Tuesday, November 15, 2011

Geram vs Kecewa!

Mood adalah agak tak best tetiba. Korang leh rasa tak kalau kawan yang korang anggap selama ni sebagai best partner kat opis tetiba ada perangai buruk yang susah nak diklasifikasikan macam mana. Penyakit orang tua atau penyakit semulajadi atau penyakit iri hati???? Memang bonda tak paham dan tak akan paham situasi ni. Apa yang bonda tahu bonda kecewa dengan perangai buruk DIA! Perangai yang memang buruk, masyallah!

Bonda dah hidup dalam dunia ni 29 tahun. Baru ni jumpa manusia berperangai macam ni. Pada luaran dia memang baik. Baik sangat sehingga bonda rasa macam tak percaya dengan apa yang dibuat. Walaupun simple tapi bonda rasa benda ni datang dari hati yang busuk. Subhanallah! Jangan satu hari nanti Allah terbalikkan hati ini untuk menjadi seperti itu...

Memang bonda akui sejak berpindah di tempat kerja baru ni bonda kurang bergaul ngan orang lain. Entah la sebab rasa kurang minat dgn perangai orang yg agak "kekampungan" sedikit. Sini gossip sana gossip! Aduy memang bonda lemas. Bonda rela bersendiri dari hadapi situasi macam ni.

Bonda dah bekerja hampir 10 tahun di 4 tempat yang berbeza. Tapi pilihan hari ini agak silap! Memang silap! Disini tiada erti kawan sejati. Kawan boleh makan kawan memang ramai disini. Tak kira usia, tak kira keturunan. Memang perangai turun temurun rasanya. Disemua tempat yang bonda kerja bonda ada meninggalkan seorang sahabt baik. Mesti ada! Tapi disini nakpak gayanya bonda akan tinggalkan kenangan pahit yang tak dapat dilupakan. Agaknya la andai kata bonda akan bertukar ke tempat lain suatu hari nanti.

Nak diceritakn atau diigambarkan perangai seseorang ni memang agak payah. Tapi bila kita dah lebih setahun mengenali antara satu sama lain, kita secara semulajadi akan dapat rasakan kebaikan atau keburukan. Andai buruk, lebih baik kita segera angkat kaki. Takut nanti makan diri sendiri.

Bonda harapkan dalam berkawan baik ni kita kena jujur, jaga hati, supportive, saling ambil tahu. Bukan bonda harapkan kaki ampu! kaki belit! kaki penipu! amik peluang dari org lain utk diri sendiri! tikam belakang! cakap besar!!!! Selepas bonda bersabar dgn apa yang dilakukan, sekali lagi bonda dikhianati hari ni! Bonda tak tahu nak luah kat sape, disini bonda memang tak ada kawan baik! So bonda lebih suka luahkan disini. Menaip sambil hati meluap-luap nak marah! Sekali lagi aku terkena L-) loserL-) loserL-) loser


Korang nak kawan tak ngan orang macam ni???

1) Bila kita pegi holiday, kita belikan dia cenderahati. Dia boleh pulak bg cenderahati tu pada bos dia kononnya cenderahatu tu dia beli!
2) Kita janji nak beli barang ngan dia berharga rm10, tetiba sesuka hati bila nak bayar dia minta rm 20!
3) kita tempah barang ngan orang, tetiba sampai dia cakap dia yg tempah!

Uhhh... banyak lagi, buat sakit hati je kalau bonda nak ingat balik!


2 comments:

  1. huhu parah tu wei..
    moral - jgn share anythig dgn die.

    ReplyDelete
  2. Huhuhu tu la pasal, aku ✗ sabar nak blah dh ni!

    ReplyDelete

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template