Thursday, April 26, 2012

Minggu ke-12

0 comments
Alhamdulillah, diam xdiam dah minggu ke-12 bonda (tukar nama berblog) preggy. Setakat ni semua bejalan lancar. Cumanya selera nak makan tu yang kurang. Memilih sangat. Nak yang sedap-sedap je, mahal-mahal je bak kata Chenta. Ye la, contoh macam ayam. Kalau masakan untuk lauk pauk dah tentu bonda tak makan. Tapi kalau KFC atau Chicken Chop laju je. Western food memang menjadi pilihan utama. Padahal dah tau benda alah tu tak berapa elok kan. Nak paksa makan pun susah. Kalau waktu bekerja ni, menu sarapan pagi memang sama. Teh Tarik ngan Nasi Lemak bungkus je. Nasi lemak yang sempoi. Menu makan     tengahari pulak, hari-hari Bihun Sup tak pun Bihun Kari. Tak jemu-jemu....

Hari Isnin lepas bonda dah pun Buka Buku Pink tu. Buku wajib terutama bagi orang goment ni. Selepas menunggu temujanji yang ditetapkan hampir sebulan dari bonda tau je bonda preggy. Lama juga nak buka buku tu. Ada beberapa prosuder yang kita kena lalui. Antaranya wajib buat Ujian Air Kencing, Wajib Blood Test, Wajib jumpa Nurse untuk Timbang Berat, Temuramah serba sikit, Check perut dan kedudukan Baby. Lastly wajib jumpa doktor! Settle semua leh la balik. Jangan lupa 3 temujanji Temujanji akan datang.

Disebabkan bonda ngan Chenta xcited nak tengok baby. Ye la, kalau korang preggy mesti tak sabar nak tengok baby kan. Ye ke kita preggy? Betul ke dalam perut ni baby? Lagi-lagi la bagi pasangan mcm kami ni yang dah lama rasanya xde baby. Lama ke? Baru 4tahun kot... Nak tunggu temujanji yang doktor goment bagi mak aii... Rasanya time tu dah terus leh tau jantina kot! Disebabkan baru je kembali semula ke Putrajaya ni, bonda perlukan research yang baru untuk cari klinik yang terbaik. Apalagi Pak Cik Google la jadi tempat bertanya, Lastly jumpa la ngan Klinik Maria. Ohh best! Dekat Alamanda je. Sambil tu leh pau Chenta yang baru gaji ngan penyelarasan 13% bukan????

Dr. Maria ni rupanya dulu bekerja ngan Klinik Pakar An-Nur yang kat Bangi tu kalau tak silap. Memang baik sangat doktor ni. Bonda, Chenta ngan marsya dijemput ke Bilik Prosuder. Perasaan berdebar! Nampak marsya begitu xcited nak tengok baby. Masyallah, aktif sungguh adik marsya ni. Sentiasa bergerak. Siap melompat sampai terangkat punggung lagi. Bila dapat dengar Heart Beat, lagi la. Bonda rasa nak nangis sangat. Tapi jantina xtau lagi la kan. Masih awal. Dan bonda memang ada plan nak p wat 4D scan nanti.

Jom nak share 2 keping je gambar!


dah ada tag "hijau" tu sebab dulu kes czer




adik Marsya yang sangat aktif
doktor pun teruja!




p/s: Pasni nak share cite kalau anda diberi pilihan nak bersalin Normal ke Auto? hahahaha.....

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template