Alhamdulillah... semua berjalan lancar. Detik - detik indah belaka. Umpama menyambut orang baru buat pertama kali. Mungkin jarak yang lama atau kami yang tak sabar - sabar nak menimang cahaya mata. 4 tahun rasa begitu lama. Padahal bagi sesetengah orang itu perkara biasa. Lagi mendatangkan keterujaan bila Marsya ada bersama. Sentiasa bertanya "bonda, bila baby nak kuar?''... Selalu cium perut bonda... Selalu tanya adik nak susu tak? Agak - agak bagaimana la lagaknya bila adik dah betul - betul di depan matanya. Kalau tengok pada perangai marsya terhadap kanak - kanak lain, dia begitu ambil berat, sayang, caring, suka sangat ngan baby. Marsya memang takde sejarah mengerjakan anak orang. ehehe... Harap begitu juga bila dah ada adik sendiri :)
Adik pun dah mula tendang - tendang dalam perut bonda ni. Mengalir air mata bonda dibuatnya. Ya Allah, indahnya anugerah ini. Bonda dah syer ngan ayah. Tapi ngan kakak marsya je belum lagi. Sebab adik masih tendang - tendang manja. Tunggu la adik makin kuat menendang, bonda akan syer ngan kakak marsya pulak. Tentu marsya teruja!
Jantina baby? Ni semua orang nak tau kan. Korang tau, bonda baru sekali je p scan. Tu pun kat klinik swasta. Untuk klinik kerajaan, jumaat ni Insyaallah bonda ada temujanji. Ni kali kedua. Teruja memang teruja tapi biasanya jarang baby nak tunjuk gender sebenar. Bonda tak mengharap sangat baby boy tapi kalau ada rezeki, itu satu bonus! Mesti semua orang nak melengkapkan keluarga kan? Tapi kalau perempuan lagi pun, ok jugak. Bonda ni kan, teruja plak mencari nama anak perempuan dari awal lagi. Asik bermain - main difikiran. Ayah plak, siap termimpi nama anak lelaki lagi :) So kita tunggu je la. Janji baby ngan bonda sihat.
Bonda baru pulang dari kampung suami. JJCM semestinya. Nak - nak plak, bapa mertua melayan tekak menantunya. Tanya nak makan apa? tingin nak apa? Rasa tak cukup balik kampung setakat 2,3 hari tu. Tengokla nanti, nak sambut puasa maybe nak balik kampung lagi. Ada yang tak tertunai. Ada gak, 2,3 destinasi bonda dah plan ngan ayah nak p. Tu semua ada misi makan - makan sebelum berpantang nanti...
Kali ni berbaloi ke Melaka !
8 hours ago
bestnye....doa utk aku lak pasni yek..
ReplyDeleteinsyaallah...
ReplyDeletekalau dah rezeki xkemana...
lambat atau cepat je :)