Wednesday, September 4, 2013

BFF berkumpul


Asyik makan-makan je kalau Bulan Syawal kan? Berat badan pun naik macam di pam-pam. Aku lah tu, Nampak makanan terus lupa badan dah gemuk. Makan , makan dan makan. Mana taknya menu yang disediakan sedap-sedap belaka. Bayangkan satu hari sampai ada 7 jemputan. Termasuk kenduri kawin. Nak pecah perut.
Kadang ada umah aku kena skip juga, maklumlah ada anak kecil ni. Waktu anak tak buat karenah, memang best la. Waktu dia dah penat, tiada maaf bagimu. Nak makan pun tak senang. Tapi aku bersyukur sebab mannan riffat jenis yang tak banyak hal. Kalau lapar baru berbunyi. Kalau mengantuk dia mula merengek sikit, tepuk je tido. Alhamdulillah.
Malam jumaat lepas, kami berkumpul lagi. BFF Forever. Kali ni kami berkumpul kat rumah La. Dan kali ni juga ramai yang turun. 1 keluarga je tak datang. Aloy la sebab minggu lepas kan aloy dah naik KL. Tak kan tetiap minggu nak naik KL kan. Menu malam ni pun ada yang La masak, ada beli, ada yang aku bawa. Ayam goring dan Nuget je pun yang aku bawa J
Bila dah berkumpul ni mulalah semua kenangan lama keluar. Borak-borak sakan bab zaman belajar kat KUSZA dulu. Banyaknya kenangan di zaman muda mudi. Ada yang menarik ada yang macam menyesal je buat dulu. Tapi tu la kenangan kan. Pahit pun kenangan jugak.
Makan-makan, gelak-gelak, layan anak bergaduh, layan anak buat hal. Macam-macam kan? Sampai umah La pukul 9 malam, sampai pukul 1 pagi pun tak sedar. Tau-tau anak buat hal. Memang pun mengantuk gamaknya. Baru sedar dh awal pagi. Baru ada rasa nak bersurai. Tu pun sampai kat kereta masih lagi berborak. Nak byebye pun amik masa. Inilah penangan BFF. Dah berjangkit pun kat laki aku ngan laki La. Sekarang dorang plak selalu wasap-wasap ajak lepak mamak. Hambik ko!

Lagipun kami tak senang nak lepak-lepak macam ni. Maklumlah masing-masing duduk jauh kecuali aku ngan La. Bila dapat berkumpul hampir semua haruslah rancak. Dalam setahun ada kot 2,3 kali je berpeluang nak berkumpul. Dan yang menjadi impian kami nak berkumpul 7 keluarga sekali. Insyaallah….

 

 Bonda, Mama dan Ibu yang gojes :)
 
 
Birthday surprise untuk Umi. Happy Birthday umi. Kek ni sponser by AbiSol suami umiLya la. Kami bersepakat nak buat surprise malam tu. Walaupun abiSol jauh tak jadi masalah. Kami wakilkan. Kebetulan umi dating KL sebab nak menghadiri program. Sebab tu umi solo malam tu.
 
 
Muka teruja sebab dapat Rainbow Cake... Umi kata dia suka warna warni tu.
 
 
 Ibu imah la yang order kek ni. Sedapppp

Kami, tadaaaa! Tak cukup sorang.... Sedihhhh
 
 
Makan-makan, sedap menu IbuLa...
 
 
 Aktiviti harus. Amik gambar semua skali. Tengok waktu ni anak-anak kecil semua dah tido. Tanda nak kena balik rumah masing-masing.
 
 
 

2 comments:

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template