RM6,500 hanya dapat plat kereta...
SHAH ALAM: Hasrat seorang pekerja kilang membeli kereta baru bagi memudahkan urusan sehariannya berakhir kekecewaan apabila dia diperdaya seorang jurujual kereta dalam kejadian di Seksyen 23, di sini, baru-baru ini.
Mangsa, Mohd Fazli Ambric, 27, berkata, dia berhasrat membeli Proton Saga berharga RM46,000 dan mengunjungi bilik pameran di Seksyen 23 bagi membuat urusan jual beli.
"Ketika di bilik pameran itu, saya dilayan jurujual dikenali sebagai Badrul Hisham untuk membuat tempahan yang memerlukan saya membayar RM500 secara tunai.
"Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan bank sudah meluluskan pinjaman kereta itu dan saya diminta membayar pendahuluan RM6,000 bagi urusan dokumentasi. Wang itu diserahkan kepada jurujual terbabit dan diberi resit rasmi," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mohd Fazli berkata, jurujual itu menjanjikan keretanya diperoleh selepas Tahun Baru Cina, namun perkara itu tidak ditunaikan, malah jurujual terbabit menghilangkan diri.
"Saya pergi ke premis itu untuk menuntut kereta yang dijanjikan, namun dimaklumkan jurujual terbabit sudah berhenti kerja sebelum Tahun Baru Cina. "Saya curiga dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, namun sekali lagi pergi ke premis berkenaan dan lebih mengejutkan saya apabila dimaklumkan jurujual itu mempunyai empat kes penipuan membabitkan penjualan kereta sebelum ini," katanya.
Selain itu, majikan jurujual terbabit mendakwa mereka tidak pernah mengetahui urusan jual beli keretanya dan enggan memberikan pampasan.
"Saya tak menyangka hanya mendapat nombor plat kereta. "Lebih menyedihkan resit yang diberikan kepada saya adalah palsu walaupun tercetak nama syarikat pengedar itu. Sungguh mengecewakan kerana saya bukan membuat urus niaga di kedai kopi, tetapi di bilik pameran," katanya.
Mohd Fazli yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15 Ahad lalu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ai suka nak syer pasal cite ni sebab ada pengalaman yang sama. Cuma bezanya tempat urusan yang dilakukan. Macam tak percayakan... urusan yang dilakukan di bilik pameran pun ada penipuan. Masyaallah...Ai dulu urusan mmg dilakukan di kedai kopi je. Ni pun sebab kawan atas kawan la. Jiran kononnya. Kita pun nak amik hati jiran. Ingat lagi urusan tu dilakukan seminggu sebelum puasa. Ai lagi la bayar ikut cash deposit. Takde resit rasmi. Hanya ada resit bank tu je. Hari demi hari urusan tu mcm sukar. Bila telefon tak berjawab. Bukan sekali tapi beribu kali. Chenta call, ai pun call. Sume dia rak jawab. Ai dah mula sangsi...
Ai hubungi melalui sms plak. Macam-macam sms ai hantar. Nak harapkan chenta mmg dia tak kan buatlah. huhu... Mana tak sakit hati janji tinggal janji. Bila dapat cakap ada je urusan yang pending. Aik teruk sgt ke masalah kewangan kami??? Rasanya takde masalah langsung. Lagipun kami berdua Kakitangan Kerajaan. Ohh dah rasa ada konspirasi ni. Nasib kami sedikit baik sebab jiran sebelah ni anak saudara salesman tu. Apalagi ai suh chenta ajak budak tu p umah dia. Kena cari walau sampai ke lubang cacing sekalipun. Bukan sedikit jumlah wang yang kami bayar.
Ulangalik ke rumah dia saja sampai berbulan-bulan. Setiap kali datang mesti dia tkde dirumah. Anak sulong dan isterinya saja yang menjadi mangsa kami. Sabar dah puas besabar. Nak usha kereta lain dan beli kat tempat lain pun jadi masalah sebab jumlah wang yang kami bayar tu besar. Hampir 4bulan chenta besabar. Ai dh hasut chenta suh buat laporan polis. Ai tak peduli dia tua ke, orang melayu ke, islam ke. Dia dah tipu kami!!! Kami serang lagi umah dia. Kali ni entah keberapa kali. Ai akui chenta sangat sabar dan menghormati orang tua. Sebab tu chenta payah nak berkeras. Tapi sabar ada batasnya. Betul tak???
Kejadian hari sabtu menamatkan semua masalah ini. Ai dan chenta pagi tu pergi ke umah tu lagi. Dengan harapan ini yang terakhir. Sebab kami dah submit loan kat kedai lain. Hanya satu motif hari ni nak dapatkan wang tersebut. Dengan apa cara sekalipun. Sampai kat umah tu mmg tkde sapa. Yang ada hanya isterinya. Kali ni chenta mmg tak lepaskan peluang. Minta secara keras sedikit. Kesian jugak dekat isterinya. Entah macam mana perbincangan antara suami isteri tu, dia pulangkan wang kami. Itupun selepas chenta menghentak meja beberapa kali. Ohh chenta ai tu kalau dan mula marah mmg parahlah. Sangat garang ooo... Akhirnya dapatlah wang kembali. Terus kami proses untuk kereta lain..
Dan sekarang alhamdulillah, adalah kereta baru utk kami sekeluarga... amin. Pengalam ni mmg benar mengajar kami. Jangan mudah percaya orang.
p.s: disebabkan pengalaman ini, chenta dah join membe dia buat part time jualbeli kereta secara betul, terjamin dan cepat. Sesapa yang berhajat nak menukar kereta baru bleh la hubungi ai atau chenta...
0 comments:
Post a Comment