Hari Isnin lepas bonda dah pun Buka Buku Pink tu. Buku wajib terutama bagi orang goment ni. Selepas menunggu temujanji yang ditetapkan hampir sebulan dari bonda tau je bonda preggy. Lama juga nak buka buku tu. Ada beberapa prosuder yang kita kena lalui. Antaranya wajib buat Ujian Air Kencing, Wajib Blood Test, Wajib jumpa Nurse untuk Timbang Berat, Temuramah serba sikit, Check perut dan kedudukan Baby. Lastly wajib jumpa doktor! Settle semua leh la balik. Jangan lupa
Disebabkan bonda ngan Chenta xcited nak tengok baby. Ye la, kalau korang preggy mesti tak sabar nak tengok baby kan. Ye ke kita preggy? Betul ke dalam perut ni baby? Lagi-lagi la bagi pasangan mcm kami ni yang dah lama rasanya xde baby. Lama ke?
Dr. Maria ni rupanya dulu bekerja ngan Klinik Pakar An-Nur yang kat Bangi tu kalau tak silap. Memang baik sangat doktor ni. Bonda, Chenta ngan marsya dijemput ke Bilik Prosuder. Perasaan berdebar! Nampak marsya begitu xcited nak tengok baby. Masyallah, aktif sungguh adik marsya ni. Sentiasa bergerak. Siap melompat sampai terangkat punggung lagi. Bila dapat dengar Heart Beat, lagi la. Bonda rasa nak nangis sangat. Tapi jantina xtau lagi la kan. Masih awal. Dan bonda memang ada plan nak p wat 4D scan nanti.
Jom nak share 2 keping je gambar!
dah ada tag "hijau" tu sebab dulu kes czer
adik Marsya yang sangat aktif
doktor pun teruja!
p/s: Pasni nak share cite kalau anda diberi pilihan nak bersalin Normal ke Auto? hahahaha.....
0 comments:
Post a Comment