Thursday, May 3, 2012

Minggu ke-13

Apa nak cerita erk? Minggu ke-13 ni same je perjalananya macam minggu sebelum ni. Takde apa yang berbeza. Tabiat makan tetap sama. Memang masih memilih. Yang bonda perasan sangat sekarang ni bonda suka makan seafood. Hehe... mcm kerang, kupang, udang, sotong ngan ketam. Macam sedap sangat je. Makanan tambahan bonda amik Salindah juga, same je ngan Marsya dulu. Memang bonda amik Salindah je. Ubat yang klinik bagi bonda ada makan juga. Tapi tak bergantung sangat. Oh ye ada yang tanya, Salindah tu apa? Okey, tu makanan tambahan keluaran Era Edar Marketing yang boleh anda beli di mana-mana Toko Ubat dengan harga RM370 untuk bukan ahli dan ahli macam bonda ni rm300 je. Leh makan sampai kita lepas pantang :) Mula makan pada minggu ke-12 preggy...

Salindah 1 set


Nak share pasal mekap-mekap lak. Bonda skang malas sangat nak bermekap tapi suka sangat tengok orang yang cantik secara semulajadi. Kiranya orang tu tak pakai mekap pun tapi kulit dia memang cantik dan bersih. Kat opis ni ada sorang dua yang mcm tu. Suka sangat tengok. Korang paham tak? Muka dia bersih, putih, tenang je. Hanya calit lipstik dan memadai. Jadi bonda pun berangan2 nak jadi cantik macam tu. Sekarang pun bonda memang sangat semulajadi sebab tak pakai bedak dan calit apa2 mekap. Hanya calit lip balm je. Tapi kulit bonda tak licin lagi. Kesan jerawat masih ada :(

Disebabkan awal preggy ni, bonda malas lah nak try sesuatu produk yang baru. Takut ada kesan sampingan kat adik marsya. Tapi bonda ada amalkan vitamin ngan collagen untuk dalaman. Yang memang selamat untuk baby, Tak ada kesan sampingan malahan lagi bagus untuk ibu mengandung. Nati bonda share andai bonda berjaya mencantikkan kulit tak perlu tampal2 ngan bendasing lagi. Kan senang hidup, simple2 leh kuar umah. Nak bersiap ke mana-mana pun cepat je. Ni persediaan awal nak jadi ''bondakuasadua'' iaitu bonda beranak dua la....

Cite pasal opis lak, hehe... Alhamdulillah, hari-hari ada je kerja, sampaikan bonda terpaksa balik kul 6 ptg paling awal @ paling lewat pun kul 7 ptg la. Padahal waktu bekerja bonda sepatutnya 7.30pagi-4.30petang sahaja. Tu belum lagi hari Sabtu kena datang gak, Ahad pun kalau nak datang bos lagi sayang kot! Tapi bonda lagi sayang kat keluarga kecil kat umah tu. Andai kata chenta sound "esok takyah p opis la sayang" memang bonda tak kan pergi. Kalau chenta bersetuju baru bonda pergi. Korang pun mesti mcm tu kan???



0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template