Tuesday, November 22, 2011

Yeay, Malaysia Boleh!!!

Tidak sia-sia rasanya bonda dan suami join TV3 untuk menyaksikan tayangan BOLA di Sri Pentas. Memang berbeza suasana disana berbanding dirumah. Gamat sangat dengan beratus-ratus orang memberi sokongan tidak kira tua atau muda. Memang best! Tapi pada mulanya marsya kena kejutan budaya bila mendengar suara sorakan yang kuat. Mula la dia nak berdokong dan berkepit je. Takut...Takut...

Tapi itu tak lama, bila tengok ayah dan bonda tepuk tangan, marsya mula nak join. Hahahaha, pas dia mula join tu mula lah aksi seorang peminat cilik yang begitu fanatik ngan team MALAYSIA. Sentiasa betepuk tangan dalam apa jua situasi. Orang jerit dia jerit, Orang gelak dia gelak. Entahkan betul paham entah tidak...

Syabas untuk MALAYSIA, bukan mudah mereka menang semalam. Rasa puas sangat bila dapat tengok dan join semangat dengan mereka yang ramai itu. Suasana dah mcm kat stadium. Bila menang makin bertambah hangat. Dalam perjalanan balik, suami boleh join bebudak moto bunyikan hon banyak-banyak kali menandakan MALAYSIA menang. Wahhhhh fanatik kan suami ku tetiba???? Paling best bila lagu negaraku dinyanyikan, rasa syahdu sangat bila reramai berdiri ngan menyanyi dengan penuh semangat kecintaan kepada negara.

Bonda nak share sumting dr BBM bonda :

            Team MALAYSIA hebat kerana MALAYSIA ada...
            seorang MUSLIM...
            seorang TAMIL...
            seorang GURU...
            dan yang paling penting MALAYSIA ada...
            Khairul Fahmi CHE MAT  yang sentiasa CERMAT menangkap bola...
            Baddrol BAHTIAR yang sentiasa BERIKHTIAR untuk menjaringkan gol dlm jarak jauh...
            dan yang paling hebat MALAYSIA ada...
            ONG (Ong Kim Swee) :x lovestruck


Apapun, Selamat Maju Jaya untuk Team MALAYSIA, tidak kira Harimau Malaya atau Harimau Muda. Bonda sekeluarga sentiasa menyokong kalian =D> applause:D big grin=D> applause


    


0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template