Monday, May 14, 2012

Swimming Class...

Macam best dan lawak je kalau di ingat balik kelas renang marsya hari Sabtu baru ni. Almaklum lah hari pertama kan. Anak dara tu memang jenis takut air, takut sejuk. Kalau nak mandi pun pepagi tu jenuh serak suara la baru dia pegi mandi. Kalau nak mandi kat pool memang memula payah, tapi lelama dia yang tak nak naik. Adat la tu :)

Ini kan pulak hari pertama, Ada kenkawan lain. Ada org dewasa yang lain. Ada teacher yang baru nak kenal-kenal. Ada pula bonda ngan ayah teman sama. Lagi lah bertambah liat. Bila teacher nak amik je dia lari. So teacher bagi dia dok tepi pool je sambil rendam kaki. Marsya sibuk nak pegi kolam sebelah. Kolam kanak-kanak, hehehe.. Padahal dorang kena mandi kat pool dewasa saje.

Teruja bonda tengok kenkawan marsya yang lain. Yang dah pandai berenang. Memasing umur antara 5-15 tahun. Yang kagum ngan bebudak 5 tahun. Boleh menyelam bagai. Sebenarnya marsya paling muda. Kelas tu layak untuk 5 tahun keatas sahaja. Tapi bonda berdegil gak. Hahahaha! Teacher cakap ok je sebab ada cousin dia yang berumur 5 tahun, kiranya ada kawan la kan :)

Dan dorang cakap perkara biasa memula macam tu. Lama-lama dia yang tinggalkan kita. Sampai je pool terus slamber je mandi. Kan? Ohh tak sabar rasanya nak tunggu marsya beraksi macam kenkawan yang lain.


 memula sampai belajar rendam kaki je...


 tu la teacher marsya, sangat cool tapi marsya tetap xnak kawan ngan dia...


 baju pink tu cousin marsya yang berumur 5 tahun :)


 1st step! tapi marsya lari... hahahaha


ayah ada kat sana sambil memujuk anaknya :)

Mulai minggu hadapan, setiap Sabtu ayah je yang akan hantar marsya ke sana. Pastu nak tinggalkan. Habis kelas baru ayah datang amik. Dengan harapan anak bonda akan dengar cakap teacher :)

0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template