Sebelum tu nak minta maaf dulu andai kata tajuk diatas dirasakan tidak betul atau melampau. Tapi ini adalah kenyataan dan pandangan serta mmg bonda nampak sendiri. Almaklumlah skang ni bonda bekerja dengan orang ramai yang banyak kerenah. Memasing memang nak melepaskan diri sendiri. Skang juga bleh dikatakan bonda berulang alik ke tempat kerja agak jauh. Memakan masa hampar 30min (jln clear). Jadi dijalanan pun bonda jumpa mcm mcm karenah manusia.
Situasi Pertama.
Seorang Pak Cik bersongkok...
Tgk pada pakaian mmg alhamdulillah, sgt soleh.
Tapi sekali dia mengeluarkan kata kata kesat, terus jadi tumpuan org awam yg lain. Ya Allah, time tu bonda yg rasa amat malu. Puncanya hanya kerana tersilap waktu temujanji yang sepatutnya jam 10pagi tp kul 7.30pg dia dah muncul. Dia tetap nak salahkan petugas kaunter tersebut.
Situasi Kedua.
Pemuda bersongkok juga yg memandu van buruk. Bonda tau la van dia buruk dan dgn sbb itu dia bleh sesuka hati over take jln org tanpa sebarang isyarat. Sampaikan orang tu terpaksa brek kecemasan. Pemuda tu dgn ✗ rasa bersalah terus memotong kiri dan kanan sesuka hati. Masyaallah, tolonglah tanggalkan songkok tu kalu nak buat perangai sedemikian.
Situasi Ketiga.
Seorang Wanita bertudung labuh singgah di suatu tempat utk menanyakan tempat. Bila budak tu nak beri penerangan, tanya serba sedikit. Wanita itu dgn slambernya memarah budak tersebut dan berlalu tanpa berkata apaapa. Bukan nak ucap terima kasih tapi marah lagi ada. Subhannaallah...
Situasi Keempat.
Wanita Non-Muslim. Dgn penuh gaya budi bahasa bertanya pada pak cik guard hospital ni. Pak Cik tu pun menjawab dgn penuh semangat sbb bahasanya mmg lembut dan sopan santun. Diakhiri perbualan tu dgn ucapan terima kasih. Masyaallah, nape kau bukan seorang Muslim???
Situasi Kelima.
Kenapa biasanya org yang bertudung labuh ni lbh sombong? Nak mengasingkan diri? Bukankah dgn cara bergaul antara saudara sesama islam (bukanlah berlainan jantina) itu bleh mengeratkan silaturrahim? Senyumlah sedikit kerana itu kan sedekah yang amat mudah ;)
Ingatlah bahawa Budi Bahasa Budaya Kita. Lagi lagi bila pakaian kita sudah elok tutup aurat dihiasi pula ngan keperibadian yang cantik, masyaallah. Indahnya ciptaan tuhan.
Bonda menulis ni bkn dgn tujuan utk mengaibkan sesiapa tp atas dasar kasih ♥̸̨ sesama islam. Untuk diri sendiri juga yang masih gagal utk menjadi solehah...
Okokok... Kita jumpa lagi di lain hari, insyaallah.
Byebye...
Sayangkorangsemua...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments:
Post a Comment