Thursday, May 24, 2012

RM 120

0 comments
Selamat Pagi...
Mood pepagi ni merewang jauh...

Sebelum memulakan kerja yg rasa mcm dh takde keje ni, meja bonda lapang selapang dada ni. Ni la kerja bermusim. Bila ada tu tak larat nak tepis, bila macam ni, mengantuk pulak.

Kali ni bonda nak cite pasal basikal si budak marsya yang tomei tu. Kalau korang nak tau, bonda ngan ayah ni memang selalu terlebih girang nak membeli kan anak sesuatu. Bukan apa, masa dok kat Puncak Alam dulu, aktiviti untuk kanak-kanak amatlah terhad. Kesian pulak ngan marsya, dok kat dlm umah intai je anak jiran main basikal.

So daripada situ, timbulah perasaan kesian di hati kami, esoknya balik keje terus belikan basikal. Cari basikal pun bukan calang2, siap bergoogle lagi. Konon nak cari yang terbaik. Dapat memang dapat tapi sayangnya anakanda kami Marsya tak suka main basikal. Dia memang xcited nak main, tapi lelama buat tak tau je kat basikal tu. Sampai skang basikal tu langsung tak terjejas. Seperti baru!

Bila balik semua ke Putrajaya, memang la banyak sgt aktiviti untuk marsya. Bonda dh pun daftarkan nama marsya untuk belajar berenang, Skang setiap sabtu marsya ada kelas renang. Malam minggu atau malam-malam yang ayah bonda tak penat sgt, kami akan bw marsya ke Dataran Masjid untuk main skate. Walaupun masih bertatih tp minat tu nampak mendalam. Alhamdulillah :)

Jadi dengan ini kami amik keputusan untuk menjual basikal merah yang memang cun ini dengan harga RM120.




Kami beli dulu dengan harga RM160 selepas diskaun. Boleh amik di Putrajaya :) Bonda dh iklankan dalam mudah.com sebenarnya. So sape cepat dia punya la ye...


Wednesday, May 16, 2012

Mereka Serasi

2 comments

Dah lama rasanya tak cerita pasal mereka berdua yang serasi ni.
Walaupun sering bergado manja tapi mereka mempunyai hobi yang sama.
Anak perempuan tu ayah train macam anak lelaki rasanya.
Apa si ayah buat si anak mesti nak join sama.

Memang sejak lahir ayah lah yang banyak uruskan marsya ni.
Sebab time tu bonda agak lambat nak pulih.
Marsya kan lahir ikut tingkap, jadi pepahamla kondisi bonda masa tu.
Ayah la yang urus mandi, cuci najis, cuci baju semua.
Ayah lah yang berjaga malam buat susu.
Ayah lah yang layan marsya menangis.
Semua ayah kan....

Sampai skang kalau marsya buat perangai
ayahlah yang uruskan
Walaupun ayah garang tapi tetap melayan kerenah si manja ni.
Walaupun manja ngan bonda tapi bonda la paling malas layan karenah si marsya.
Mungkin sebab inilah anak perempaun lebih manja ngan ayahnya...
Iye ker?

Apepun, bonda bersyukur sangat atas anugerah yang tak terhingga ini...
Dua orang yang sangat bonda sayangi
Insyaallah ujung tahun kita sambut orang baru :)





Monday, May 14, 2012

Swimming Class...

0 comments
Macam best dan lawak je kalau di ingat balik kelas renang marsya hari Sabtu baru ni. Almaklum lah hari pertama kan. Anak dara tu memang jenis takut air, takut sejuk. Kalau nak mandi pun pepagi tu jenuh serak suara la baru dia pegi mandi. Kalau nak mandi kat pool memang memula payah, tapi lelama dia yang tak nak naik. Adat la tu :)

Ini kan pulak hari pertama, Ada kenkawan lain. Ada org dewasa yang lain. Ada teacher yang baru nak kenal-kenal. Ada pula bonda ngan ayah teman sama. Lagi lah bertambah liat. Bila teacher nak amik je dia lari. So teacher bagi dia dok tepi pool je sambil rendam kaki. Marsya sibuk nak pegi kolam sebelah. Kolam kanak-kanak, hehehe.. Padahal dorang kena mandi kat pool dewasa saje.

Teruja bonda tengok kenkawan marsya yang lain. Yang dah pandai berenang. Memasing umur antara 5-15 tahun. Yang kagum ngan bebudak 5 tahun. Boleh menyelam bagai. Sebenarnya marsya paling muda. Kelas tu layak untuk 5 tahun keatas sahaja. Tapi bonda berdegil gak. Hahahaha! Teacher cakap ok je sebab ada cousin dia yang berumur 5 tahun, kiranya ada kawan la kan :)

Dan dorang cakap perkara biasa memula macam tu. Lama-lama dia yang tinggalkan kita. Sampai je pool terus slamber je mandi. Kan? Ohh tak sabar rasanya nak tunggu marsya beraksi macam kenkawan yang lain.


 memula sampai belajar rendam kaki je...


 tu la teacher marsya, sangat cool tapi marsya tetap xnak kawan ngan dia...


 baju pink tu cousin marsya yang berumur 5 tahun :)


 1st step! tapi marsya lari... hahahaha


ayah ada kat sana sambil memujuk anaknya :)

Mulai minggu hadapan, setiap Sabtu ayah je yang akan hantar marsya ke sana. Pastu nak tinggalkan. Habis kelas baru ayah datang amik. Dengan harapan anak bonda akan dengar cakap teacher :)

Thursday, May 3, 2012

Maafkan saya :(

2 comments
Bonda kagum sebab semakin ramai follower....

Ahlan Wasahlan untuk korang

Terima Kasih sangat sebab sudi menjadi follower bonda. Blog ni serba kekurangan tau. Tak la hebat macam blogger lain. Bonda memang berniat nak updet hari-hari. Tapi adakalanya kerja hakiki tu memang hakikatnya terlampau la banyak. Nak curi-curi masa pun tak kesampaian. Tapi bonda akan cuba sedaya upaya untuk updet blog ni, Insyaallah...


Pada yang baca secara senyap tu....

Meh la join jadi follower, leh kita bertukar2 cerita sebab bonda tau anda adalah blogger yang hebat belaka



Minggu ke-13

0 comments
Apa nak cerita erk? Minggu ke-13 ni same je perjalananya macam minggu sebelum ni. Takde apa yang berbeza. Tabiat makan tetap sama. Memang masih memilih. Yang bonda perasan sangat sekarang ni bonda suka makan seafood. Hehe... mcm kerang, kupang, udang, sotong ngan ketam. Macam sedap sangat je. Makanan tambahan bonda amik Salindah juga, same je ngan Marsya dulu. Memang bonda amik Salindah je. Ubat yang klinik bagi bonda ada makan juga. Tapi tak bergantung sangat. Oh ye ada yang tanya, Salindah tu apa? Okey, tu makanan tambahan keluaran Era Edar Marketing yang boleh anda beli di mana-mana Toko Ubat dengan harga RM370 untuk bukan ahli dan ahli macam bonda ni rm300 je. Leh makan sampai kita lepas pantang :) Mula makan pada minggu ke-12 preggy...

Salindah 1 set


Nak share pasal mekap-mekap lak. Bonda skang malas sangat nak bermekap tapi suka sangat tengok orang yang cantik secara semulajadi. Kiranya orang tu tak pakai mekap pun tapi kulit dia memang cantik dan bersih. Kat opis ni ada sorang dua yang mcm tu. Suka sangat tengok. Korang paham tak? Muka dia bersih, putih, tenang je. Hanya calit lipstik dan memadai. Jadi bonda pun berangan2 nak jadi cantik macam tu. Sekarang pun bonda memang sangat semulajadi sebab tak pakai bedak dan calit apa2 mekap. Hanya calit lip balm je. Tapi kulit bonda tak licin lagi. Kesan jerawat masih ada :(

Disebabkan awal preggy ni, bonda malas lah nak try sesuatu produk yang baru. Takut ada kesan sampingan kat adik marsya. Tapi bonda ada amalkan vitamin ngan collagen untuk dalaman. Yang memang selamat untuk baby, Tak ada kesan sampingan malahan lagi bagus untuk ibu mengandung. Nati bonda share andai bonda berjaya mencantikkan kulit tak perlu tampal2 ngan bendasing lagi. Kan senang hidup, simple2 leh kuar umah. Nak bersiap ke mana-mana pun cepat je. Ni persediaan awal nak jadi ''bondakuasadua'' iaitu bonda beranak dua la....

Cite pasal opis lak, hehe... Alhamdulillah, hari-hari ada je kerja, sampaikan bonda terpaksa balik kul 6 ptg paling awal @ paling lewat pun kul 7 ptg la. Padahal waktu bekerja bonda sepatutnya 7.30pagi-4.30petang sahaja. Tu belum lagi hari Sabtu kena datang gak, Ahad pun kalau nak datang bos lagi sayang kot! Tapi bonda lagi sayang kat keluarga kecil kat umah tu. Andai kata chenta sound "esok takyah p opis la sayang" memang bonda tak kan pergi. Kalau chenta bersetuju baru bonda pergi. Korang pun mesti mcm tu kan???


 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template