Assalamualaikum...
Lama kita tak bersua kan? budget mcm ramai je yang baca blog bonda ni. Ah tak kisahlah, setiap yang singgah bonda alukan dan setiap follower bonda lagi la bonda alukan... Lama sungguh tak hupdet blog ni. Tu la! Orang ada blog nak juga ada blog tapi angan-angan tu selalu hilang di bawa angin. Bonda ni pendirian tak tetap. Sebab tu la selalu kena marah ngan suami...Kadang timbul idea yang banyak. Rasa macam boleh syer kat blog tapi bila nak menaip je dia hilang. Penyakit M pun melanda bila tiba hujung tahun ni. Bukan setakat hupdet blog, p opis dan buat kerja opis pun lemau je... Lagilah bila tengok ramai yang bercuti. Mood bercuti pun tiba. Padahal baru je balik bercuti kan??? Tokey balak pun bankrap kalau tetiap bulan nak bercuti... Kehkehkeh!
Tengok blog orang lain best je. Ada je cerita yang best. Ada je info yang menarik. Bila la bonda bleh buat cenggitu kan??? Bila kat opis dah bz, waktu rehat bonda bantai tido. Sampai umah sambung keje umah lak, layan marsya layan suami tu dh wajib. So berblog ni bila semua keje dah setel, otak dah tenang mcm hari ini. Ye hari ini waktu ini ada kelapangan sedikit... Insyaallah lepas ni nak berjaya tulis blog macam orang lain. Macam diari pun ada gak, hari-hari kena meluahkan apa yang ada/disimpan dalam hati... Nak kena buang perkataan T.A.P.I tu dulu, banyak sangat T.A.P.I itu T.A.P.I ini...
p/s : welkam 2012
0 comments:
Post a Comment