Wednesday, November 30, 2011

Tanpa Nasi #10

0 comments

Assalamualaikum...

Jom sambung balik cerita diet bonda yang entah bila akan tercapai result yang superb!
Asik on/off jek...

So hari ni bonda layan menu :

Bekpes      ~      Neslo Panas

Minum air kosong berulang kali

Lunch        ~        Mee Kari ( rasa nak muntah plak sbb karinya teramat pekat)

Minum Petang  ~  Susu Kambing Hi Goat

( now makin terasa nak muntah, mungkin angin dlm perut ni ada lagi)

Makan Malam     ~    Dragon Fruit ngan Susu Kambing jer...


* masih tak ambil SDll sebab badan masih rasa tak sihat *

dan sekarang ni perut masih berangin mungkin gastrik kembali
#-o d'oh!

Tuesday, November 29, 2011

Hijrah #1 Stokin

0 comments

Assalamualaikum…
 
Jom bonda nak share pendapat yang bonda baca dari :
 
I LUV ISLAM.COM
 
Agak-agak korang buat tak? Bagi bonda skang masih bertatih lagi. Belum Berjaya buat sepenuhnya. Tapi niat didalam hati memang nak kan perubahan demi kebaikan disana. Hari ni alhamdulillah berjaya pakai stokin ke tempat kerja…
 
Pendapat #1
 
salam a'laik ukhti miles.. pemakaian sarung kaki ni mmg rmi b'ty.ana dl pn x pki, tp alhmdulillah,sjk ana form 2 smpai skrg ana dh x penh kuar uma(pegi kedai n tmpat jauh) tnpa sarung kaki lg dah.. kalau kuar uma sidai kaen, ana x pakai lg.:p nnt ana akn try slow2.. pengalamn,pmbacaan ana selama ni m'buatkn ana yakin bhw pemakaian sarung kaki ni sebenarnya lebih dekat kpd wajib.spt comment y dh sahabat2 lain ckp, aurat wanita ni dr hujung rambut hingga hujung kaki xcpt muka dan 2 tapak tgn kan.. nti ambek lah panduan y dh Allah gariskan ni, sematkan kejap2 kat ati ya.kalau rasa susah nk bu drastik bt slow2 k..ana rasa mmg p'lu pki sarung kaki ni, cth paling mudah n cam kolot sikit ialah kalau tetiba kita tersepak somethg, then kita jatuh tersadung. srussss...kaen kita pki terselak nmpk lah 2 batg pisang(betis) . hehe kan ke bley timbul fitnah mata n hati kat sape(bukan muhrim) y x tersengaja terpandg tu.. kalau pakai sarung kaki kan, selamat.. hehe ISLAM adlah selamat.agama y selamat & menyelamatkan we love islam *clap* las but x least. kaki mereka y pki stokin ni comey dan istimewa. percayalah :p membangun bersama islam (*_^) wawahua'lam
 
Pendapat #2
 
assalamualaikum.. kenapa jawapan drp muslimin2 di sini seolah2nya kaki itu bukan bahagian aurat wanita? malah memakai sarung kaki adalah optional? begitukah? rasanya jelas aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. saya ambil mudah. apa yg ditutup ketika solat itulah aurat. bukan begitukah? sekiranya salah pemahaman saya ini minta diperbetul. syukran jazilan.
 
Pendapat #3
 
emm..dk crita psal sarung kaki ni,ana pn tringin nk bg tau jgk...sbnr2nya kn wahai wanita skalian..smua da tau kn aurat wanita ni cmner,stakt mne...so iktlah praturan yg dtetpkn olh Allah..iaitu sluruh anggota tbuh bdn wanita,kcuali muka dn ke dua2 tpk tgn@prglangn tangan.. so, psal pkai sarung kaki tu wjiblah,pkai ksut pn bleh jgk,tp biarlh tutp penh kaki itu,bkn ape,ssetgh wnita tu,pkai ksut tp masih lg nmpk kaki@betis apabila bjalan,utk mnjga kaki kt yg lawa tu,pakai la srung kaki...olh itu tutuplah aurat whai skalian kaum hawa kcuali kpd muhrim.... Tutuplah Aurat Kamu, Sebelum Kamu Ditutup penuh dgn kain kapan....Eeeeeee,,serammm ni lah sje yg bleh ana komen...yg baik itu dr Allah s.w.t dn ape yg kurang itu dr klemahan dri ana sndri...
 
p/s: Jadi apa pendapat korang? Jom la kita berubah kearah kebaikan :) happy

Hotel, Chalet dan Homestay...

0 comments
Assalamualaikum....

Korang suka tak bercuti? Tak kira dalam negara atau luar negara, dekat atau jauh janji ke tempat-tempat menarik atau yang boleh menenangkan fikiran.

Teringat kenangan zaman sekolah dulu, pernah ayah bonda bawa kami ronda satu malaysia dalam masa sebulan. Masyallah seronoknya masa tu. Sampaikan adik bonda yang kecil tak nak balik rumah. " Nak Otel... nak otel..." Kiut je masa tu... Dulu-dulu cuti sekolah je pasti ayah ngan mak bawa kami berjalan.

Tradisi tu bonda terbawa-bawa sampai sekarang. Pantang ada peluang, ada rezeki pasti berjalan. Zaman anak dara plan ngan member2. Ada saje plan menarik. Semua tempat best nak terjah.

Sekarang bila dah bekeluarga sendiri, tradisi tu tetap bonda bawa. Dapat pulak suami yang sama suka berjalan. Lagilah dasyat suami bonda, cuti 2 hari pun boleh berjalan. Yang paling best, secara tetiba. Dan paling tak best, sampai tempat yang dituju, mengagau mencari hotel. Semua fully booked. Lagi-lagi bulan cuti sekolah ni. Tak kira hotel semahal mana pun, yang murah lagi lah semua penuh.

Kali ni bonda nak share pasal hotel. Tidak ada kena mengena ngan sesiapa. Ni pendapat diri sendiri je. Bonda kan sanggup bayar hotel mahal-mahal demi mendapatkan kepuasan maksima. Rasa macam bila masuk je bilik tu terasa kagum. " Wah, cantiknya,..." Kagum ngan suasana, ngan interior dan rasa betul-betul puas dan menenangkan fikiran. Bukan nak kata hotel murah tu tak elok, tapi interior kalau dan sama macam kat umah, lebih baik duduk dirumah saja kan??? Kata nak bercuti, menenaangkan fikiran kan??? so kena dapatkan kepuasan. Tak tau bonda nak terangkan macam mana, tapi bonda dan suami berpendapat macam tu. Ohh bahagia :x lovestruck:x lovestruck:x lovestruck

Jadi untuk bercuti ke tempat-tempat best, nak tido tempat best-best, kena la kumpul duit. Cukup la setahun 3 kali kan??? kalau ada rezeki lebih, apa salahnya selalu-selalu.....

p/s: nak bercuti lepas ni kena plan elok-elok, tak nak dapat hotel tak best lagi!

Cuti Panjangggggggggggggggggggg...

0 comments
Assalamualaikum....

Kembali bekerja untuk diri sendiri dan jugak kenkawan bonda semua. Bonda kembali bekerja setelah bercuti selama 5 hari. 2 hari yang awal bonda bercuti sakit! Demam, Selsema dan batuk yang amat kronik. Masyaallah sampai termuntah-muntah dan gaya orang bunting pelamin. Kalau bunting betul, tak apa la jugak. Ni tidak.... Dugaan sungguh. Tapi dalam keadaan macam tu bonda sentiasa ingat yang Allah sayangkan bonda. Kemudaratan yang melanda diri ini sesungguhnya satu anugerah terindah dimana sakit itu sendiri dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. Begitu banyak dosa diri ini Ya Allah, hanya kau yang maha mengetahui segalanya.

2 hari tidak bekerja begitu membosankan. Ye lah, selalu kan pepagi lagi dah siap-siap untuk ke tempat kerja. Bila bercuti ni, semua jadi malas. Nak bangun dari katil pun bercinta, nak makan pun berkasih sayang lagi ngan tilam. Ohh dasyat penangan ubat ni kan. Sebab tu la kalau boleh bonda nak elakkan dari makan ubat. Tapi kali ni memang sangat memerlukan. Badan tak bermaya, hidung plak dah macam paip air, kepala ting tong
#-o d'oh!

Alhamdulillah diri ini sungguh bertuah dikurniakan seorang suami yang begitu mengambil berat hal keluarga. Tidak kira bonda ke sakit, marsya ke sakit, suami akan ambil cuti untuk menjaga kami. Kecuali hari tu dia memang ada keje yang teramat urgent, dia akan bekerja dan seboleh-bolehnya tengahari akan berada di rumah. Khamis tu memang suami ada keje, henpon pun asik berbunyi. Suami tepaksa pergi bekerja. Tapi dalam jam 3 petang dan balik dengan membawa makanan untuk bonda dan marsya. Jumaat memang suami amik cuti :x lovestruck

Bahagianya bila semua ada di rumah. Marsya pun amik kesempatan tak pergi Nursery. Bonda dan suami tak pernah, memang tidak akan hantar marsya ke Nursery jika kami ada dirumah. Walaupun pada ketika itu  bercuti sakit. Tidak sampai hati rasanya. Lagipun marsya bukan budak kecik lagi. Dah pandai bawa diri sendiri. Dan dah terbiasa bermain sendiri. Jadi secara tak langsung marsya pun bercuti selama 5 hari macam bonda.

Cerita diet bonda plak, punah semuanya! Ni kerana 2 hari yang bonda sakit tu bonda tak lalu makan. Memang tak lalu langsung. Minum air pun kurang. Start weekend plak bonda bercuti di PD. Bila dah bercuti paham-paham sajer lah...

Hari ini, bonda kembali bekerja seperti biasa. Kesihatan dah kembali seperti biasa. Alhamdulillah. Marsya pun kembali ke nursery. Pagi tadi sebaik mungkin bonda ngan ayah tak nak bagi marsya terjaga sebab kalau dah terjaga mula lah ada drama tak nak ke Nursery. Nasib baik kami berjaya pagi tadi. Harap=-harap marsya baik-baik je kat nurseru skang ni :) happy

Nak kata marsya, bonda pun lemau hari ni kat opis. Lagi la hari ni tak de bz mana pun. Lagilah bertambah lemau!!! '+_+ cold


p/s : nx entry kita bercerita pasal Anniversary Honeymoon plak yer...



Wednesday, November 23, 2011

Tanpa Nasi Hari Kesembilan...

0 comments

Yeay! Bola Malaysia menang =D> applause

jom nak share menu hari ni plak:

Sarapan                  :           Neslo Panas
Minum Pagi            :           Segelas SDII
Makan Tengahari   :          Bihun Tom Yam
Minum Petang        :          Susu Kambing Hi Goat dan SDII
Makan Malam        :           Roti Prata ngan Ayam Bakar



Wajib minum air kosong banyak-banyak...

p/s: masih tak timbangtimbang lagi nie.... huhuhu






Tuesday, November 22, 2011

Yeay, Malaysia Boleh!!!

0 comments
Tidak sia-sia rasanya bonda dan suami join TV3 untuk menyaksikan tayangan BOLA di Sri Pentas. Memang berbeza suasana disana berbanding dirumah. Gamat sangat dengan beratus-ratus orang memberi sokongan tidak kira tua atau muda. Memang best! Tapi pada mulanya marsya kena kejutan budaya bila mendengar suara sorakan yang kuat. Mula la dia nak berdokong dan berkepit je. Takut...Takut...

Tapi itu tak lama, bila tengok ayah dan bonda tepuk tangan, marsya mula nak join. Hahahaha, pas dia mula join tu mula lah aksi seorang peminat cilik yang begitu fanatik ngan team MALAYSIA. Sentiasa betepuk tangan dalam apa jua situasi. Orang jerit dia jerit, Orang gelak dia gelak. Entahkan betul paham entah tidak...

Syabas untuk MALAYSIA, bukan mudah mereka menang semalam. Rasa puas sangat bila dapat tengok dan join semangat dengan mereka yang ramai itu. Suasana dah mcm kat stadium. Bila menang makin bertambah hangat. Dalam perjalanan balik, suami boleh join bebudak moto bunyikan hon banyak-banyak kali menandakan MALAYSIA menang. Wahhhhh fanatik kan suami ku tetiba???? Paling best bila lagu negaraku dinyanyikan, rasa syahdu sangat bila reramai berdiri ngan menyanyi dengan penuh semangat kecintaan kepada negara.

Bonda nak share sumting dr BBM bonda :

            Team MALAYSIA hebat kerana MALAYSIA ada...
            seorang MUSLIM...
            seorang TAMIL...
            seorang GURU...
            dan yang paling penting MALAYSIA ada...
            Khairul Fahmi CHE MAT  yang sentiasa CERMAT menangkap bola...
            Baddrol BAHTIAR yang sentiasa BERIKHTIAR untuk menjaringkan gol dlm jarak jauh...
            dan yang paling hebat MALAYSIA ada...
            ONG (Ong Kim Swee) :x lovestruck


Apapun, Selamat Maju Jaya untuk Team MALAYSIA, tidak kira Harimau Malaya atau Harimau Muda. Bonda sekeluarga sentiasa menyokong kalian =D> applause:D big grin=D> applause


    


Tanpa Nasi Hari Kelapan...

0 comments

Salam semua. Selamat kembali bekerja! Hari Isnin adalah hari kelam kabut bonda. Selalu hari ni bonda akan terlewat bangun. Hahahahaha... Dah syok kan bercuti 2hari leh bangun lewat sikit. Lewat pun tak la lewat sangat, 6.30pagi dah kena bangun. Wajib! Bila dah kelam kabut, semua jadi tak kena, tak sempat. Nasib baik bekalan semua bonda dah siapkan awal-awal. Tak la makanan bonda tertinggal. Sejak menjaga makan ni, bonda suka bawa menu dari umah. Jimat pun jimat kan ;) winking

Minum Pagi            :            Segelas SDII
Makan Tengahari   :            Ikan Bakar, Sup Sayur, Buah dan Sepotong Kuih
Minum Petang        :            Susu Kambing Hi Goat dan SDII
Makan Malam        :            Burger Ayam dan Sepotong Dominos Pizza



Wajib minum air kosong banyak-banyak...

p/s: menu makan tengahari semua bonda bawa dr umah
:x lovestruck




Monday, November 21, 2011

Tanpa Nasi Hari Ketujuh...

0 comments

Hari ni bonda demam. Bangun je pagi mula rasa sakit tekak. Sakit kepala. Badan pun rasa sakit. Ni lah akibat tak minum air kosong dengan banyak. Jadi hari ni bonda cuti berdiet.... Eheh tidak! cuma cuti amik SDII dan Clenx Tea je. Diet mana boleh stop kan??? bahaya....
Walaumcm mana pun kena diteruskan jugak!

Sarapan Pagi         :        Air Kosong + Roti putih+susu+milo (tingat zaman sekolah dlu)
Minum Pagi             :       Tak Amik pun, bonda tido....
Makan Tengahari    :       Roti+telur+cheese+mayo+sos
Minum Petang         :       Buah-Buahan
Makan Malam          :       Satay Ayam (bekalan dari umah kenduri kawin jugak)

Kali ni bonda memang banyakkkkkkkkkk sangat minum air kosong. Rasa lah sikit berkurangan panas dalam badan ni. Tekak pun tak la sakit seperti sebelum ni...

p/s: tunggu masa yang sesuai nak timbang ;) winking dah seminggu tak makan nasi ni....

Tanpa Nasi Hari Keenam...

0 comments

Ohhh hari ini sangat mencabar. Cuti kan? Pepagi lagi suami dah sarapan Nasi Lmeak berlauk paru. Tidakkkkkkkk=)) rolling on the floor itu adalah kegemaran bonda. Pasrah saja la sehingga program diet ku berjaya, Insyaallah...

So hari ni bonda mulakan dengan :


Sarapan            :        SDII
Minum Pagi      :        Milo Panas
Tengahari         :        SDII + Sup Sayur
Petang              :         Salad  Buah-buahan
Malam               :        Ayam Goreng, Sambal Sotong dan Karipap

 p/s: Malam tu menu banyak sikit sebab bonda p kenduri kawin. So bonda avoid makan nasi tapi meratah lauk pauk...
        Tapi hari ni bonda rasa nak demam sangat, puncanya bonda kurang minum air masak. Kalu kat opis dah bergelas2 minum. kat umah 
         jadi malas!

         Opss terlupa, clenx Tea pun tak amek sebab badan rasa nak demam jadi bonda takut bertambah panas...

Tanpa Nasi Hari Kelima...

0 comments


Syabas untuk diri sendiri.
Bukan senang sebenarnya nak menahan nafsu makan ni :( sad
So kita layan menu je la.

Sarapan                   -   Secawan SDII
Minum Pagi             -   Susu Kambing Hi Goat
Makan Tengahari   -   Ubi Kentang+Sayur+Ayam = rebus mix ngan CP dan Mayo
Minum Petang        -    Secawan SDII
Malam                     -    Bihun Tom Yam
Sebelum Tido
         -    Clenx Tea (wajib amik)


Diselangselikan minum air kosong yang banyak!!!

Friday, November 18, 2011

Pap Smear... Jangan Takut!

0 comments
Sepertimana yang bonda post dlm fb bertanya mengenai Pap Smear semalam kan, bonda terus bersemangat amik temujanji kat Klinik O&G disini. Daripada semua cerita dan pengalaman yang bonda baca, Nampak gayanya tidak lah begitu sakit atau menyulitkan. Cuma perasaan diri sendiri yang melebih-lebih dan mengada-ngada! Tapi untuk kebaikan dimasa akan dating, baik buat…
 
Jom bonda nak share pasal Pap Smear!
 
 
PAP SMEAR BENARKAH IA MENYAKITKAN?

PENTINGNYA rawatan pap smear ke atas wanita yang sudah melalui hubungan seksual memang tidak dinafikan. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar tentang kepentingan ini. Kebanyakan daripadanya tidak langsung menganggap pap smear salah satu rawatan benar-benar penting dalam kehidupannya.

"Saya pernah melaluinya ketika mengandung anak pertama dahulu. Cukuplah sekali. Takut melihatkan alatnya yang besar. Saya pun rasa kurang selesa dan sakit semasa rawatan dijalankan." Akui Lina

"Bayangkan doktor lelaki pula yang buat. Eee....malunya. Lainlah kalau memang tengah sakit, rasa malu bolehlah di tolak ke tepi." Kata Mimi pula.

Selain kurang prihatin tentang kesihatan diri, ini antara faktor penyebab mengapa wanita tidak mahu melakukan ujian pap smear. Rasa takut dan malu begitu tebal dalam diri mereka sehingga sanggup mengetepikan risiko yang mungkin akan dihadapi jika tidak dikesan daripada awal.

"Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. Malah saya sendiri kurang menerima pesakit wanita yang datang ke sini semata-mata untuk menjalani ujian pap smear. Saya tidak nafikan, wanita tak mahu jalani ujian pap smear kerana rasa takut, sakit dan malu." Akui Dr. Ismail Thamby.
 
 
DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA

MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.

Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.

Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.

Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.
 
 
KEPENTINGAN PAP SMEAR

Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.

Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.

Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

* Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
* Mereka yang kerap bertukar pasangan.
* Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.


BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

* Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
* Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.


p/s: bonda dah ada temujanji pada 2/12/2011 ni, nanti bonda share kan cerita yer!

         ingat nak tepek gambar tapi diri sendiri takut nak tengok, so lupakannnnnnnnnnnnn :-B nerd
 

Ikea Cafe...

0 comments
Salam Jumaat semua!
 
Sejak malam tadi lagi bonda nak terbayang-bayang nak makan meatball kat Ikea. Aduy dah lama rasanya tak berkunjung ke sana untuk makan. Kalau untuk beli keperluan rumah rasanya memang banyak kali.  Bila dapat berehat tengahari panjang, memacam lah aktiviti dah terancang dalam kepala. Tapi entah terlaksana entah tidak!
 
Biasa kalau hari bercuti nak ajak suami ke sana memang payah lah. Sebab suami bonda yang tercinta tu tak suka makan kat Ikea. Suami boleh komplen entah apalah rasa menu ni!!! Aduy sadisssss…..
 
Sekarang waktu rehat yang panjang berlalu begitu saja. Hanya diabiskan dengan tido. Manalah badan tak kembang semangkuk kan. Nak buat macam mna, nak harapkan kawan semua ada aktiviti memasing. Sedih plak kurasakan tetiba… Kawan yang dulu umpama BFF bagiku kini telah berpindah. Tinggal lah daku sendiri…
 
Bonda ni pun sebenarnya tunggu surat je untuk berpindah! Yeeehaaaaaa…..

p/s : nak try call suami ajak p makan...

Tanpa Nasi Hari Keempat...

0 comments

Salam...
Cerita pasal menu hari ini pulak yer...

Sarapan                   -   Secawan SDII
Minum Pagi             -   Susu Kambing Hi Goat
Makan Tengahari   -   Sayur Rebus (bekalan dari umah)
Minum Petang        -    Secawan SDII
Malam                     -    Ubi Kentang+Sayur+Ayam = rebus mix ngan CP dan Mayo
Sebelum Tido
         -    Clenx Tea (wajib amik)


Diselangselikan minum air kosong yang banyak!!!

p/s: esok nak tepek resepi Nasi Daging lor
&gt;:D< big hug

Thursday, November 17, 2011

Tanpa Nasi Hari Ketiga...

0 comments

Tahniah untuk diri sendiri!
Hari Ketiga juga berjaya tanpa nasi.
Tapi hari ketiga ni kelam kabut skit sebab marsya demam.
Nak besarapan pun tak sempat!

Sarapan                   -   Tak amik pun...
Minum Pagi             -   Sebiji roti bersosej
Makan Tengahari   -    Maggi je ( tak sempat masak)
Minum Petang        -    Susu Kambing HIGOAT
Malam                     -    Sayur Rebus ( dah ketagih makan sayur rebus, sedap!)
Sebelum Tido
         -    Clenx Tea (wajib amik)


Diselangselikan minum air kosong yang banyak!!!

p/s: hari ni bonda mula pakai korset yang dah beli setahun tapi pakainya ntah bape kali!

Tanpa Nasi Hari Kedua...

0 comments

Alhamdulillah... hari kedua dah...
Menu hari kedua adalah....

Sarapan                   -   Segelas Susu SDll
Minum Pagi             -   Segelas Susu Kambing
Makan Tengahari   -    Sebiji Popia Basah yang besar
Minum Petang        -    Segelas Susu SDll
Malam                     -    KFC
Sebelum Tido
         -    Clenx Tea ( ni sebab td tertinggal kat umah)


Diselangselikan minum air kosong yang banyak!!!

Berat bonda nak timbang lagi seminggu!



Wednesday, November 16, 2011

KFC aku datang...

0 comments

Cerita pasal makan memang best! Lagilagi bagi bonda yang memang kuat makan ni. Pantang tahu kat mana sedap, kat mana best, kat mana murah, sanggup bonda ajak suami terjah! Dah macam sesi JJCM jugak la. Tapi itu mungkin tidak akan berlaku lagi sebab bonda dan tekad!

Bonda bertekad ✗ nak makan ikut nafsu lagi. Akibatnya sendiri yang tanggung. Walaupun badan ini tidaklah menampakkan peralihan yang ketara tapi bonda sendiri boleh rasa. Jadi bonda berazam ✗ nak makan nasi utk seketika sehingga target asal berjaya!

Tapi tetiba tekak ini teringin sangat nak makan KFC! Yeay nak makan ayam goreng spicy tu je. Banyak kali menahan diri tapi ✗ berjaya. Hampir seminggu juga suami buatbuat ✗ layan supaya bonda boleh lupakan. Tapi ternyata tidak! Harihari sms suami ajak p dinner kat KFC.

Memang bonda ✗ sentuh nasi sekarang, tapi yang lain semua hentam! Ikut cakap "coach" bonda, BOLEH! Lagilah hati riang gembira bila suami setuju. Tapi nasib ✗ berapa baik, skang kat KFC ✗ de ayam goreng spicy, yang ada TOM YAM spicy. Ermmm bonda layan jugak ;) sedappppppp...

Dulu Milo Kini Vico!

0 comments

Korang dulu sekolah penah merasa ✗ minum air dari lori milo??? Cool kan... Sangat seronok kalau dikenang kembali zaman persekolahan dulu. Tapi sekolah rendah la, zaman sekolah menengah dah ✗ ada la lori milo ni. Yang pelik, air dari lori tu memang sedap. Minum sekali pasti nak tambah kan???

Masa berlalu begitu pantas, sekarang masa anak bonda plak nak merasa minuman dari lori. Tapi bukan Milo, Vico plak yang amik alih. Tahun ni dah 2kali taska marsya anjurkan acara. 2kali tu juga lori Vico ada! Boleh tahan sedap juga Vico ni... Bonda ✗ pernah beli pun Vico utk kat rumah. Milo gak yang menjadi pilihan utama. Sudah turun temurun begitu... Milo siap makan ngan biskut atau roti. Ohhhh sangat sedap!!!

p/s: dlm berpantang nasi, bonda makan KFC!
 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template