononya. Pastu tetiba pagi sabtu tu bangun je tido, dia mula selsema. Hingus cair bewarna jernih mula kelihatan. Bonda start bagi ubat selsema. Dan tetiba pada malam ahad tu, badan marsya panas. Ye, marsya dh demam. Esoknya bonda bawa marsya ke klinik. Alahai, doktor biasa yang bonda jumpa takde plak. Yang ni doktor lelaki, tapi nak buat mcm mana, jumpa juga lah. Bila doktor check suhu marsya, dia ✗ demam. Check paru-paru semua clear! Jadi dia bagi ubat batuk ngan selsema je la. Marsya memang aktif macam biasa. Malam tu bonda dan suami serta marsya makan di luar, dalam perjalanan balik marsya senyap je duduk dibelakang. ✗ macam selalu, dia akan menyanyi la, azan la, ikut apa dia suka buat. Mata marsya mula berair. Bonda pun rasa ✗ sedap hati. Toleh sekali lagi marsya dah tido. Suami pun cakap mungkin dia letih sangat dr siang ✗ tido. Sampai umah suami alihkan marsya ke katil. Sambil bonda siapkan susu untuk marsya. Tetiba suami cakap" anak menggigil"... Apalagi berlari bonda dapatkan marsya.. Suami terus arahkan bonda ambil ais, suami basahkan towel dan balut marsya. Bonda plak dapatkan temperature nak check berapa suhu badan dia. Ya Allah, 39.5'c.. Nasib baik dia ✗ tarik. Pas basahkan badan dan kepala ngan ais baru kami bawa marsya ke klinik yang sama. Tetiba jumpa doktor pun yang sama. Apalagi hangin la bonda, "tu la semalam saya datang doktor ckp anak sy ✗ demam".. Dia sengeh2.. Aku sama kalau jadi apa-apa kat marsya. Pastu dia tanya itu ini. Terpaksa la sumbat ubat ikut tuttt baru kebah demam tu. Geram! Balik tu marsya dah okey boleh tido sampai pagi. Tepat kul 5 pagi suami kejutkan bonda, badan marsya panas lagi. Check suhu 38c. Terus basahkan towel letak kat ubun-ubun marsya, basahkan badan sikit ngan rambut. Lama juga la suami lap badan marsya, lama kelamaan suhu panas tu turun, alhamdulillah. Terus bagi makan ubat dan marsya sambung tido. Bonda pun sama. Bonda dapat mc. Tapi kesian suami dia kene pergi kerja. Sedar dr tido tu dah kul 11pagi. Arghhh tido ✗ hengat kami 2 beranak. Bonda amik kesempatan sementara masih bercuti solat. Nampak marsya macam okey dah. Cakap kat dia esok marsya ke p school. Dia pun angguk je. Esoknya macam biasa bonda pergi keje setelah 2hari bercuti jaga marsya. Marsya pun dah pergi ke nursery. Harap-harap marsya sihat terus. Kesian tengok bebudak kecil sakit sebab dorang ✗ reti nak cakap bebetul lagi. Macam ni la bila hantar anak ke nursery. Sorang sakit, abis yang lain berjangkit. Nak buat mcm mana kan, kena pasrah!

Tu gambar budak dah baik demam, amin ♥̸̨

1 comments:

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template