Monday, January 30, 2012

AJL Awan Nano Juaraaaaaa!

1 comments

KUALA LUMPUR: Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 dinobatkan Juara Anugerah Juara Lagu edisi ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.
Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat itu sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi.

Manakala lagu Beribu Sesalan (Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) mendapat tempat kedua dan lagu Karma (Faizal Tahir) pula menduduki tempat ketiga. Masing-masing meraih hadiah wang tunai, RM15,000 dan RM12,000 serta trofi.
Bagi kategori Vokal Terbaik, juri sebulat suara memilih Hafiz menerusi lagu Awan Nano yang membolehkan dia menggondol wang tunai RM10,000 serta trofi.

Sementara itu, persembahan mantap Alyah ketika mendendangkan lagu Kisah Hati berjaya memikat juri sehingga melayakkannya kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Lagu lain yang bertanding pada AJL26 kali ini termasuklah Kalau Berpacaran nyanyian Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Gadis Semasa (Yuna), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kekanda Adinda (Atilia, Monoloque), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Sungai Lui (Aizat) dan Kisah Hati (Alyah).
Buat kali pertamanya, acara gilang-gemilang itu diadili oleh 30 juri daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diketuai komposer terkenal, Azmeer. Malah, Anugerah Juara Mobile yang diadili berdasarkan lagu paling banyak dimuat turun dengan kerjasama Celcom dimenangi lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim. Berbeza dengan AJL pada tahun-tahun sebelumnya, acara kali ini hanya menggandingkan Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai hos tanpa Ally Iskandar yang kini sedang bercuti selepas melangsungkan majlis perkahwinannya.

Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL25 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Raja Pop, Jamal Abdillah; Raja Rock, Awie dan Ratu Jazz, Datuk Shiela Majid, manakala interlude istimewa mengenai Sudirman, membabitkan Black, Hazama dan Azlan The Typewriter.
Acara pada malam itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 serta Hot FM selaku penyiar radio rasmi.

Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar.


* Petikan dari Harian Metro *


Dan yang paling bonda layan persembahannya dah tentu. Alyah!... sangat mengujakan patung itu...

Monday, January 16, 2012

Gambar Langkawi #4 (mandimanda, lepaklepak)

0 comments

Kenangan ni yang menyebabkan suami ajak lagi ke Langkawi ujung tahun, huhuhu suasana yang memang superb... Adalah sikit gambar ngan nana sekeluarga. Selebihnya ada dlm kamera mahal nana :)) laughing
































Gambar Langkawi #3 (Jalan-Jalan Day 1)

1 comments

Korang! ni bonda tepek gambar sikit-sikit je. Selainnya kat FB ye. Tak larat nak edit gambar satu persatu dah ni. Ngan PC kat opis yang sangat protokol :( sad... Yang mana gambar bonda dan suami tu kan, Nur Marsya Rania yang amikkan tau... Besar dah anak bonda rupanya...

Gambar Langkawi #2 (Supriseeeee)

0 comments

Alhamdulillah menjadi juga suprise yang bonda plan untuk suami. Sebenarnya tarikh tu mmg tarikh lahir suami yang ke -30... Siap je check in bonda saje je minta tolong suami buka beg utk amik telekung. Tetiba jengjengjenggggggg :x lovestruck:x lovestruck:x lovestruck

Gambar Langkawi #1(Langkapuri Beach Resort)

0 comments


Sangat syok p sini.
Sape nak p langkawi stay la kat sini.
Berbaloi-baloi...
Bilik yang best!
Pantai yang bersih!
Pasir Pantai yang sgt cun dan indah!...
Sampaikan suami ajak datang lagi hujung tahun ni...
sangat suprise okey :-O surprise

########
Langkapuri Beach Resort
Lot 9, 70000 Pantai Cenang
04-955 1202



























Friday, January 13, 2012

Percutian 1/2012 Langkawi (7-9 Jan )

1 comments
Alhamdulillah... Segala perancangan awal yang bonda dan sahabat bonda (nana) rancangkan seawal November telah menjadi kenyataan. Yes! bonda dan nana selamat sampai di Langkawi. Tapi bonda datang awal sehari dr nana. Dan nana pulang lewat sehari dari bonda. Ada sehari yang kami dapat jalan dan makan bersama. Nana ada 2 orang anak perempuan. Min dan Hanis. Min plak sebaya ngan marsya. Mula jumpa min, marsya takmo bercakap pun. Senyap seribu bahasa. Tapi lama-lama jalan pun berpimpinan tangan. Yang syok tengok gelagat dorang, kejap gado kejap okey :x lovestruck... Sampaikan min nak naik kete ngan marsya. Cute kan??? Marsya pun suka melayan hanis. Boleh harap untuk jaga adik. 

Cerita pasal ayah-ayah mereka pulak. Huh! Excited mereka berborak sampai tak ingat anak bini. Mereka memang serasi bersama. Tak tau la isu apa yang dibincangkan. Kenkadang mereka serius, kenkadang mereka ketawa sekuatnya :)) laughing Mungkin serasi sebab loghat mereka seakan sama. Utara!

Bonda ngan nana lagi la sakan bercerita. Ada saja isu. Padahal ni kali kedua kami bertemu. Kali pertama kalau tak silap bonda waktu min dan marsya berusia 4 bulan. Dah lama kan? Tapi kami selalu berhubung melalui laman sosial. Tak kira la Facebook ke, Twitter ke, BBM ke, dan yang terkini WhatsApp... Walaupun ni baru kali kedua bertemu tapi mcm dah selalu jumpa gayanya :-*  kiss

*******************************************************************

Nak share skit schedule bonda time percutian ni :


3.30 ptg / Jumaat    :    Bertolak dr Hospital Sungai Buloh
7.30 ptg                    :    Sampai umah SIL di Bukit Mertajam
                                  :    Siap solat Maghrib teruskan perjalanan ke Alor Star
10.00 mlm                :    Selamat sampai umah FIL 

````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

9.30 pg / Sabtu        :    Kuar dari umah FIL terus ke Hospital Jitra untuk melawat anak buah suami
1.00 tghari                :    Bertolak dari Jeti Kuala Perlis
2.00 ptg                    :    Sampai di Langkawi
                                       Berurusan ngan Kak Eita ( tokey kete) ambik kete kelisa auto
3.00 ptg                       Sampai la di Langkapuri Beach Resort
                                       Syok dan terlalu xcited sebab bilik depan laut... Buka pintu je nampak laut :-O surprise

5.00 ptg                    :    Kuar jenjalan satu Langkawi
                                       Singgah makan
                                       Parking kete kat Chalet sambung ronda jalan kaki kat Pekan Cenang
                                       Memang strategik la kawasan Langkapuri ni

8.00 mlm                   :   Layan Karaoke tepi pantai
                                       Layan marsya berdansa :"> blushing

11.00 mlm                :    Balik bilik tidoooooooo

``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
6.30 pg / Ahad         :    Solat Subuh
                                       Bersiap untuk bekpes dan kuar jenjalan
7.30 pg                     :    Sarapan Pagi di Cafe
9.30 pg                     :    Bertolak Ke Langkawi Cable Car
                                       Underwater World Langkawi
                                       Coco Valley Sho
                                       The Zon
5.00 ptg                    :    Balik bilik dan jumpa nana =D> applause
                                       Mandi manda
                                     
7.45 mlm                  :    Deal ngan nana p makan
                                  :    Ronda night market
                                  :    Ronda tepi pantai
                                  :    Lepak minum kopi

11.00 mlm                :    Balik bilik tidoooooooo

```````````````````````````````````````````````````````````````````````

6.30 pg / Isnin           :    Solat Subuh
7.30 pg                      :    Bekpes ngan family nana
8.30 pg                      :    Mandi manda di pantai
10.30 pg                    :    Masuk bilik bersiap sedia untuk balik
11.30 pg                    :    Check Out
                                         Ronda Pekan Kuah nak cari kain pelikat untuk FIL
1.00 tghari                :     Bertolak dari Langkawi ke Kuala Kedah

**************************************************************************

p/s : lebih kurang je citer tu tau, tp langkawi mmg superb! plan nak datang lagi dan stay tempat yg sama, pasni bonda syer gambar plak yer :-* kiss



Selamat Datang 30an...

0 comments
Assalamualaikum...
Semoga Tahun 2012 membawa seribu kebaikan untuk kita semua.
Lupakan kisah silam yang lepas.
Bangun dan capailah segala impian yang baru, Amin
2012... Bonda dah melangkah ke angka yang baru.
Alhamdulillah...
Allah masih memberi peluang kepada diri ini untuk meneruskan hidup.
Untuk menikmati keindahan ciptaanya dan miliknya.
Supaya diri ini terus bersyukur.
Semoga diri ini tidak mudah lupa dan alpa.
Tapi itulah yang sering terjadi, Masyaallah.
Ampunkan dosaku Ya Allah.
30an... Semoga bonda makin berusaha menjadi yang terbaik.
Jaga solat dan jaga aurat.
2 benda yang bagi diri bonda amat berat.
Solat... Bonda sering lalai.
Solat diakhir waktu.
Solat entahkan tertib entah tidak.
Solat dlm fikiran merawang entah ke mana.
Subhanallah, peluang untuk hidup semakin hari semakin singkat.
Tapi kenapa kita selalu abaikan?
Padahal disana nanti akan kekal selamanya.
Solat adalah benda pertama yang akan dihisab.
Aurat... Juga sering lalai.
Bonda masih rasa tidak sempurna.
Nak ikut pesyen.
Nak ikut kata orang.
Nak ikut zaman.
Nak jadi cantik.
Nak jadi ikutan.
Nak jadi ratu.
Nak orang puji.
Nak orang sanjung.
Takut orang kata.
Takut orang keji.
Padahal api neraka sudah menunggu disana.
Subhannallah...
Bonda sedar tapi sering alpa.
Perlu selalu muhasabah diri.
Ni baru bab solat dan aurat.
Belum menyentuh hal lain.
Bonda sangat beharap semoga diri ini semakin menjadi yang terbaik.
Semakin tua semakin sedar diri.
Dunia hanya pinjaman semata-mata.
Sedarlah!


p/s : luahan rasa saja, takde kena mengena ngan sesiapa pun...










 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template