Pagi ni macam biasa bonda dan suami hantar marsya ke Nursery. Setiap kali itu jugaklah marsya masih tido lagi. Jarang sekali dapat hantar marsya berjaga. Tapi itu memudahkan kami sbb jika marsya terjaga, dia akan merengek sedikit takmo pergi sekolah. Adatlah tu kan, kita yang dewasa ni pun adakalanya dtg penyakit M (malas)... Tak lama lagi Nursery marsya akan adakan hari Konvo utk murid Tadika, pelbagai acara diaturkan bagi memeriahkan hari tersebut seperti Pertandingan Baju Terpakai dan Pertandingan untuk Ibu bapa juga. Ada pertunjukkan dan persembahan dr murid tadika dan taska serta nursery mcm marsya... Sebenarnya nursery marsya ni sangat lah aktif. Penuh dengan aktiviti sepanjang tahun... alhamdulillah kali ni marsya terpilih lagi untuk membuat persembahan pada Majlis tersebut... Itupun selepas bonda di bagitahu pagi td...
Antara dialog pagi tadi :
Cikgu : Kak, hari ni marsya ada rehearsel
bonda : Oh yeke? kat sini atau kat tadika?
Cikgu : Kat Tadika kak
bonda : Ohhh, semua pegi ker?
Cikgu : Tak la kak, yang terpilih sahaja...
Ni bermaksud anakku terpilih lagi. Masuk kete terus bagitahu ngan suami :
bonda : sayang, marsya terpilih utk buat persembahan masa majlis konvo nanti
ayah : ermm, marsya bab nyanyi & menari tu bagi kat dia. suka sangat lah tergedik gedik
bonda : alah, dah dia minat yang, biarkan je la.
Perjalanan diteruskan ke tempat kerja...
Sebenarnya memang tau marsya ni cenderung ke arah itu. Dulu bonda pernah terfikir nak hantar marsya ke kelas Tarian tapi dibantah oleh suami. Siap dah cari kat mana, survey bayaran, tempat dan sebagainya. Tapi betul juga bila ayah membantah. Bagi suami bukan demi masa depan di dunia je malah yang abadinya di sana (akhirat). Dan segala apa yang anak kita buat adalah punca saham kita di sana kelak. Jadi berfikir fikirlah sebelum membuat keputusan, Ingatlah bukan masa depan menjadi alasan utama tapi yang sangat penting, paling penting tentulah masa depan yang kita akan kekal selamanya di sana. Binalah saham akhirat dari diri sendiri, anak - anak supaya kita tidak kehabisan bekalan. Insyaallah.
p/s : Bila la nak hupdet gambar besday marsya ni. Masalah betul bila kat umah tak de tenet, kat opis lak asikasik block!!! Insyaallah pas ni harap boleh lah hupdet.
Byebye...
SayangKorangSemua...
0 comments:
Post a Comment