Friday, November 18, 2011

Ikea Cafe...

Salam Jumaat semua!
 
Sejak malam tadi lagi bonda nak terbayang-bayang nak makan meatball kat Ikea. Aduy dah lama rasanya tak berkunjung ke sana untuk makan. Kalau untuk beli keperluan rumah rasanya memang banyak kali.  Bila dapat berehat tengahari panjang, memacam lah aktiviti dah terancang dalam kepala. Tapi entah terlaksana entah tidak!
 
Biasa kalau hari bercuti nak ajak suami ke sana memang payah lah. Sebab suami bonda yang tercinta tu tak suka makan kat Ikea. Suami boleh komplen entah apalah rasa menu ni!!! Aduy sadisssss…..
 
Sekarang waktu rehat yang panjang berlalu begitu saja. Hanya diabiskan dengan tido. Manalah badan tak kembang semangkuk kan. Nak buat macam mna, nak harapkan kawan semua ada aktiviti memasing. Sedih plak kurasakan tetiba… Kawan yang dulu umpama BFF bagiku kini telah berpindah. Tinggal lah daku sendiri…
 
Bonda ni pun sebenarnya tunggu surat je untuk berpindah! Yeeehaaaaaa…..

p/s : nak try call suami ajak p makan...

0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template