Thursday, March 29, 2012

Tak tau nak pilih menu harian

1 comments
Hmmm... ini lah dikatakan pengorbanan ibu mengandung. Serba serbi tak kena. Semua tak lalu, ini tak kena, itu tak kena. Rasa nak makan tu tapi bila makan sikit sangat, pastu terus rasa loya. Tak sedap perut. Nafsu nak makan tu jangan cakap lah, tengok je benda best skit nak, tengok je macam sedap, nak. Tapi skang ai malas nak layan sangat kehendak nafsu ni, boo layan je.

Hari ni ai dah mulakan pagi ngan madu suam, makan kismis 21 biji dan kurma 7 biji. Sampai opis terus beli bekpes. Macam biasa semua tak suka, tapi kena pilih gak utk lapik perut ni yang selalu rasa macam kembung dan sebu. Sejak akhir2 ni entah kenapa ai bleh layan Nasi Putih panas ngan sambal terung je. Kalau makan menu ni bleh la abis. Tapi tu pun slow-slow je. Kebiasaannya semua makanan memang tak akan abis. Dan selepas makan perut ai akan jadi makin tak selesa, tekak pun pahit. Tapi alhamdulillah tak penah muntah lagi.

Kat opis juga ai kena pastikan ai amik segelas susu Anmum Panas. Permulaan minum susu semalam diakhiri ngan rasa loya teramat. Arhggg tapi kena paksa juga lah demi kebaikan ai dan baby. Memang beza sgt pengalaman kali kedua ini. Masa marsya skit pun xde masalah pasal makan, semua boleh je. Riang gembira sebab leh makan tanpa perlu diet! Tak kenal erti letih dan sakit kepala juga. Tapi apapun ai kena bersyukur atas anugerah yang tak terhingga ni :) Bukan semua orang dapat rasa kan?

Monday, March 26, 2012

Alhamdulillah...

5 comments

Apa yang diimpikan tahun lepas akhirnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, tahun ni dimulakan dgn cerita yang best. Suku dari azam tahun 2012 dah menjadi kenyataan. Sejak Januari satu persatu berita gembira untuk kami sekeluarga. Doa dan harapan ai agar sepanjang tahun 2012 ini diberkati oleh Allah. Memang apa yang kita impikan tak akan menjadi kenyataan pada masa tu. Tapi kita sebagai manusia hanya perlu berdoa dan terus berdoa semoga semua yang kita impikan menjadi kenyataan. Dan sentiasa kena beringat sesuatu yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya, Wallahuaklam...

Yes! Marsya bakal dapat adik. Lelaki ke perempuan tak menjadi persoalan. Yang penting sihat. Sebenarnya dah lama ai dan chenta menanti kehadiran cahaya mata kedua. Sejak marsya genap umur 3tahun lagi. Cukup lah bagi ai rehat untuk 3tahun masa tu atas sebab kesihatan. Kalau diikutkan kami suami isteri, apa salahnya kalau setahun seorang atau 2 tahun seorang. Senangkan jaga anak sekali membesar serentak. Umur kami pun bukan muda lagi.

Simptom-simpton awal tu memang dah ada. Cuma ai tak nak mengharap. Sebelum ni dah berapa kali ai kecewa. Harapan menggunung akhirnya tak ada apa. Jadi ai lupakan terus sehingga suatu petang ai memang rasa sangat tak larat. Nak demam! Chenta dah bising suh ai p klinik esoknya. Takut ada penyakit yang merbahaya. Tapi naluri seorang ibu mungkin, ai minta tolong chenta belikan Pregnant Test di farmasi berdekatan. Dengan perasaan tak sabar malam tu juga ai test. Alhamdulillah timbul lah 2 line tu, Amin.

Chenta macam tak percaya. Masih menyangkal keberkesanan Pregnant Test tersebut. Yeke yang? Yeke yang? Ai cakap ngan chenta biasanya tepat. Takpe esok pepagi sebelum ke opis ai akan buat test skali lagi. Yes! keputusan tetap sama. Terus bagitau chenta. Chenta masih was-was. Petang selepas balik kerja, ai singgah farmasi. Kali ni ai sambar Clear Blue Digital Pregnant Test plak. Ohhh tak sabar nak try.Sampai umah je terus buat. Alhamdulillah, tertera perkataan Pregnant, 3+. terus rasa teruja nak tunggu chenta sampai umah. Nak tunjuk kan benda alah tu. Rupanya lagi best guna Digital Pregnant Test ni, perasaan teruja lagi kuat bila kuar perkataan Pregnant tu.

Sejak dari tu sampai skang mulalah kehidupan ai sebagai wanita mengandung, Cheewahhh... musim bermanja dan mengada-ngada kembali. Tapi rupanya kali ni lagi mencabar, marsya pun sama-sama naik perangai macam ai. Asik nak duduk kat bonda je, semua bonda, bonda ini bonda itu. Hari-hari menaikkan angin ai, hari-hari nak kena marah. Tapi ai selalu ingatkan diri sendiri, ni la dugaan bagi ai, chenta dan marsya. Sesungguhnya amanah yang allah beri ni, besar tanggungjawab dan perngorbanan yang kita kena tempuh. Memerlukan kesabaran yang tinggi.

Kali ni memang amat berbeza ngan marsya. Makan memilih. Kepala selalu berat, mulut rasa loya tapi belum pernah muntah. Makan memang tak lalu. Makan apa pun memang tak akan habis. Perasaan nak makan tu meluap-luap tapi bila makan pasti tak kena selera. Benar orang kata, setiap pembawakan semasa mengandung tu tidak sama walaupun kenkadang jantina anak sama. Walauapepun, ai kena kuat mental dan fizikal. Kena lawan, kena makan jugak. Chenta selalu pesan mcm tu....

Tuesday, March 20, 2012

Khas untuk pembaca blog ni..

4 comments
Shhhh.... ai ada sesuatu nak share...
Korang je yg tau...
Serius! Orang lain tak tau...
Tapi ai rasa nak share ngan pembaca tersayang...
Korang pun senyap-senyap tau...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~
~~~~~~~~
~~~~~~~
~~~~~~
~~~~~
~~~~
~~~
~~
~


 


p/s: nanti ai sambung story...



Monday, March 19, 2012

Pengkalan Balak, Melaka

0 comments
Hujung Minggu baru ni ai, chenta dan marsya menghabiskan masa di Melaka. Sebelum ni memang tak penah sampai ke Pengkalan Balak. Tahu tempat ni pun dari kenkawan. Ramai yang citer Ismah Beach Resort tu best! Tapi ai terlambat. Cuti sekolah semua charlet full. Kena booking seawal mungkin. Padahalkan ai call charle-charlet tu awal 2 minggu tapi tetap full. Dasyatkan??? Banyak gak charlet yang ai call dh fully booked. Tapi masih ada rezeki  bagi ai sekeluarga bila ai call Seraya Pantai Charlet ada lagi bilik yang kosong. Yes! Bayar deposit semua, pada tarikh yang dijanjikan kami sampai. Tepat kul 2.00petang kami check in. Lepas check in terus keluar makan dank e Klebang untuk layan Coconut Shake yang sedap tu. Punyalah ramai manusia beratur, ai join juga. Alang-alang dah sampai teruskan la niat dari awal tu. Kemudian kami teruskan perjalanan ke Melaka. Chenta ada nak beli barang sikit kat Pahlawan Mall. Sampai ke malam gak la kami kat sana. Ai dapat shopping baju ngan henbeg gak.

Awal-awal lagi ai dah plan ngan chenta nak pekena asam pedas. Biasanya kalau datang Melaka kami layan ikan bakar. Rasa macam dh muak pulak. Teruskan mencari kedai asam pedas di Kota Laksamana. Ada 2,3 biji kedai juga yang menjual asam pedas. Kali ni ai cuba kat Pokok Besar Asam Pedas, boleh tahan gak masakannya. Ai order Asam Pedas Tetel, Chenta Asam Pedas Pari. Kat sini nasi putih tu didatangkan set ngan sambal belacan, sayur dan ikan masin. Tengah layan makan tetiba hujan turun renyai-renyai, jadi kena makan laju-laju! Kacau feel ai yang nak menambah nasi lagi tu. Hehe.. Bagus gak kan? Dah malam mana boleh makan bebanyak.

 Kami sampai charlet balik dekat kul 11.00mlm. Memasing dh mengantuk. Sampai terus mandi dan tido. Esok plan nak bangun awal nak layan laut.

Lepas Subuh kami jenjalan tepi laut cari kedai nak bekpes. Kedai banyak yang baru nak buka. Awal sangat kami nak buat sesi jalan-jalan cari makan kan? Kat sini yang best, gerai makan banyak sgt. Kiranya tak payah la nak bawak kete kuar cari kedai. Sepanjang jalan ada gerai. Pilih je nak makan apa. Pagi tu kami bekpes Nasi Lemak, Bihun dan Kuih Karipap.

Balik ke bilik semula untuk tukar pakaian. Marsya macam biasa la. Percubaan pertama kami di Langkawi gagal. Marsya takut sangat tengok laut, apalagi nak mandi. Sebab sebelum ke Langkawi awal tahun hari tu, kami memang tak pernah bawa marsya mandi laut. Asik-asik mandi pool je. Mungkin sebab tu la marsya takut sangat nak mandi laut. Kat sini pun pada mulanya marsya mcm tu juga. Takut, tak nak tukar baju. Ok takpe sayang, dok tepi je yer…



Ai dan chenta pergi jauh skit sambil perhatikan marsya yang sikit pun tak berani nak masuk air. Takut tengok ombak gamaknya. Ai suruh dia duduk kat pasir tu pun dia tak berani. Marsya berdiri je ngan muka monyok2… hehe… Lepastu kan sikit demi sikit dia dah berani nak sentuh air tu. Tapi tetap pakai selipar. Marsya geli ngan pasir tu. Ai ngan chenta tak penah tegur pun. Tak paksa, kami buat tak tau je. Lama-lama marsya tanggalkan selipar. Chenta ajak marsya dok kat tepi skit, nak bagi dia kena air. Marsya join ayah, main-main pasir, main-main air yang kena pukulan ombak tu. Chenta duduk kedepan skit, marsya pun join. Makin lama marsya enjoy. Habis seluar dia semua dah basah, Then ai ajak marsya masuk air. Jom bonda pegang! Tetiba dia okey. Apalagi ni peluang la kan. Bawa marsya mandi, ajar berenang! Akhirnya dia tak nak naik dah. Hahahaha… Marsya dah okey ngan laut. Suka sangat mandi. Sampai nak join ayah selamkan kepala. Sesekali tertelan air masin tu pun dia dah enjoy. Dah reti nak buat macam mana. Nak buang air tu macam mana.



Ini satu perkembangan yang baik tapi lepas ni puas la ai ngan chenta nak layan marsya mandi laut. Marsya dah tau betapa bestnya layan laut tu. Hari tu sampai kena paksa naik. Siap nangis lagi. Sebelum ni menangis tak nak mandi, skang menangis tak nak naik plak. Padahal nak check out kul 12tengahari tu kan. Kena paksa gak la. Masuk bilik balik, mandi, kemas barang then check out!

Gambar tak banyak pun yang ai amik. Ai lupa bawa kamera, ni pun amik gambar pakai kamera tepon yang tak canggih. Selesai la percutian 2hari 1 mlm kami di Pengkalan Balak, Melaka.

Tuesday, March 13, 2012

Untuk Dijual!

2 comments

Antara koleksi kasut Crocs Ori yang hendak dijual....


Sape beli dulu ai akan bg free gift tu!


Malindi Black sz W6


Malindi Peacockblue sz W7


Malindi Plum sz W8


Olivia Women sz W6


Patricia Women sz W7


Ni je antara koleksi yang tinggal, yang lain sudah habis dijual.
Jika berminat leh kontek ai - 010-4020457
Harga murah-murah je....



Ya Allah Anakku!

2 comments
Pada suatu petang, eh ayat skema plak. Macam mana nak mula cerita ni. Ni kisah Nur Marsya Rania yang sangat kreatif. Dah umur 4 tahun ni la marsya baru nak mula buat sesuatu yang pelik-pelik. Geram pun ada kenkadang. Ye la, sebelum ni tak penah buat onar pun. Tk pernah buat benda pelik-pelik. Bukan ai nak cakap yang marsya ni baik, tapi alhamdulillah la, sepanjang membesarkan marsya ni, takde la banyak kerenah atau perangai. Kata kuat menangis pun tak! Kata nakal pun tak! Sape lagi nak puji anak sendiri kalau bukan bondanya kan???

Tapi malam Isnin baru ni, waktu nak tido malam ai pakaikan marsya diapers. Kalau waktu siang memang ai tengah training marsya tanpa diapers. Setakat ni semua okey! Macam biasa marsya baring, ai pakaikan diapers. Tetiba ai tgk kat lubang hidung dia nampak macam kaler pink! Tapi nampak sikit je. Ai tengok lubang hidung sebelah lagi, tkde pun. Mulanya ai ingatkan pantulan cahaya tv. Sebab waktu tu depan tv. Cahaya lampu memang samar-samar je. Ye la dah nak tido kan...

Ai dah syak ada sesuatu masuk kat lubang hidung dia. Ai dah bayangkan benda tu macam bebola kecil. Ai mula panik! Bila bagitau chenta, chenta suh tutup sebelah lubang hidung marsya, pastu suh marsya hembus nafas sekuatnya, Alhamdulillah keluar la benda alah kaler pink ni. Korang tau apa? Ai pun tak tau. Puas tanya marsya tapi tak dapat jawapan. Geram memang geram. Tapi nak buat macam mana. Janji dah selamat keluar benda alah tu....

Selalu kita dengar cerita bebudak kecil je yg buat perangai macam ni. Ni marsya, dah besar ni baru nak test power! Aduhai, persoalan masih bermain difikiran. Bila tanya memang tiada jawapan. Bila marsya buat? kat mana? ape bende tu? semua tiada jawapan lagi....


Benda alah ni la yang marsya masukkan dalam lubang hidungnya. Nasib baik sekali hembus je keluar. Sampai skang ai masih tercari-cari apa benda ni... Kalau ikut logik akal memang payah nak masukkan benda ni kat lubang hidung yg kecil tu... Pelik kan? Kanak-kanak memang kreatif!

Monday, March 12, 2012

Payah Tido

2 comments
Bestnya kenkawan yang jadi cikgu...
Minggu ni korang cuti seminggu kan?
Oh jelesnya ai...
Mood bercuti tu ai yang dapat tau, hehe
Tapi nak buat macam mana..
Terpaksa lupakan cuti-cuti Malaysia sekarang...
Masih baru di tempat baru dan kerja baru ni...
Kata orang " mood blur" manjang...
Kenkawan pun tak kenal semua lagi...
Tapi dah ada plan untuk hujung minggu ni...
Ke Melaka hadiri wedding seorang sahabat...
Ai dah selamat booking chalet pun...

Entry kali ni ai nak cite yang ai payah sgt nak tido...
Tak tau la apa puncanya...
Memang payah nak tido...
Pusing kiri pusing kanan...
Meniarap terlentang...
Semua rasa tak tenteram...
Masalah utama kat perut...
Dah mcm orang peknen plak!
Rasa perut sebu dan payah nak bernapas!
Kena minta tolong chenta gosok-gosok sikit...
Sampai ai tertido...

Ni lagi satu sindrom bonda yang terbaru...
Minta simpang pada penyakit pelik-pelik...
Tapi kalau ni tanda  peknen...
Nak bg marsya jadi kakak...
Ai dan chenta amat bersyukur...
Biarlah susah payah macam mana pun..
Ai akan tempuh...
Demi kebahagian kami sekeluarga, Amin


Korang doakan ai dan chenta dapat berita gembira hendaknya....

Friday, March 9, 2012

Belon Panas! Belon Panas!

0 comments
Jom semua...
Pomot...pomot...
Datanglah Putrajaya beramai-ramai...


PUTRAJAYA HOT AIR BALLON 2012 | FIESTA BELON UDARA PANAS PUTRAJAYA 2012 KEMBALI LAGI



PUTRAJAYA HOT AIR BALLON 2012 | FIESTA BELON UDARA PANAS PUTRAJAYA 2012 KEMBALI LAGI | Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya kembali lagi menampilkan 25 belon udara panas dari 12 negara. Edisi keempat fiesta dari 15 hingga 18 Mac 2012 ini pastinya memberikan inspirasi kepada para penonton sekali lagi dengan belon-belon udara panas ini yang datang dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna.

Pelawat Putrajaya Hot Air Ballon edisi tahun lepas yang dianggarkan berjumlah 250,000 orang pasti tidak lupa dengan belon-belon udara panas yang terapung di langit Putrajaya dalam bentuk Darth Vader, satu daripada watak filem Star Wars, and watak kartun Doraemon, antara pelbagai bentuk luar biasa selain bentuk-bentuk asal. Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012 dilancarkan di Putrajaya baru-baru ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin.

Syndrom Bonda

2 comments
Tak tau nak mulakan cerita macam mana. Keadaan diri skang ni memang kurang stabil agaknya. Atau keletihan yang masih belum pulih. Sejak minggu kami berpindah ke Putrajaya. Setel semua terus pulang ke kampung chenta di Kedah. Minggu berikutnya ke Bagan Lalang hingga lewat malam, esoknya hadiri Majlis Perkahwinan. Minggu ni kalau ikut plan diari, nak ke Pulau Pinang bersama BFF. Minggu depan nak ke Melaka pulak. Huhh Stress kan? Tetiap minggu jadual penuh! Bila masa nak rehat?

Jadi dah plan ngan chenta minggu ni kami nak lepak kat umah je. Leh caya? Tengokkan je la chenta ai tu macam mana. Pantang ada cuti pasti bawa ai dan marsya bejalan tak kira dekat atau jauh. Plan nak ke Pulau Pinang terpaksa dibatalkan. Sebab kondisi diri ai sendiri dan sebab minggu depan nak ke Melaka. Terpaksa akur ngan keputusan walaupun sedih sebab tak bleh join myBFF.

Diri ni kadangkala lemah sangat. Terutama waktu petang. Rasa mengantuk nak tido je. Kira kalau letak kepala memang akan tido. Konpem! Pastu bila makan kan, perut rasa sebu. Padahal sebelum makan tu lapar sangat. Makan beria pastu mula la rasa mual, perut tak selesa, rasa nak baring je. Kalau besarapan pula, jarang makanan yang dibeli tu habis. Mungkin Pak Cik Cafe ni masak dah tak sedap! Atau selera ai yang berubah. Tapi kebiasaannya makan memang habis pun.

Sindrom ni memang merisaukan ai. Dah seminggu rasanya berlalu. Slalu bising kat chenta, chenta suh ai diet lak, control makan. Tapi ai lapar, macam mana? Korang ada jawapan atau cadangan tak?

Seefood! Bukan makanan tapi cerita best...

2 comments
Salam Semua.
Wah ada cerita best ke untuk orang gomen?
SBPA berjaya disingkirkan, SSM berjaya dikekalkan.
Tahniah untuk semua!
Jom la kita bekerja bersungguh-sungguh,
demi agama, bangsa dan negara.
Cheewahhh!

Okey sebenarnya nak cerita pasal wayang.
Malam tadi chenta bawa ai dan marsya p tengok "SEEFOOD".
Cerita animasi kanak-kanak.
Best la juga sebab masrya leh tengok bersungguh.
Dok kat kerusi pun tak besandar dari awal-habis.
Haiwan ni comel-comel belaka.


Suasana dalam laut yang begitu unik.
Rasa macam kita sama-sama ada kat dasar laut.


Cantik kan?
Suka tengok warna-warni dalam filem ni.
Sampaikan ai terlelap!
Hehe... ai kan skang ni setiap petang ada sindrom mengantuk.
Nanti nak story pasal ni pulak


Dalam filem ni ada aksi crab yang sangat best.
Ada aksi ayam jantan sebagai hero juga.
Nak cerita lanjut macam tak best plak.
Cerita ni baru je kuar, jd kalau korang nak tau lebih-lebih,
silalah menonton di pawagam berdekatan.
Sempena cuti sekolah ni kan?
Pasti anak-anak enjoy mcm marsya ai tu...


Wednesday, March 7, 2012

Amalan Berjogging :)

4 comments
Jogging???
Ye.. Skang bonda kerap berjogging tau, sejak pindah balik Putrajaya ni la. Kata bandar dalam taman kan??? Banyak tempat leh berjogging. Bak kata chenta " nak dengan tak je"... hehe! Biasanya kami jalan kaki je dari umah terus ke Masjid Putra. Bonda mulakan ngan berjalan je, perlahan-lahan, lari pun skit-skit. Tapi chenta ai mmg berjogging terus la. Ai ni badan pun tak fit lg. Takut terkejut plak... Biasanya kami amik masa 2 jam dengan marsya skali. Kalau tak bawa marsya dalam 1 jam setengah setel la... Wajib setiap pagi Sabtu dan Ahad. Hari bekerja plak wajib selepas solat Isyak... Selang 2 hari.. Kalau tetiap malam memang tak larat la... Balik dari tu pun lenguh-lenguh kaki ngan badan, Ai siap pening lg.. Tapi pastu badan rasa best! Rasa segar... Chenta sebenarnya nak jadi sumber inspirasi ai supaya ai bersenam. Berat badan ni dah terlebih sangat rasanya. Mula rasa tak selesa. Ada juga baju yang dh tak muat. Mula tu chenta ajak ai main badminton tapi kat Putrajaya ni payah la nak sewa court. Sentiasa penuh! Nak main kat taman-taman tu macam tak kena sebab ramai orang berdating kot... Aduy lemas! Setakat ni bonda tak amik apa-apa makanan tambahan atau ubat diet. Cuma amalkan berjogging ni je dgn coach sendiri. Coach tu leh tahan garang gak la.. Hehe.. Sweet je nak suh orang lari-lari... Tau la dia tu laju je... Korang doakan ai berjaya tau... Nak kurus dan nak baby!

Tuesday, March 6, 2012

Cheese Powder...

0 comments
 Jom ai nak cerita pasal cheese ni
nyummmmnyummm...
sape suka makan cheese?
ai suka! sedap...

 kali ni ai ada datangkan serbuk cheese yang memang marveles!
rasa sejibik sejebon mcm kat KFC tu tau...

  hanya bancuh ngan air panas dan anda dapat nikmatinya...
simple sangat :)
untuk dihidangkan pada tetamu atau anak-anak...

 leh makan ngan burger...

 western food yang pastinya...

 kentang gorang...

 sosej bersalut roti

 salad...
ni yg ai slalu buat konon nak diet!
 
 cara buat amat mudah:
tuangkan ke dalam mangkuk bersih...
agak-agak brapa banyak yang anda perlukan...

 bancuh ngan air panas...
gaul hingga sebati..
xnak ada ketul-ketul tu tau...
nanti xbest!

dh siap untuk di makan..
senang kan???



nak order????
call/sms 010-4020457 (fiza)
rm15/200g

Friday, March 2, 2012

Segalanya Baru...

0 comments
Assalamualaikum...
Salam Jumaat!


Hari Pertama dan PC pertama yg ai sentuh bila kembali semula ke Putrajaya...
Penempatan dah ditentukan kini...
Alhamdulillah, ai ditempatkan di Bahagian Kewangan...
Unit Dasar, Kemudahan dan Pentadbiran...
Memang sesuatu yang amat baru bg ai...


Dah 10 tahun berkhidmat dengan kerajaan...
Ni la kali pertama ai melibatkan diri dalam kewangan...
Gerun tak? Mestilah...
Tapi ai akan cuba buat yang terbaik!
Itu janji ai pada diri sendiri...
hehe...


Okey, korang doakan yang terbaik untuk ai tau, amin....

nak sambung belajar buat kerja baru ni...





 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template