Wednesday, August 28, 2013

Obesss?

0 comments

OBESITI merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.


Pada tarikh 28/8/2013 aku telah disahkan obesity oleh diriku sendiri. Sedih wey sedih. Aku rasa lepas bersalinkan Mannan Riffat ni la berat badan aku susah nak turun. Diet pun sama je. Ada ke aku diet??? Jawapan jujur aku memang tak ada la. Asik-asik makan je :( Aku bukan jenis yang leh tinggalkan nasi, jap lagi mula la angina satu badan. Sakit kepala bagai. Terus moody. Anak-anak macam mana kalau dah mcm tu? Suami macam mana?

Masuk ofis selepas cuti raya ni memang tak membahagiakan aku. Semua tegur aku makin gemuk. Orang ingat aku pregnant. Mana ada, aku tak pregnant la. Selera makan je macam orang bunting gajah, Semua Nampak sedap, semua nak makan. Ini la padahnya cuti raya lama. Aku tak salahkan cuti tapi memang salah diri sendiri. Orang lain boleh je berdiet!


Maka dengan ini ku istiharkan darurat untuk badan sendiri. Tak nak keterlaluan mengambil makanan. Bukan tak boleh, nafsu makan tu je yang tak leh kawal. Susah la badan gemuk ni walaupun tak berapa Nampak sebab aku tinggi. Tapi secara zahiriahnya aku terasa. Aku selalu letih, penat, mengantuk. Nak tido je. Memang tido paling best la dalam hidup seharian.


Berat badan ku 83kg sekarang, amik ko. Ada yang terlopong? Graf semakin naik tak turun-turun selepas bersalin. Tak pernah berat sampai mcm ni. Takkan aku nak tunggu sampai 100kg baru nak bertindak kan. Kena usahakan sekarang dengan izin Allah.


Aku nak cuba sesuatu tapi barang tak sampai lg, Insyaallah pasni aku selalu update tentang masalah obesity aku ni. Mana tau korang ada masalah yang sama? Aku nak makin tua makin sihat bukan makin tak sihat. Korang pun kan???? Jom la kita mengamalkan cara hidup sihat :)


Korang perasan tak? Aku ada tepek kalkulator BMI, apa lagi silalah peksa sendiri BMI korang, mudah je hanya letakkan angka yang berkaitan nanti kuar result! Macam aku kuar result.......




 
"OBESITY"
 
 
 


Tuesday, August 27, 2013

Sana'a Restoran, Cyberjaya

2 comments
Alkisah si aloy nak sangat makan nasi arab ni. Dari mengandung azza lagi. Sekarang azza dah 10 bulan. Nasib baik ailio azza tak meleleh... Kalau aloy turun KL asik tak sempat je nak ke Cyberjaya. Ada je hal. Tak aloy, aku.. Kesian aloy tunda punya tunda sampai raya tahun 2013. Alhamdulillah, ada rezeki ko loy, yang best La pun join sekali sebab La dah pindah dok area sini je. Memang best la. Yang lagi best, aku takde pun amik gambar makanan. Gambar kami-kami je banyak. Kang aku amik gambar makanan korang kata psyco lak :(
 
 
Sebelum ni kan kalau amik gambar atau aku update status ada kat Saba' ke, Sana'a ke atau kat Hammurabi, aloy mesti macam tingin sangat nak p makan. Sian dia. Skang dah dapat. Pasni aku leh sesuka hati nak update insta or fb. Jangan marah loy???? Lagipun setakat nasi arab tu, aloy pejam mata je masak! Kan loy????





alloy dan azalea, tomei-tomei budak kecik tu. jumpa next time mesti dah bleh jalan kan...
 
 



geng bapak-bapak. geng ni kalau dah sembang memang payah berhenti.
 
 


korang jangan Tanya nama roti tu? aku pun tak tau. Tapi memang sedap. Kami order satu tu je sebab besar. Hanya untuk budak-budak. Tapi tengoklah siap berebut-rebut, memang best!
 
 



Sana sini ada roti :) Sedap tau. Aku dan La bersama adik-adik kami, eh silap! Anak-anak kami :(
 
 



Menantu hantu! Bleh loy? Kami saje gurau-gurau yang Marsya ni GF si Amsyar...
 
 



Mak-mak mestilah kembar ngan anak-anak. Termasuk anak buah aku sorang dalam tu...
 
 

 
 
Mamat kat Sana'a ni pun aku amik gambar gak! Order bukan banyak mana pun tapi silap jugak. Bukan main ko amik order td pakai alat canggih. Sampai-sampai ada salah gak memang nak kena kan....
 
 

 
Kalau korang Tanya antara ketiga-tiga kedai arab ni, aku rasa semua ada kesedapan tersendiri. Semua ada keistimewaan. Harga makanan pulak, lebuh kurang je. Nak havoc dan ramai orang tentulah Saba'. Nak selesa dan bawa anak kecil leh dating Sana'a. Nak style open je, memang tak sesak langsung leh cuba Hammurabi. Semua area Domain, Cyberjaya ye kawan-kawan.
 
 
Kalau nak pergi tapi tak tahu leh ajak aku dan belanja skali ye :)


 

Monday, August 26, 2013

Aloy, La dan Tie datang beraya

0 comments

Alhamdulillah, apa yang dirancang menjadi. Jumaat malam tu aku dapat berkumpul ngan La, Tie dan Aloy. Korang dah tau kan sape dorang ni?

Aloy plan turun KL dr JB jumaat tu, apalagi kitaorang yang kat sini sangat teruja. Dah lama tak jumpa. Aku jumpa Aloy time dalam pantang tau. Rindu amat! Aloy dah la payah nak cuti. Memang payah sangat nak jumpa ngan dorang laki bini ni.

Bila dia konpem nak turun, aku plan la ajak La dan Tie berkumpul kat umah aku, kebetulan dorang berdua tu pun belum beraya kat umah aku lagi. Pasti gamat kan, walaupun baru 3 keluarga dari 7 keluarga sepatutnya.

Beria aku masak tau. Padahal tak berapa sihat tapi terbayang muka dorang semua rasa sangat tak sabar.  Nak berkumpul ramai-ramai ngan anak-anak sekali.

Menu aku simple je malam tu. Antaranya Rendang, Lemang, Masak Lodeh, Sambal Tumis udang. Adalah aku sediakan sikit pemanis mulut untuk anak-anak.

Malam tu, Tie dan La yang sampai dulu, Aloy sampai dalam pukul 11 malam. Tak rasa pun kelewatan tu sebab umah aku meriah macam siang, bising ngan suara anak-anak. Tak ketinggalan kaum bapa.

Masa aloy sampai lagi meriah, kami menjerit sekuat hati, berpelukan, Ngan anak-anak join sekali. Wah meriahnya… Borak dan borak tak jemu, ada aje isu, cerita. Gelak terbahak-bahak. Kaum bapa ada acara mereka sendiri. Diam tak diam, pukul 2.30pagi baru kami berpisah tau.

Itupun puas memanggil kaum bapa yang tak abis topic lagi, mak-mak ni sebab ada antara anak-anak yang nak ke sekolah esoknya, ada yang mula merengek, terpaksa la off topic segera, kalau diikutkan hati mau sampai ke pagi kami bergosssip…. J

Jom kita layan gambar yang tak seberapa ini :

 


 
ala-ala candy buffet gitu tapi tak boleh banyak-banyak, sakit gigi nanti...
 
 

 
 
kuih raya ada je lagi dan candy buffet untuk tetamu...
 
 



lemang pun beli je. gile ko nak bakar dok umah kerajaan ni. xpasal-pasal aku kena halau keluar dr umah kang :(
 
 

 
 
nasi impit. ala rebus je...
 
 

 
 
masak lodeh. tak ada nama lain kot, nama ni je yang aku tau. nama lodeh tapi sedappppp
 
 
 
rendang ayam kampong a.k.a pencen kot!
 
 


ibu-ibu yang gojes dan terselit anak yang bucuk masyam tu, buat perangai je nak merajuk. nasib mak ko cool semalam nak :)
 
 


 
gini la gambar kalau mengharap anak yang amik. takpe la janji ada rupa skit. okeyyyy la...
 



anak-anak kecil sebaya semua ni. dulu-dulu mak korang mengandung skali, sebelum tu mak korang p makan dan lepak-lepak kat kedai yang sama. Kedai nasi lemak antarabangsa Kg.Baru. Ada ayahDino korang panggil korang Baby Nasi Lemak. Aduyyyy
 
 



1 dara 2 teruna.. Dah besar jangan berubat ye anak-anak. Kawan baik-baik macam mak-mak ni ha...
 
 



Korang perasan tak? Minah dalam TV tu pun masuk sama. Hahaha bantai la. Ni pun hasil dari anak-anak gak yang tolong amik gambar mak-mak gojes :)
 
 

 
 
Wey, apesal aku ada gambar ni plak. Nampak no amik gambar kat tepon je. Mak tak kose nak guna kamera-kamera, mak malas. Amik henpon snap je pastu share. Ha ni la hasilnya. Layannnnnnn....
 
 
 

Pizza Hut Hot Box

0 comments

Korang pernah tak rasa nak demam tiba-tiba?

Petang khamis waktu aku balik keje tu memang aku tiba-tiba rasa nak demam. Tekak sakit sangat mcm bengkak. Badan kat dalam hangat tapi kat luar menggigil. Nak buat kerja memang tak terdaya. Hanya terbayangkan katil dan selimut. Sampai umah setelkan hal anak-anak sedikit, aku rehat.

 

Malam tu Pizza Hut je makan malam untuk wan. Eh Hebat kan, bini demam dapat makan best! Kalau tak demam, entah-entah makan telur goreng je J

 

Itupun terkebetulan sebenarnya tengok iklan Pizza Hut, mula la aku nak cuba kalau tengok set baru yang macam menarik dan harga berbaloi-baloi. Yang penting delivery ye…




 
 
 
 
Dengan hanya RM39.90 hanya dapat nikmati semua macam diatas :) Eh dah macam jurucakap berbayar Pizza Hut pulak. Tak la, aku tak dapat apapun. Saje kongsi ngan korang.
 
 
Pizza tu leh pilih antara 8 jenis pizza daripada family favourites. Pasta lak leh pilih salah satu daripada dua jenis yang ada tu. Creamy Carbonara dan Chicken Meatball Bolognaise. Dan yang lagi 3 side dishes tu memang tak boleh pilih yang lain.
 
 
Nak dijadikan cerita hari tu, delivery lambat gile. Huh dah la lapar kan, hujan renyai-renyai. Wan call Pizza Hut balik Tanya, itu ini itu ini lastnya dapatlah voucher free pizza for next time order. Boleh la kan dari tak ada :)
 
 
 
 

Thursday, August 22, 2013

Tragedi: Bas Jatuh Gaung di Genting

0 comments

Tragedi gaung Genting: Lebih 30 dikhuatiri maut

KUALA LUMPUR - Lebih 30 penumpang dikhuatiri maut apabila sebuah bas ekspres dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur jatuh ke dalam gaung sedalam 150 meter di KM3.5 dari Genting Highlands petang ini.

Penolong Pengarah Penguasa Bomba Wilayah Persekutuan Azizan Ismail berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.45 petang.

"Daripada 49 penumpang bas itu, seorang daripada 17 yang dapat dikeluarkan telah meninggal dunia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dikhuatiri lebih 30 mangsa yang masih berada di dalam bas itu maut, dan kini operasi mengeluarkan mayat sedang dijalankan.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa buah kenderaan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan ambulans berada di tempat kejadian dan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa.

Mereka menggunakan kren untuk menurun dan membawa keluar mangsa yang cedera. - Bernama

SUMBER - SinarHarian.my
__________________
 
Untuk yang beragama islam, Al-fatihah
 
 
 
Ramainya mangsa, takziah pada keluarga berkenaan
 
 
 
Bukan nak kata apa tapi memang teksi dan bas yang naik turun genting ni bawa laju-laju. Mungkin mereka rasa dah biasa. Tak ada apa yang perlu dirisaukan. Aku boleh dikatakan kerap gak naik genting ni. Kalau hujung-hujung minggu tak tau nak ke mana, kami akan ke Genting.
 
 
Kan bagus kalau la bleh jalan-jalan tu diperbaiki lagi. Boleh ke? Sebab memang semulajadi dah mcm tu. Bergaung! Ataupun kita sebagai pemandu yang patut lebih berhati-hati. Kena ingat banyak nyawa yang dipertanggungjawabkan. Bila dah jadi macam ni, Nak tuding jari kat sape???
 
 
 








Masyaallah, jauhnya bas ni jatuh. Tengok pada keadaan ni pun kita dah dapat agak keadaan mansa didalamnya. Tak boleh bayang keadaan masa kejadian, orang-orang didalam bas tu. Mereka jatuh bertimpa-timpa ke hadapan. Ngeri kan? Semoga kita semua terpelihara dan jauh dari malapetaka yang bermacam-macam masa kini.
 


 
 
 

Konvensyen BIDADARI 2013

0 comments
 
 
 
 
 
Wanita adalah pengerak kecemerlanggan ummah berdasarkan pembentukan akhlak dan peribadi anak- anak serta perkembangan islam. Perjalanan hidup seseorang wanita perlulah berlandaskan syariat islam dari segala aspek disamping menjaga peribadi serta akhlak muslimah itu sendiri. Tepatlah jika dikatakan muslimah itu adalah anak, ibu serta isteri dalam konteks kekeluargaan. “Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” Surah Al-Nur (24): 31 Muslimah kini haruslah bergerak mencari “role model” terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah R.A. isteri Rasulullah S.A.W. Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah R.A. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar. Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif. Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata. Selaras degan tuntutan kini yang dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran diri untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik, maka pihak imuslim ingin turut serta meyumbangkan tenaga ke arah pembentukan muslimah sejati,ummah terbaik. Oleh yang demikian pihak kami merancang untuk mengadakan satu program yang boleh dijadikan landasan untuk para muslimah, mencari dan memperbaiki diri, di samping menambahkan ilmu pengetahuan dari aspek perjalan hidup. Semoga program ini mendapat keredhaan dan pertolongan darinya. InsyAllah.

“Inspiring Muslimah, Empowering Ummah”
 
Senarai Speaker Konvensyen Bidadari :
1. Puan Wardina Safiyyah
2. Ummi Rose
3. Ustazah Fatimah Syarha
4. Prof Dr Muhaya
5. Dr Harlina Siraj
6. Puan Jamilah Samian                                                                
7. Puan Azzah Abd Rahman
8. Dr. Rubiah Kulop Hamzah
9. Ustazah Nadzirah Muhammad
10. Cik Mayanni M.
11. Puan Munna Izzah Dato’ Fadzil
12. Ustazah Nurhafizah Musa
13. Puan Zaliza
 
 
 
 

 
 
 
 
 
Insyaallah, minggu depan aku akan join konvensyen ni. Korang rasa best tak? Berjalan selama 2 hari di PICC. Pagi sampai la ke malam. Kalau sape yang ada anak kecil tak tau nak letak mana, pihak penganjur ada sediakan nursery juga. Mudah kan?
 
 
Aku amat tertarik dengan senarai nama penceramah. Hebat-hebat belaka. Dan ilmu yang akan disampaikan tu lebih berharga daripada duit yang aku keluarkan untuk membeli tiket. Tengok tajuk ceramah pun dah best. Yang lagi best sebab si imah dan si lia BFFKU join sekali :)
 
 
Pasni aku share ngan korang lak ilmu apa yang aku dapat ye. Semoga kita semua menjadi wanita solehah dunia dan akhirat, amin.
 
 
 

Livingsocial: Nando's

0 comments

Nando's Malaysia

[Instant Redemption] Full Platter (worth RM61.50 nett) consists of a whole PERi-PERi flame-grilled chicken, basted in your choice of 4 PERi-PERi flavours (Lemon & Herb, Mild, Hot, Extra Hot) with either 2 Large or 4 Regular Sides (34 Outlets) - RM 33 je tau !!!


What You Get: Full Platter (worth RM61.50 nett) consisting of a whole PERi-PERi flame-grilled chicken, basted in your choice of 4 PERi-PERi flavours (Lemon & Herb, Mild, Hot, Extra Hot), with either 2 Large or 4 Regular Sides. Perfect for sharing for 2 – 3 pax (RM33)


Semalam aku dah try tau. Sebab Alamanda tak boleh nak guna voucher ni jadi aku p Cyberjaya. Aku pegi bertiga dewasa dan 2 orang kanak-kanak cilik tu. Bukan nak kata apa la, mmg berbaloi. Kenyang sangat. Korang cuma tambah air je. Amik je Ice Lemon Tea tu, free refill lagi. Semalam kami refill beberapa kali. Memang berbaloi la.

Aku amik ayam tu yang mild je sbb Marsya Rania nak makan sama. Side dish plak aku amik yang regular, leh rasa 4 jenis sekali kan. Tu pun kena sumbat gak mkn sebab memang dah kenyang. Alhamdulillah. Sebab tu kadang-kadang aku suka gak sihir voucher-voucher ni sebab berbaloi. Murah dan puas makan :)






Side Dishes aku pilih Rice, Potato Wedges, Chip dan 3 Bean.
Jadi korang pasni leh la kot nak mencuba beli voucher-voucher mcm ni :)
 
 
 

Kawan-kawan baik a.k.a B.F.F

0 comments
Korang pun mesti ada kan?
 
Aku ada kawan-kawan baik. Ada 6 semuanya tak termasuk diri sendiri la. Baik amat! Nak tau mcm mana kami jadi kawan baik? Yang best nak syer kami amat baik tp duduk di lain-lain negeri. Haaa ko hado??? Selalu kawan baik kita ni orang keliling-keliling kita la kan, ni yang biasa aku tengok. Kat opis, p makan sama, p mana-mana pun sama. Tu terjadi gak kat aku zaman muda-muda dulu. Skang tak kose mak. Sorang pun jalan je. Allah ada :)
 
 
Kawan baik aku ni mula kenal dan bermesra di KUSZA, Terengganu. Banyaknya kenangan kat sini tak bleh diungkap. Ewahhh! Sungguh wey, tak sungguh tak taip sini la. Sampailah kami berpisah dengan haluan masing-masing. Senyap sekejap. Tau cerita pun dari jauh je. Ada yang sambung belajar, ada yang kahwin awal dan ada yang dok negeri orang putih. Kelasss kan kawan-kawan aku??? Memang kelas sebab kawan-kawan aku semua keje bagus, Alhamdulillah aku tak silap memilih kawan.
 
 
Kitaorang menjadi semakin sakan dan akrab bila adanya teknologi canggih macam wasap dan fb. Aku ada geng wasap. Geng fb. Jadi hari-hari kami akan berhubung. Walaupun masing-masing jauh dan sibuk ngan tugasan harian, tapi kami tetap berhubung. Best tau. Segala hal, masalah leh syer sama-sama, cari jalan penyelesaian. Takde la kelibut nak piker sorang. Sampaikan nak beli baju tudung semua kami kongsi.
 
 
Ni belum lagi bab sihir nak beli barang-barang yang best. Sorang dapat info habis syer ngan semua. Kadang jadi bankrap gak la tetiap bulan, Ada je terbeli ko!!! Jadi best lagi bila syer bab anak-anak. Anak demam ke, anak cirit birit ke, anak selsema ke, semua membantu bagi petua itu ini. Bab duit pun layan. Slalu bantu membantu dengan bantuan M2U. Tengok semua guna teknologi kan???
 
 
Tu aku kata tadi, walaupun kami duduk jauh-jauh tapi macam dekat je. Kadang laki memasing jeles, henpon tak lepas kat tangan. Ada je nak update!
 
 
Meh aku kenalkan sorang2 :)
 
Selatan :
Kami ada aloy, nama mesra kitaorang la. Ibu kepada amsyar dan azza. Kepakaran dalam bidang memasak dan mengemas rumah. Sangat rajin mengalahkan kami semua. Apa-apa nak masak ke tanya resepi ke selalu refer ngan aloy. Husband aloy pun dh paham sgt ngan kitaorang semua. Best la Bigbots ni....
 
 

 
 
Ada mama tie jugak. Tie vogue ok. Macam anak dara lagi walaupun beranak 2. Anak dia dah besar-besar semua. Dua-dua lelaki. Tie plak kepakaran dia aku rasa lebih pada suri rumah tangga. Sebab dia je yang tak bekerja antara kami. Korang tengok sendiri, muda remaja kan????
 
 

 
 
Next, La Senorita sebab memang cantik tau. Sesuai La ko guna nama ni. Aku skang dah dekat ngan La. Sebab dia dah pindah dari Ampang Ke Puchong. Skang kami lagi kerap berjumpa. Terpaksa redha je la Abah D si suami Ibu La. Dan Ayah Wan si suami aku. Hahaha... Anak aku ngan anak dia pun menjadi kalau jumpa. Lama tak jumpa asik disebut-sebut je. Kepakaran La dah tentu dalam bidang kecantikan. Sebab dia kan cantik! La, sila belanja aku okey :)
 
 
 
 
 
 
Utara :
Kat Ipoh aku ada Imah a.k.a Ibu Imah. Ibu kepada budak bam-bam rayyan. Ibu bekerja sendiri. Bisnes minded ok minah ni. Ada kedai sendiri. Kepakaran imah aku rasa dalam dunia perniagaan la. Dia ni la selalu hasut kami-kami suh beli itu ini. Hasutan dia kuat sebab dia ada kedai online gak. Korang free leh p kedai dia kat fb. Try search fb dia Puan Imah Salmi. Nanti korang jumpa la link kedai dia.
 
 


 
 
Si gojes mamaLyah. Ni kepakaran dia dalam bidang fesyen, Memang pakar wey, jadi tempat kami buat rujukan gak ni. Sesuai ke tak, kena ke tak. Nak buat fesyen apa. Semua dia terror. Baru ada sorang anak lelaki, Dhani. Mungkin akan dating ada baby girl plak. Aku doakan ko lyah.. Amin. Lyah tinggal kat Kulim, Raya ni Alhamdulillah aku sempat p rumah lyah. Korang tengok sendiri baju dia. Gojes kan???
 
 

 
 
Last skali tentulah wanita hebat ini. Kaunselor ok. Bertauliah! So korang tau la apa kepakaran dia. Tempat rujuk kami gak. UmiLia, ada syarikat sendiri. Suami isteri bisnes minded. Memang salute kat diorang. Sangat Berjaya! Ada sepasang cahaya mata. Iffa dan Qayyis yang cerdik. Dah besar-besar jugak. UmiLia dok kat Alor Setar. Ha, tenung lama skit, Nampak tak nama company dorang. UWAIS ok :)
 


 
 
Untuk korang semua :
Aku sayang korang, macam biasalah anak-anak korang anak aku jugak. Laki korang? Kawan baik laki aku gak :) Aku doakan korang Berjaya dunia akhirat. Semoga persahabatan kita berkekalan.
 
 
Untuk yang membaca :
Pasni kalau aku banyak kali ulang nama-nama dorang ni, jangan marah ye. Korang dah tau kenapa kan. Kawan-kawan baik aku ni separuh dari hidup aku seharian :)
 
 
 
 
 




Wednesday, August 21, 2013

Kisah si Mannan Riffat

2 comments
Al-kisah hero kecikku Muhammad Mannan Riffat. Diperkenalkan kepada korang semua. Dah besar dh anakku ini. 9 bulan dah, Alhamdulillah... Tak kenal pun korang kenal dah kan. Selalu je aku buh gambar kat Insta dan FB.
 
Mannan Riffat nama samaran dia. Panjang ek? Ala lama-lama korang biasalah. Lahir pada 15 November 2012 di HUKM. Lama wey budak ni teperap dalam perut aku. Ekceli due date 7 November je, dah cukup 9 hari lewat tup-tup malam tu sakit. Makin lama makin kuat. Tapi aku buat tak tau je. Tunggu dan tunggu sampai kul 4 pagi memang dah tak tahan. Kejut husband ajak p hospital. Ingatkan jalan dah buka besar. Sakit tak sanggup, tak tertahan...
 
Kuar umah sempat p mamak dulu. Aku bantai milo panas ngan telur separuh masak 4 biji. Konon nak bertenaga. Aku kan masa bersalin Marsya Rania kena emergency ceaser. So kali ni konon nak prepare bebetul la sebelum meneran kat labour room nanti.
 
Sampai HUKM cek jalan, alamak baru 2cm. Sakit dah tak tahan dah, Aku dah tak boleh duduk. Berjalan je. Disebabkan br 2cm kena masuk wad dulu. Dah dalam wad pun sama dok berjalan tak sudah sbb nak jalan buka cepat. dh hamper 5 jalan br 5cm. Kiranya 1 jam 1cm. Tapi sakit makin menjadi-jadi. Disebabkan aku ada kes operate yang lepas, so doctor takut nak tunggu lama-lama.
 
Jalan pertama doctor bantu aku. Dia cucuk bagi air ketuban pecah. Masa tu aku tak rasa sakit pun sebab contraction lagi sakit. Dah pecah tu tolak aku p labour room. Kat sana doctor bantu plak ngan induce. Masyaallah... sakit macam nak mati. Aku memang hilang malu dah, Baring pun dah tak diam. Sekejap mengiring ke kiri sekejap ke kanan. Sampai satu tahap aku tendang katil tu. Bercerai jadi dua, korang leh baying tak? Kan katil tu memang leh asingkan kat area punggung tu...
 
Sama je wey, jalan tetap 6cm. Doktor tolong lagi buka jalan, Sesedap rasa dia jolok2 ngan tangan. Oii sakit la ngok!!! Ingat aku ni apa. Akhirnya aku mengalah, Aku siap menjerit nk czer. Nurse-nurse kat situ baik-baik semua. Suh aku sabar dan beristigfar banyak-banyak. Akhirnya ke Bilik Bedah juga.
 
Lahirlah anak ini kedunia. Seberat 3.47kg. Takde la besar mana pun ko nak. Doktor yang memandai kata baby besar...baby besar.. Tapi aku bersyukur, tak kisahlah sakit macam mana pun, tengok muka anak, bahagianya. Wan lagilah seronok, dapat geng baru. Lelaki :)
 
Maka sekarang ini status aku bonda beranak dua dan dua kali juga belah perut. Kalau ada rezeki untuk yang seterusnya memang aku pasrah kena belah perut juga. Dah itu rezeki untuk aku, Lengkaplah anak-anakku seorang perempuan dan seorang lelaki. Amin. Semoga amanah ini membesar dengan sihat dan sentiasa dibawah lindungannya...
 
 
 




 
 
 
 
 
 

Selamat Hari Raya :)

0 comments
Assalamualaikum...
 
Lama tak bersua kan. Ada kot 9 bulan kalau ikut umur Mannan Riffat. Ye la entry bawah ni yg aku tulis bab tak bersalin-salin lagi. Memang pun kali kedua ni lg lewat dari kakaknya, Dugaan sungguh tapi ape2pun dah selamat kan. Alhamdulillah.
 
Ha dh agak dh aku melencong cite bab lain plak, nanti-nantilah aku cite bab bersalinkan my encem boy Mannan Riffat tu. Ni dah 14 Syawal baru nk menceceh kat sini. Ala bleh je sebab masih syawal kan. Aku nak minta maaf kat semua yg membaca blog ni. Tak kisah la yang kenal ke yang tak kenal ke. Nak ucap SHR gak... MZB... paham tak short form tu???? Aku rasa korang semua lagi terror dari aku bab nak memendekkan ayat kan...
 
Alhamdulillah, aku berkesempatan lagi untuk berpuasa dan berhari raya tahun ni. Puasa penuh kecuali ABC je la. ABC? = Allah Bagi Cuti * Raya pun meriah macam sebelumnya cuma kali ni beraya ala-ala Bandar je la. Tahun ni raya kat umah mak aku dulu di Shah Alam. Nak balik kampong di Kuala Selangor memang tak dapat la. Semua tinggal kenangan je. Umah tu buat masa skang dh disewakan. Sampai bila tak tahu lagi, Ya Allah sedih bila mengenangkan umah tu. Umah aku membesar penuh ngan kasih sayang. Al-fatihah buat semua yang duduk dirumah tu dulu :(
 
Malam raya tu aku tido umah mak di Shah Alam. Best la juga sbb ada Mak, Ayah dan adik 2 orang yang masih belajar, Adik yang dh berkahwin tahun ni balik ke rumah mertua, pagi-pagi raya tunggu dorang balik sembahyang raya, makan siap-siap terus balik kg ayah di Melaka. Hurm kat Melaka pun dok Homestay juga :( tak adalah suasana berkampung tu.
 
 


Ni kat Melaka. Umah sedara ayah aku, payah betullah nak bergambar elok-elok bila ngan anak-anak ni. Bila yang kakak ok yang adik tak tengok kamera lak. Bila adik ok kakak buat hal pulak. Begitulah jadinya. Yang aku tepek ni kira yang ok la. Tahun ni konon2 tema purple. Bantai la kan, tak penting mana pun bagi aku. Ada pakai, xde xpe...




Korang tengok ni, kan dah cakap. yang ni kakak pagi2 buat hal dah, Bukan main moncong2 lagi ye Marsya Rania. Nasib raya nak, xde la bonda kau ni nk jadi singa pagi-pagi, Layan kan je la. Biasalah ngan bebudak ni kan. Nasib baik yg kecik tu memang tak pandai buat perangai. Senang nak bawa berjalan. Senang nak urus, Alhamdulillah... Oh lupa, ni raya kedua, amik gambar depan homestay..



 
 
 Raya keempat kami balik Alor Setar. Cer teka muka sape paling ceria? Senyum je. Aku jangan tengoklah memang semua gambar aku menyengeh. Ni  bertolak selepas subuh dr Putrajaya. Alhamdulillah jalan raya lancar je. Balik ke Putrajaya pun jalan lancar. Alhamdulillah.

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template