Sunday, April 24, 2016

Thursday, September 19, 2013

Restoran Upin Ipin

0 comments

Budak mana tak minat Upin dan Ipin? Aku rasa 95% memang minat tahap max! Aku jumpa gak orang tua pun layan U&I. Terbaikkk! Sebab tu la aku selalu buat kejutan kat NMR. Aku selalu plan ngan wan bw NMR makan kat U&I.
Aku penah cuba 2 cawangan je setakat ni. Bandar Baru Bangi dan Shah Alam Sek.13. Bagi aku kat Shah Alam lagi baik. Kat BBB sangat tak best! Sebab apa? Cer p try sendiri nanti korang tau nak nilaikan.
Tiap kali kejutan ni mesti NMR suka sangat. Bila sampai je kat depan kedai tu baru dia perasan tengok SignBoard. Terus jerit! Yeay, kedai Upin Ipin. Tapi aku tak selalu sangat p makan kat sini. Leh kata setahun tak sampai la 5 kali. Tapi ada sebab NMR suka J
 
 
 
Menu pun dah menarik budak-budak...


 
Betapa sukanya NMR dapat dating sini. Makanan yang menjadi pilihan sudah tentulah Ayam Goreng Upin & Ipin...
 
 


MMR tak tahu apalagi, kita tunggu setahun lagi macam mana...
 
 

 
Yang ni zon bahaya tapi nasib baik anak aku O.K yang tak O.K bondanya. Sebab tu aku beli towel U&I utk NMR. Dengan alas an towel yang biasa bawa pegi sekolah dah uzur so wan setuju.
Okey towel satuuuuu....
 
 
 

Taman Botani, Putrajaya

0 comments
 
 
mula-mula muka exited je si NMR tu, lama2 dia tak larat nak kayuh dah, kami plak tak larat nak tunggu lambat sangat :)
 
 
 



Minggu cuti panjang sempena Hari Malaysia kami manfaatkan di Putrajaya. Plan asalnya nak balik Kedah, Tapi wan ada hal yang tak boleh dielakkan, terpaksa batalk balik kampong. Tak apalak anak-anak., Kita masih boleh beronggeng di sini. Kebetulan macam-macam aktiviti minggu ni di Putrajaya, Ada pertandingan Bunga Api, Ada festival Kucing 2013 dan ada Pameran Monster and Dinosour. Tak lupa gak ada Tayangan 6D.
Jadi bermula pagi Sabtu kami bangun awal pagi bersarapan di Warung Bunian, pastu NMR sibuk nak kayuh basikal kat Taman Botani. Kami turutkan je, Padahal NMR bukan reti kayuh basikal lagi. Takde basikal pun kat rumah, Aku ada beli dulu tapi NMR tak minat pun nak kayuh. Sampai la dia besar dari basikal tu. Aku jual je terus!
Kat Taman Botani sewa basikal murah je, mulanya amik 3 basikal dan baby carrier. Bila nak amik basikal mamat tu kata MMR kecil sangat nak guna carrier tu, dia takut apa2 terjadi. Terpaksa cancel 1 basikal. Tapi tak pa, nanti boleh refund balik. Tetiba NMR plak tak nak kayuh basikal. Memang tak larat la sebab kawasan besar. Aku tengok pun tak larat., Tinggal 1 basikal yang boleh bawa orang kat belakang. Wan ngan NMR je yang ronda Taman Botani akhirnya.
Tengok anak-anak ceria paling seronok. Berpeluh2 dua beranak tu ronda Taman Botani. Wan kata sepatutnya aku yang kayuh kata nak kurus. Tapi ada sebab yang tak dapat dielakkan. Next time aku memang nak kayuh basikal puas2 kat sana.
 

MMR dah 10 bulan - 15/9/2013

0 comments
 

 
 
Alhamdulillah.... MMR aku dah 10 bulan. Apa MMR? Muhammad Mannan Riffat lor :) Kejap je masa berlalu kan. Masih teringat lagi kenangan malam tu. Aku mula rasa sakit sikit, aku cool lagi. Siap suh wan tido dulu. Tapi lama kelamaan memang tak tertahan dah, Tahan sakit sampai menitik air mata. Jam 4 pagi akhirnya aku terpaksa kejutkan wan. Nak ke hospital. Kami siap-siap sambil aku menahan sedih nak tinggalkan NMR aku tu. NMR? Nur Marsya Rania.
 
Tak tahu nak cakap rasa sayu sangat hati nak tinggalkan NMR tu. Ni la feeling seorang ibu, Aku rasa korang pun penah rasa. Dah la time nak ke hospital tu NMR tengah tido. Aku sempat cium pipinya dan tinggalkan dia bersama TokSu.
 
Sempat lagi aku singgah ke Mamak Kembar untuk Minum Milo dan 4 biji telur separuh masak. Kononnya nak kuatkan tenaga. Kali ni nekad nak bersalin normal. Doktor pun cakap aku boleh bersalin normal 99%. Sampai di HUKM, terus ke Wad Bersalin. Apalagi benda paling aku menyampah adalah SELUK! Apa???? Baru 2cm... Sedihnya. Sangkaan aku sakit ni dh 5 atau 6cm.
 
Akhirnya aku ditolak masuk ke Wad dulu. Dah nama pun sakit kan, memang aku tak boleh duduk diam la. Aku berjalan kesini kesana, Tengok orang ni orang tu. Tengok baby, Setiap 1 jam mesti doctor panggil nak check jalan. Sama gak macam pregnant yang dulu. Jalan memang lambat buka tapi sakit bagai nak rak.

Doktor siap tolong aku. Tolong katanya tapi sakit sangat. Tolong aku pecahkan air ketuban. Kononnya nanti jalan aku buka cepat. Waktu pecahkan air ketuban ni baru buka 5cm. Terus ditolak aku ke Labour Room. Dalam fikiran aku dah tak keruan. Dalam bilik semua semua benda dia akan buat janji kita boleh bersalin.

Aku dijaga oleh 4 orang Medical Student. Gagah ko! HUKM haruslah ramai student. Mula2 aku ok lagi. Boleh borak2 ngan wan. Makin lama makin kerap sakit tapi masih boleh bergurau senda laki bini. Tuptup aku kena induce la. Masyaallahhhhh.... Lepas ni, aku memang hilang kawalan, Tak tau nak cakap macam mana. Dos yang dimasukkan agak tinggi, Aku mengerang kesakitan. Budak2 keliling aku siap bagi aku minum. Wan tak abis2 ajar aku suh baca ayat itu ini, suh aku sabar tapi aku memang hilang kawalan lansung. Aku boleh tending katil tu sampai bergerak.

Malas nak ingat detik ni. Seksa sungguh, Tak cerita lagi bab Doktor asik nak menolong. Lagi tolong lagi sakit. Bukan calang2 tangan yang masuk dalam tu. Lama2 dos induce aku dikurangkan. Sebab keadaan aku amat terseksa. Sampaikan nurse suh aku bersabar. Mengucap bagai. Sambil tu pun aku dah request nak CZER. Aku memang dah tak tahan, lama aku dalam labour room tu. Mungkin aku dah takde upaya nak bersalin normal nanti.

Hasil perbincangan doctor-doctor tu aku dibenarkan untuk CZER kali kedua, Aku ditolak ke OT plak. Emergency lagi. Kali kedua. Memang aku takde peluang untuk bersalin normal. Tak apalah janji anak dan aku selamat. Syukur. Lahirlah anak lelaki aku sebagai anak yang kedua dalam keluar MR.

Dan kalau aku tau aku nak bersalin ikut tingkap ni, aku dah request tarikh lahir NMR pada 2 November. Waktu MMR pun EDDnya 7 November. Tapi sebab aku tunggu sakit secara natural jadi lahirnya pada 15 November. Masih November jugak la :) Alkisah bersalin kali kedua aku. Korang jangan ngeri sebab pengalaman bersalin setiap orang lain-lain. Baca sebagai pengalam ye...




Wednesday, September 18, 2013

Layan Anak Makan, Roti je pun...

2 comments
 
Apepun sanggup ibu-ibu buat untuk anak kan. Janji anak berselera nak makan. Ikut pengalaman aku yang tak berapa nak masin ni, budak-budak ni makan ada pasang surut. Waktu nak makan memang akan makan je. Tiba masa tak nak makan, puas la pujuk memang tak nak makan!
 
 
Bagi aku umur macam Mannan Riffat xde masalah lagi. Fasa ni semua benda nak masuk mulut. Pantang leka, ada je keje dia. Tapi lain bagi Marsya Rania. Memang jenis makan On oFF. Ada hari makan bagai nak rak, lapar memanjang, Ada masa langsung tak sentuh makanan, tapi susu berOZ!


Sebab tu aku menjadi rajin nak buat makanan comel-comel bagi anak makan. Suka beli benda-benda best untuk anak. Yang terbaru nak share ngan korang cutter ni. Sangat comel sebab leh membentuk makanan anak jadi comel. Aku buat roti ngan nasi. Cookies tak pernah cuba lagi.


Disebabkan cutter ni sekarang marsya request nak bawa bekal ke sekolah. Roti Nutella la, Roti Milo la. Apa yang ada kat rumah. Air memang biasa aku bekalkan Air Rebina. Tak kisah la kan janji dia ada bekpes! Kat sekolah memang ada tapi aku suka nak bekalkan dia jugak. Selalu rasa macam anak tak cukup makan....









 
 
 
Tengok muka anak-anak gembira aku sangat senang hati. Semoga anak-anakku membesar dengan kesihatan, kepintaran dan keredhaan ilahi, Amin






 
 
 
 

Wednesday, September 4, 2013

BFF berkumpul

2 comments

Asyik makan-makan je kalau Bulan Syawal kan? Berat badan pun naik macam di pam-pam. Aku lah tu, Nampak makanan terus lupa badan dah gemuk. Makan , makan dan makan. Mana taknya menu yang disediakan sedap-sedap belaka. Bayangkan satu hari sampai ada 7 jemputan. Termasuk kenduri kawin. Nak pecah perut.
Kadang ada umah aku kena skip juga, maklumlah ada anak kecil ni. Waktu anak tak buat karenah, memang best la. Waktu dia dah penat, tiada maaf bagimu. Nak makan pun tak senang. Tapi aku bersyukur sebab mannan riffat jenis yang tak banyak hal. Kalau lapar baru berbunyi. Kalau mengantuk dia mula merengek sikit, tepuk je tido. Alhamdulillah.
Malam jumaat lepas, kami berkumpul lagi. BFF Forever. Kali ni kami berkumpul kat rumah La. Dan kali ni juga ramai yang turun. 1 keluarga je tak datang. Aloy la sebab minggu lepas kan aloy dah naik KL. Tak kan tetiap minggu nak naik KL kan. Menu malam ni pun ada yang La masak, ada beli, ada yang aku bawa. Ayam goring dan Nuget je pun yang aku bawa J
Bila dah berkumpul ni mulalah semua kenangan lama keluar. Borak-borak sakan bab zaman belajar kat KUSZA dulu. Banyaknya kenangan di zaman muda mudi. Ada yang menarik ada yang macam menyesal je buat dulu. Tapi tu la kenangan kan. Pahit pun kenangan jugak.
Makan-makan, gelak-gelak, layan anak bergaduh, layan anak buat hal. Macam-macam kan? Sampai umah La pukul 9 malam, sampai pukul 1 pagi pun tak sedar. Tau-tau anak buat hal. Memang pun mengantuk gamaknya. Baru sedar dh awal pagi. Baru ada rasa nak bersurai. Tu pun sampai kat kereta masih lagi berborak. Nak byebye pun amik masa. Inilah penangan BFF. Dah berjangkit pun kat laki aku ngan laki La. Sekarang dorang plak selalu wasap-wasap ajak lepak mamak. Hambik ko!

Lagipun kami tak senang nak lepak-lepak macam ni. Maklumlah masing-masing duduk jauh kecuali aku ngan La. Bila dapat berkumpul hampir semua haruslah rancak. Dalam setahun ada kot 2,3 kali je berpeluang nak berkumpul. Dan yang menjadi impian kami nak berkumpul 7 keluarga sekali. Insyaallah….

 

 Bonda, Mama dan Ibu yang gojes :)
 
 
Birthday surprise untuk Umi. Happy Birthday umi. Kek ni sponser by AbiSol suami umiLya la. Kami bersepakat nak buat surprise malam tu. Walaupun abiSol jauh tak jadi masalah. Kami wakilkan. Kebetulan umi dating KL sebab nak menghadiri program. Sebab tu umi solo malam tu.
 
 
Muka teruja sebab dapat Rainbow Cake... Umi kata dia suka warna warni tu.
 
 
 Ibu imah la yang order kek ni. Sedapppp

Kami, tadaaaa! Tak cukup sorang.... Sedihhhh
 
 
Makan-makan, sedap menu IbuLa...
 
 
 Aktiviti harus. Amik gambar semua skali. Tengok waktu ni anak-anak kecil semua dah tido. Tanda nak kena balik rumah masing-masing.
 
 
 

Wednesday, August 28, 2013

Obesss?

0 comments

OBESITI merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.


Pada tarikh 28/8/2013 aku telah disahkan obesity oleh diriku sendiri. Sedih wey sedih. Aku rasa lepas bersalinkan Mannan Riffat ni la berat badan aku susah nak turun. Diet pun sama je. Ada ke aku diet??? Jawapan jujur aku memang tak ada la. Asik-asik makan je :( Aku bukan jenis yang leh tinggalkan nasi, jap lagi mula la angina satu badan. Sakit kepala bagai. Terus moody. Anak-anak macam mana kalau dah mcm tu? Suami macam mana?

Masuk ofis selepas cuti raya ni memang tak membahagiakan aku. Semua tegur aku makin gemuk. Orang ingat aku pregnant. Mana ada, aku tak pregnant la. Selera makan je macam orang bunting gajah, Semua Nampak sedap, semua nak makan. Ini la padahnya cuti raya lama. Aku tak salahkan cuti tapi memang salah diri sendiri. Orang lain boleh je berdiet!


Maka dengan ini ku istiharkan darurat untuk badan sendiri. Tak nak keterlaluan mengambil makanan. Bukan tak boleh, nafsu makan tu je yang tak leh kawal. Susah la badan gemuk ni walaupun tak berapa Nampak sebab aku tinggi. Tapi secara zahiriahnya aku terasa. Aku selalu letih, penat, mengantuk. Nak tido je. Memang tido paling best la dalam hidup seharian.


Berat badan ku 83kg sekarang, amik ko. Ada yang terlopong? Graf semakin naik tak turun-turun selepas bersalin. Tak pernah berat sampai mcm ni. Takkan aku nak tunggu sampai 100kg baru nak bertindak kan. Kena usahakan sekarang dengan izin Allah.


Aku nak cuba sesuatu tapi barang tak sampai lg, Insyaallah pasni aku selalu update tentang masalah obesity aku ni. Mana tau korang ada masalah yang sama? Aku nak makin tua makin sihat bukan makin tak sihat. Korang pun kan???? Jom la kita mengamalkan cara hidup sihat :)


Korang perasan tak? Aku ada tepek kalkulator BMI, apa lagi silalah peksa sendiri BMI korang, mudah je hanya letakkan angka yang berkaitan nanti kuar result! Macam aku kuar result.......




 
"OBESITY"
 
 
 


 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template