Tuesday, October 30, 2012

Bermula cuti 3 bulan

0 comments
Assalam...
Esok bermula lah cuti bersalin saya selama 3 bulan. Akan bertugas semula insyaallah ujung Januari. Tapi dah plan nak sambung cuti sampai awal Februari. Walaupun belum bersalin lagi tapi saya amik cuti seminggu awal. Tak larat dah rasanya nak duduk kat kerusi ni. Sakit pinggang. Saya dah genap 39 minggu hari ni. Dengan membawa perut yang besar macam kembar ni. Nak gi toilet jauh, nk solat pun payah sebab takde kerusi. Kena duduk bawah, bayangkan bila nak bangun... Oh tidak!
 
Ada orang berpendapat cuti awal ni rugi. Sebab kita tak konfem pun bila bleh bersalin kan. Tapi kalau dah tak larat macam mana? Datang opis pun tak buat keje. Malas! Ingat tak dulu kita cuti 2 bulan, cukup je, puas je jaga anak. Ni ada 3 bulan, gunakan sebaiknya. Jangan jadi kuli sangat. Adakan masa untuk diri sendiri juga. Jangan stress nak terima orang baru ye :)
 
Biarlah saya merehatkan diri di rumah. Membaringkan diri. Ohh bestnya. Lagi satu skang ni suka sangat tido. Kat opis pun bleh tertido. Ish kurang sopan tau. Saya tak biasa buat kerja tu. Tapi sekarang memang kerap buat. kuikuikui...
 
Doakan juga saya selamat bersalin nanti. Due date saya minggu depan 7/11/12. Tapi kehendak hati ni nak 2/11/12. Amen.... Sebab korang dah tau kan. Sama tarikh ngan marsya la. Jumaat ni marsya dah genap 4 tahun. Budak lahir ujung-ujung tahun ni untung kan. Umur muda dah masuk tahun baru.  Adik pun baby ujung tahun gak. Suami je awal tahun. Cepat tua ar...
 
Tapi masa berlalu begitu pantas sekarang. Esok-esok cukuplah cuti 3 bulan tu. Kena kembali bekerja. Anak dah 2. Wow, marsya dah sekolah. Saya dah kurus ke blum? Jengjengjeng... Entah lah. Niat tu memang ada tapi tercapai atau tak tu tak tau la.
 
Saya dah pun kemas meja ni macam nak pindah p tempat lain. Semua kemas dan teratur. Itu memang sifat semulajadi saya. Hehe. Tak suka la serabut serabai semua tu. Biar sedap mata memandang. Keje pun takde yang pending. semua setel. Tapi kalau ada kerja terbaru, saya dah ada orang yang tanggungkerja. So xde masalah. Harap semua berjalan lancar. Saya akan merindui pc ni *sobsobsob*
 


Wednesday, October 24, 2012

Nama adik

0 comments
Assalam...
 
Sedang terfikir kembali nama adik yang bakal lahir. Kalau boleh nak NMR gak. Apakah? Cuba berfikir lagi...
 
 
NUR MARSYA RANIA
N.......... M............ R...........
 
Korang tau? Jom la syer... Bagi untuk girl n boy ye...
 
atau ada idea yang lain, tunggu idea dr suami je la :)
 
feningfeningfening  #$%^&*@

38 minggu dah!

2 comments
Assalam...

Wah macam baru semalam je menerima berita gembira ni. Apa? peknen? Amin, Alhamdulillah, Rezeki tahun 2012. Kini perjuangan hampir ke penghujung. Ye saya dah 38 minggu hari ni. Dupdapdupdap makin terasa tapi perasaan excited pun menjadi-jadi. Asik menatap gambar 4D scan adik je. Suami pun sama. Hahahaha... Sabar :)
 
Insyaallah sempat beraya kot, nak cakap banyak pun tak berani. Raya ada lagi 2 hari dan dalam masa tu banyak je yang benda boleh berlaku. Tapi saya berdoa, minta suami doa, kawan-kawan doa supaya saya bersalin awal november nanti. Tapi kena ingat, kita hanya mampu berdoa, allah penentu segalanya. Allah adalah sebaik-baik perancang kan. Saya redha je asal kami berdua selamat dan sihat.
 
Persiapan almost done! Rasa takde apa nak beli lagi dah. Semua ada. Untuk adik dan untuk bonda. Lengkap! Tq Allah dan suami. Ni la cara orang nak berpantang sendiri. Kena buat persiapan sendiri. Takde sape nak diharapkan lagi. Ushh sadis :(
 
Jom nak share apa persiapan yang saya buat untuk diri sendiri :
 
1- Kelengkapan dari awal hamil - pantang. Ye saya ambil Salindah. Memang ni resepi turun temurun rasanya. Dari mama sampai la saya adik beradik memang amik Salindah.
 
 
2- Selepas pantang saya memang akan sambung makan Salindah untuk dalaman. Tapi luaran kali ni saya try set bersalin Ibu Halimah. Luaran saja ye macam pilis, param, bedak sejuk, tungku dan macam-macam lagi. Teringat masa marsya dulu, tetiba nak cari benda alah ni semua tak jumpa kat Putrajaya ni. Tambah saya dan suami memang tak amik tahu bab ni. Tak merasa la nak berpantang cara tradisional. Kali ni macam nak pulun habis-habisan.
 
 
3- Bengkung Tradistional. Harapan amat tinggi untuk bersalin secara normal. Dah bincang ngan doktor. Korang pun doakan ye, Bermacam-macam usaha dan petua yang saya amalkan. Saya ada 3 jenis bengkung. Traditional dan moden. Andai kata kena belah perut, saya akan pakai bengkung moden la :(
 

Bengkung Traditional
 

 
Bengkung Moden

 
4- Persiapan nak masuk dewan bersalin. Kali ni saya campur moden dan traditional. Alhamdulillah semua dh sedia. Air selusuh, Akar kacip fatimah dan tuala kecik. Nak gigit waktu push! hehehe...
 
 
 
Air selusuh saya dapatkan dari As-Syifa'
 
 
Akar kacip fatimah membe opis pinjamkan
 
5- Mak Cik urut a.k.a jaga umah a.k.a masak a.k.a jaga saya, baby dan marsya. Saya ada kenal baik ngan sorang makcik indon ni. Dia kerja sebagai tukang cuci kat Hospital Sungai Buloh. Kan saya dulu pernah berkhidmat kat sana sekejap. Memang makcik ni urut saya tetiap bulan. Best je. So saya ada offer dia untuk kerja ngan saya. Mulanya suami suh amik untuk 44hari berpantang, tapi bila saya bincang ngan kawankawan lain, 2 minggu dah memadai. Lepas tu insyaallah kita dah kuat. Jadi saya dah booked untuk 2 minggu ngan makcik ni. Wah syoknya, tak sabar nak bertungku, tangas, urut dan berbengkung :) Bila ada orang nak buat dan jaga ni, rasa macam lebih semangat!
 
6- Set Herbalife. Nak kurus dan tambah susu untuk adik. Kali ni pun macam biasa nak fully breastfeed, insyaallah...
 
 
Fikir punya fikir, antara ni ngan 1 jenis lagi suppliment yang agak femes masa kini, akhirnya saya pilih ni. Ye, ni lebih sedap kot. Saya dengar cite yang sejenis lagi tu walaupun dalam bentuk tablet tapi payah nak makan. Agak besar dan berbau sedikit. Mahal memang mahal 2 kali ganda herbalife ni tapi sedap :) Pilihan ditangan anda kan...
 
 
Rasanya ni je yang penting untuk saya nanti. Oh ye, kalau saya kena czer, saya akan tambah ngan Pati Ikan Haruan. Sehari sebotol sampai abis pantang. Ni kisah 4 tahun lepas la. Tak sedap tp bila dah minum hari-hari, sedap je :)
 
 
Untuk adik plak :
 
1- Tentunya pakaian, pampers dan peralatan biasa yang baby pakai macam lotion, baby oil dan lain-lain. Semua nk saya dah borong time Baby Expo kat Mid Valley. Pampers stok memang banyak sangat.
 
2- Breastpump. Yang dulu dah letgo. Kali ni beli breastpump baru. Wah xcited saya nak guna sebab saya beli 1 set siap ngan beg yang cantik.
 
3- Stroller dan Car Seat. Dah stanby. Buat masa ni adakalanya kakak marsya yang guna. Ngada-ngada kan. Skang ni nak bermanja terlebih-lebih.
 
4- Baby Cot dan Bedding Set. Saya dah beli dan dah tempah. Now ada kat umah tinggal nak sarungkan je. Cot tu suami memang dah siap pasang, senang kan.
 
5- Ubat elak demam kuning, ni pun kira turun temurun memang amalan saya sekeluarga. Dan alhamdulillah, tak kena demam kuning. Baby lahir je kami suapkan secara sorok-sorok. Mana boleh terang-terangan, mampus nak kena sound ngan nurse atau doktor. Janji baby sihat.
 
6- Ubat buang kahak. Yang ni pun turun temurun, wah kagum saya, walaupun hidup di dunia yang serba moden ni, ada gak turun temurun tu. Ni pun saya akan bagi sejak baby lahir, bagi skit je. Alhamdulillah, anak saya memang tiada masalah kahak-kahak ni. Kalau demam pun biasa je. Skang ni saya kesian tengok anak kawan-kawan yang kalau demam skit, kena p sedut kahak. Sakit kan? Kena admit ward la. Kesian kecik-kecik lagi dah kena masuk wad.
 
lagi??? ni je kot. hehe. Kalau ada yang terlupa, mungkin skit-skit je lagi. Tak penting pun...
 
 


Thursday, October 18, 2012

Husband ke Melaka

2 comments
Assalam.
Hari ni dah hari ketiga suami tkde. Ada keje di Melaka bermula Selasa haritu lagi. Sebab tu saya p checkup kat PPUKM sorang :(
 
Selasa tu pun suami yang p anta Marsya umah pengasuh. Suami wasap saya, cerita yang anak dara kesayangannya tu bersedih. Menitis air mata sebab ayah nak p keje jauh dan tak balik beberapa hari. Ni la kisah suami saya dan anaknya. Pelik! Kalau kat umah tu ada saja tak kena, bergado aje. Suami memang suka menyakat. Tapi kalau berjauhan sekejap, macam orang bercinta.
 
Harihari la anak dara ni sibuk tanya, ayah mana? nape ayah tak balik tido ngan marsya? ayah kan kena tido ngan marsya? nape ayah tido sana?
 
Adui rimas saya. Asik-asik ayah je. Sampaikan orang anta makanan delivery pun dia sangka ayahnya. Orang tu ketuk pintu, dia siap menyorok belakang kerusi. Sebab dia biasa buat macam tu bila ayahnya balik keje. Nanti suami saya purapura cari dia. Suka la dia :) Tapi sedih gak kan tengok dia macam tu.
 
Ayahnya pun sama. Tak keruan jiwa. Selalu wasap tanya pasal Marsya. Siap pesan ngan saya amik anak awal dari umah pengasuh. Saya  harihari buatkan video call kat ayahnya. Bukan main suka. Memang saya tak dapat cakaplah. Ayahnya siap suh saya datang Melaka bawa Marsya. Kebetulan ada bilik. Adui, saya dah la menunggu hari je ni. Hari ni pun suami suh p sana, tengoklah nanti. Sedang difikirkan... Kesian kat Marsya, so saya plan ngan suami tunggu weekend ni kita bawa dia berjalan. Tapi ayahnya kalau boleh nak saya bawa Marsya p sana jugak :)
 
Saya pun kenkadang ada keje luar juga tapi tak la seteruk ni rasanya. Ingatkan saya yang parah ingatkan anak, rupanya suami lagi parah. hehe... Kasih sayang seorang ayah namanya ni :)
 


Baby November

0 comments
Assalam...
Alhamdulillah, masih sihat dan bekerja. Doa dan terus berdoa agar adik kuar awal bulan November.
 
Ya Allah,
Kau yang maha mendengar
Aku mohon padamu ya allah
Mudahkan proses bersalinku
Agar aku dapat bersalin secara normal
Sihatkan kami berdua ya allah
Aku dan anakku
Lindungilah kami
Sesungguhnya engkau yang maha pengasih lagi maha penyayang
Aku mohon padamu ya allah
Agar aku selamat melahirkan anakku pada awal bulan November
Ya allah ya tuhanku
Engkau saja tempatku memohon dan mengadu
 
Rabbana atina fiddunya hasanah
Wafilakhiratihasanah
Wakinahazabannar...
Amin...
 
 
Tapi, kalau ditakdirkan saya bersalin awal dari tu pun takpe kan...
Janji kami dua-dua sihat. Allah know the best for us!
 
Sebab saya nak sangat bersalin November kan :
 
1- Minggu depan hari raya haji, mama dah plan nak buat makanmakan kat umahnya. Ohh rendang mamaku memang tiada tandingan, dok terbayang dah ni. Menu-menu lain yang pasti best. Mamaku kan tokey catering. So xpayah nak cakap bebanyak la kan :)
 
2- Nak samakan bulan November tu ngan kakak Marsya, tapi kalau Oktober pun leh sama ngan saya. 25/10 tu tarikh lahir saya :)
 
3- November tu saya 39minggu, so rasa elok-elok je nak bersalin. Leh naik keje awal bulan Februari. So Januari tu leh setelkan kakak Marsya sekolah.
 
 
Cukuplah 3 alasan ni kan??? Nak listkan macam banyak je lagi, malas nak taip dah...
 
 


Tuesday, October 16, 2012

CheckUp @ 37w PPUKM

2 comments
Assalam...
Ye td saya p follow up. Macam biasalah kan, amik berat, cek tekanan darah, cek urine dan scan. Bab scan ni yang paling saya suka. Teruja je setiap kali nak tengok baby. Scan pun semua ok. Takde masalah. Berat baby antara 32-34kg dah, alhamdulillah :)
 
Pastu tunggu nombor untuk jumpa doktor. Hari ni agak ramai orang, sampai kul 11pagi pun tak setel lagi. Biasanya waktu ni aku dh otw balik opis. PPUKM ni jarang sgt nak bg MC kecuali lebih kul 12tgh. Memang free je dapat. Tetiba nombor 9007 ting!ting!
 
Saya masuk bilik doktor. Kali ni pergi sorang je sebab suami kena p Melaka sampai Jumaat. Tak best la bila suami xdapat temankan. Bosan! Tapi demi tugas mencari rezeki untuk saya dan anak-anak, saya relakan :(
 
Ok, doktor cakap bebila je saya boleh bersalin. Dah cukup 9bulan. Kalau orang tua-tua cakap tunggu hari je ni. Tapi adik baikkan, tunggu ayah balik ye. Kalau bleh bonda nak 2.11.2012 br adik kuar. Kiranya bulan November la senang. Sama ngan kakak marsya nanti. Bulan Oktober pun nak abiskan. Minggu depan nak sambut raya haji plak. Bagi bonda makan rendang kat umah nenek dulu ye adik. Amin...
 
Conclusion, semua ok. Takde temujanji ngan PPUKM dah. Sakit je terus p sana. Kalau overdue plak, sampai 16.11.2012, kena serah diri je. Tapi minta-minta tak lah. So skang tinggal temujanji saya di K.K Putrajaya je setiap minggu plak tu. Takpe la, dah ujung trimester ni je :)
 
Tadi saya tersenarai untuk mendengar ceramah Penyusuan Susu Ibu... Dapat lah free gift :)
 




 
Bestkan? saya memang pasang niat dari awal nak BF adik juga. Minta-minta semua dipermudahkan. Jangan kakak sama naik dah, dia setiap masa je nak nenen... dah 4 tahun pun tido mesti nak meraba bonda. Ni kesan BF sampai umur 3 tahun la ni. Tapi bonda bahagia :)
 


Friday, October 12, 2012

Bahang anak 2!

0 comments
Assalam...
 
Tetiba kan rasa nak cerita satu perkara ni. Benda ni yang saya lalui. Tak pasti korang macam mana. Korang tau kan, saya tak lama lagi akan jadi *bondakuasadua*. Insyaallah November ni marsya dapat adik. Tapi bahangnya saya dah dapat rasakan. Macam mana orang nak ramai plak ye?
 
 
Kan saya dah buat persediaan untuk adik marsya. Saya dan suami memang teruja la. Kami akui. Semua kami beli yang baru. Bukan tak nak share apa yang marsya pakai dulu, tapi semuanya dah uzur sangat. Dah ada yang rosak dan dah ada yang bagi kat orang. Tmpoh 4 tahun tu boleh menyebabkan baju-baju lama menjadi kuning, berkulat dan buruk. Sebab tu semua kena beli baru. Dan kebetulan setelah 4 kali scan secara detail dan tak detail, kali ni insyaallah saya akan dapat anak lelaki. Jadi persiapan kali ni takde la kaler pink-pinky.
 
 
Untuk keselamatan, kami beli banyak baju yang unisex. Senang, lelaki ke perempuan ke semua leh sarung. Dah lari tajuk rasanya. Apa bahang yang saya rasa??? Macam ni, setiap kali saya beli barang untuk adik, marsya mesti nak sama. Terutamanya baju. Dah la nak sama, kaler pun nak sama. Hah sudah! Padahal baju raya dia ada je lagi yang belum pakai. Puas larang tetap nak jugak. Ni baru kes baju. Pasni adik dah besar, dah pasti kes mainan pulak.
 
 
Saya pun buat keputusan beli secara online. Lagi senang kan. Tak payah kuar umah. Tak payah bergado ngan marsya. Tapi......
 
 
Setiap kali bawa barang balik umah...
 
 
Marsya : Bonda ni sape punya???
Bonda : (Serba salah nak jawab)
Marsya : Adik ye bonda ???
Bonda : Ye sayang...
Marsya : Marsya punya mana???
Bonda : Nanti kita beli marsya punya ye sayang....
Marsya : Bonda kan ada anak 2, kena la beli 2. Nape beli satu je????
Bonda : *Serba salah :(*
 
 
Macam ni la keadaan/situasi yang saya lalui skang. Adakalanya rasa kesian tapi bila fikir balik, semua baju dia masih elok dan cantik. Takpe, slow-slow nak melatih diri saya, suami dan marsya dengan kehadiran orang baru nanti, Insyaallah...
 
Kita tunggu lepas ada adik nanti macam mana ye :)
 
 
 
 
 


Minggu ke-36

0 comments
Assalam...
Saya baru je masuk opis semalam. Setelah bercuti selama 2 hari. Marsya tetiba je muntahmuntah dan demam. Dah muntah yang awalnya pukul 4 pagi. Mana mata kami nak tahan dah. Uruskan dia je sampai ke pagi. Merengekrengek sakit perut. Terpaksa la saya cuti.
 
 
Ni la penangan budak menyusu badan. Memang akan rapat ngan kita. Semua nak kita. Tu yang best! Walaupun kenkadang penat melayan kerenahnya. Takpe, ni anak masih kecil memang ngan kita, esok dah besar, buat hal sendiri, kita plak yg mula merindu.
 
 
Rasanya dah hampir setahun marsya tak demam. Alhamdulillah, marsya memang jenis budak yang payah nak sakit. Tapi kalau dah sakit, memang merengek sakan la. Tak tido malam ayah bonda dibuatnya. Dugaan saya yang preggy ni. Hari kedua terpaksa gak suami cuti. Kesian tengok saya nak uruskan anak, cuci muntah bagai. Memang dah sarat :)
 
 
Bila suami cuti, ada peluang la nak ajak jenjalan. Saje nak bawa marsya kononnya. Ye la, budak tak sihat ni, kalau kat umah asik buat hal je. Dah plan nak bg hadiah kat marsya. Entah kenapa, memang dah jadi amalan saya, kalau marsya sakit, then dah segar skit, saya akan bawa dia ke shopping mall ke tesco ke carefour atau giant then belikan dia hadiah. Tak kira apa, yang dia pilih atau yang kami pilih. Konon nak pulih semangat anak la. Ni cara saya je, tolong jangan jadikan amalan :)
 
 
Bawa marsya makanmakan, jenjalan, mainmain. Keluar gak peluh dia kan. Dalam masa yang sama, saya mencari barangbarang berpantang buat kali terakhir. Dah complete! Tinggal bulan depan nak beli stroller ngan suppliment saya je. Oh lupa, bayar duit upah mak cik urut. Nak kena stanby kan juga awalawal kan. senang :)
 
 

Macam ni anak kesayangan saya tido time xsihat tu. Lenguh woo tangan bonda, tak leh nak angkat langsung. Dah la badan dia panas, ngan saya sekali rasa nak demam. Dugaan betul :(
 

 
Dah sihat skit, alhamdulillah...
Muka pun ada skit happy, ayah nak bawa berjalan. Saya pun sama naik ngan anak. Yeahhh leh shopping barang adik. Saya dah 36 minggu masa ni :)
 


Garlic Cheese Bread!

0 comments
Assalam...
 
Hari ni saya nak share resepi simple tapi sedap. Sesuai la untuk kita yang bekerja ni. Buat minum petang memang sesuai. Macam korang makan pizza tau! Serius sedap :)
 
Saya dah dua kali buat, mula tu mcm xjadi sgt. Dah la pakai Mozarela, cheese mahal tu. Tapi kali ni pakai chesdale je. Murah pun murah dan sedap.
 
Jom tengok :
 

Chesdale...
Korang potong-potong bagi kecik je, senang nak cair....


Garlic Spread...
Kalau xjumpa yang ni, korang guna bawang putih biasa je.
Dengan syarat potong bagi kecik-kecik.


Roti putih
Korang bakar dulu roti ni...
pastu potong kecil-kecil bg senang nak makan...










jeng.....jeng....jeng
dah siap!









Yang ni saya punya minum petang semalam :)






 
 
 
 cara-caranya :

Tumiskan skit bawang putih ngan planta, agak-agak dh naik bau, masukkan cheese td. Tunggu cheese cair serta sebati ngan bawang putih, masukkan pula roti. Gaul sebati. Siap!
 
 
 

Monday, October 8, 2012

Bedding Set adik...

0 comments
Assalam...
 
Hehe... Dah siap pun adik punya. Cun tak? Saje pilih corak yang unisex so boy ke girl bleh je pakai kan :) Nanti dah pasang kat baby cot tu saya amik gambar lagi ye. Ni gambar dari Puan yang jahit nun jauh di Melaka. 

 
 

Bumper cot.
 
Quilt Set.
 

 Close Up.
 
 
Saya yang teruja nak pasang ni... :)

Cuti 3 bulan? Bestnya...

0 comments
Assalam...
 
Yeay, tak lama lagi nak cuti la. Lama plak tu. Cuti 3 bulan tu!!! Ya Allah sungguh saya menghitung hari. Siap ngan Marsya menghitung hari. Dah mula buat perangai nak p umah Tok Dak dia. Pagi tadi menangis sedih bagai. Tak nak tinggal sebab minggu lepas aku cuti 2 hari. Dia dah best dok umah.
 
Plan asal macam nak hantar gak dia p sana tapi bila difikirkan balik, biarlah dia dok umah ngan adik. Ada gak saya kawan gado kan. Kawan nak minta tolong amik barang. Dah la dia memang teruja dari awal. Biarlah dia bercuti ngan saya dirumah.
 
Tahun depan pun marsya dah mula sekolah. Dah siap register pun. Awal dari orang lain. Hehe.. masuk tadika pun guna kabel ke??? Keh..keh...keh.. Nak bagi mudah kat saya dan suami jugak la tu.
 
Kali ni plan nak amik cuti awal seminggu. Kalau tak bersalin pun tak apa. Kalau bersalin awal pun ok. Jadi mula bulan November, saya akan mula bercuti. Bekerja semula bulan Februari 2013, Insyaallah. Time tu saya dah bonda beranak dua. Ya allah, macam tak percaya.
 
Sempatlah nak uruskan Marsya skolah awal tahun nanti. Nak teman ke sekolah. Nak tengok gaya lagaknya. Harap semua ok. Adik pun dah bleh antar ke umah pengasuh. Berpantang hanya 44 hari, selebihnya saya nak praktis diri mengelola anak-anak ni. Nak set masa p kerja, umah pengasuh. Marsya p skolah nanti ayah yang akan hantar. Kena bahagi 2 dah tugas harian kami :)
 
Apepun, doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, insyaallah....

Shake n Take

0 comments
Assalam...
 
Sila layan gambar dulu :)
 
 Mango Juice...
Bekpes suami nak p keje... request dari malam tu...

  Mudah sangat guna benda alah comel ni. Selain untuk buat minuman-minuman ni, sebenarnya nak guna untuk adik nanti. Buat makanan adik yang sedap-sedap, Insyaallah...

 Oreo Ice Blended...
Menunggu kepulangan suami dan marsya...
Minum petang tu, sebab cuaca hari tu memang panas. Dapat minum ni rasa legaaaaaa :)

Saya beli benda ni guna Voucher. Time beli tu 2 biji rm 109. Skang tak tau harga sebenar. Tapi serius berbaloi, leh blend ais jugak :)
 
Sebenarnya leh je minum dari bekas tu tp macam tak sopan je kan :(

Berpantang sendiri

0 comments
Assalam..
 
Mentang-mentang lah dah nak masuk minggu terakhir untuk melahirkan ni. Cerita bab pantang je la. Argh biarkan. Suka hati saya jer...
 
Kali ni preggy ke-2.  So dh decide nak berpantang sendiri je. Mak masih berkerja. Tak kan nak mengharapkan orang tua lagi kan. Anak pertama dulu bolehlah. Ni saya dah rasa bleh handle sendiri ngan suami.
 
Persiapan boleh dikatakan semua saya dah sediakan awal. Nak bagi senang suami dan saya sendiri. Set berpantang dah sedia. Pilis, param, bedak sejuk, bengkung, daun-daun untuk mandian dan bermacam ubat traditional saya dah beli awal. Dulu memang tak merasa nak pakai semua ni. Tak bersedia dan terfikir pun. Kali ni macam bersedia awal je.
 
Mak bidan nak urut pun saya dah booking untuk 7 hari. Dulu 3 hari je. Ni macam nak bagi badan rasa fresh semula! Bestnya kan. Suppliment untuk dalaman dan susu pun saya dah sedia awal-awal. Akar kacip fatimah pun ada. Oh dulu memang tak kenal. Ni dah siap pesan ngan suami macam mana nak buat nanti. Cukup bersedia kan???
 
Barang-barang adik pun sama. Semua dah setel rasanya. Kalau ada pun mungkin dr segi pakaian. Kali ni saya tak beli banyak-banyak macam marsya dulu. Rasa rugi, baru pakai kejap dah mula tak buat. Badan budak kecik ni cepat membesar. Nanti pas berpantang leh je nak p soping kan. Pengasuh pun setel! Oh sungguh senang hati...
 
Akhir skali mental dan fizikal yang perlu disediakan betul-betul. Walau macam mana pun perjuangan hari di akhirkan dengan kemenangan. Insyaallah :)

Bilik Berpantang...

0 comments
Assalam...
Alhamdulillah, minggu ni dah masuk Minggu ke 36. Minggu depan insyaallah dah masuk bulan ke-9. Amin. Bila nak masuk bulan-bulan akhir ni makin tak sabar rasanya. Padahal time awal preggy, bila difikirkan balik kenangan 2008, memang gerun. Fobia!
 
Tapi secara tetiba sekarang jadi sangat tak sabar. Apa lagi persediaan akhir sedang dibuat dr semua segi. Wah semua dah sedia! Ngan suami dan Marsya yang sangat teruja.
 
Marsya setiap hari tanya bila adik nak kuar? Oh sabarlah sayang. Ingat senang ke? Bonda ni teruja tapi ada gerun gak. Kali ni macam nak try bersalin biasa. Takmo belah-belah. Tapi kalau itu takdirnya nak buat macam mana kan??? Janji dedua selamat.
 
HUKM menjadi pilihan kali ni. Mintak-mintak kena ngan masa. Taklah waktu jalan jem. Kang ada terberanak dalam kete. Almaklumlah dari Putrajaya nak ke HUKM tu leh tahan jem nya kena waktu puncak. Waktu orang pergi atau balik kerja.
 
Cuti sabtu dan ahad ni kami amik kesempatan untuk kemas umah, kemas bilik. Saya amik bilik ke-3 yang selama ni kami buat bilik stor. Hahaha... Bilik tu dah bertukar wajah. Best! Marsya pun suka. Siap request nak tido dalam bilik tu. Tak tido dalam bilik utama dah.
 
Tapi ada lagi kerja tak abis. Ni part saya. Nak kemas almari untuk kakak marsya dan adik. Marsya dah pilih siap-siap almari ngan side table dia. Adik pun ada set sendiri. Tinggal bonda je yang blum selesaikan kerja nak susun, sangkut baju budak-budak ni. Start malam ni saya akan buat sikit-sikit. Nak abiskan juga sebelum bersalin.

 Tema : Putih
ala kekonon je, padahal langsir ni je rasa sesuai. So pakai je la. Putih tu kan suci. Rasa bersih je...

 Katil lama tapi baru je pasang semalam. Tukar bilik ubah mood. Rasa macam sangat cantik sangat kena ngan dinding dan langsir putih tu...

  Baby cot dari Ikea untuk adik. Dah siap pasang tapi tak 100% la. Tilam tak buka lagi. Bedding set pun tak sampai lagi. Insyaallah esok sampai, basuh-basuh then sarung. Agak-agak jeles tak si kakak tu? huhu... tunggu....:)

Harus ada. Layan boring nanti. Nak fb kat situ pun bleh. Tapi rasanya shopping online lagi best la time cuti 3 bulan tu... Amacam???
 


Monday, October 1, 2012

Oktober 2012

2 comments
Assalam.
 
Hari ni pagi 1 Oktober 2012. Bersyukur padanya sebab kita masih diberi peluang untuk menumpang di atas muka bumi Allah. Jangan sia-siakan masa terluang yang diberikan. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
 
Oktober! ye saya sangat teruja. Bulan dimana saya dilahirkan ke dunia ini. Terima kasih mak atas segala susah dan payah sepanjang mengandungkan saya. Ye, skang saya sendiri merasa. Dah dua kali, alhamdulillah. Memang setiap kali wanita mengandung merasa pengalaman yang berbeza. Setiap anak lain pembawakannya. Mungkin sampai saat dilahirkan.
 
25/10/82 tarikh saya dilahirkan. Due date utk anak kedua ini 5/11/12. Andai kata awal 2 minggu, ia akan jatuh pada tarikh antara 22-28/10/12 juga. Dah dekat ngan tarikh lahir saya. Andai kata ikut EDD awal tu, memang sesuai ngan kakak marsya yang yang lahir pada 2/11/08. Mana-mana pun saya tak kisah agar kami berdua selamat dan sihat hendaknya, Amin
 
Beg untuk bawa ke hospital pun baru je saya siapkan semalam. Tu pun masih ada yang tak lengkap. Padahal dah 35 minggu ni. Tapi perasaan mengata masih awal lagi. Masih larat lagi nak buat semua keje. Badan masih sihat dan segar.
 
Bulan ni pun saya banyak sangat temujanji di klinik, hospital Putrajaya dan HUKM. Mood nak masuk opis pun dah mula on/off. Almaklum lah dah tau nak cuti 3 bulan nanti. Nak berehat jaga baby. Dah lama tak pegang baby sendiri kononnya. Marsya ngan suami pun tak sabar dah tu :)
 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template