Thursday, February 2, 2012

Yeay... Ada Cuti Panjangggggg...

Best... Best... Best... Ada cuti lagi Februari ini, 4-7 Februari 2012. Maulidur Rasul dan Thaipusam. Wahhh mesti korang ada aktiviti best kan???  Bonda ada gak plan nak date ngan BFF yang datang dari JB. Insyaallah... Ini cuma perancangan awal. Ahad tu pula nak menghadiri Majlis Perkahwinan  saudara terdekat. Isnin dan Selasa pulak nak lepak Putrajaya bawa marsya main pasir kat tepi laut buatan di Pullman. Penuhkan jadual ai???

Tapi tadi baru chenta call. Bagitahu yang FIL tak berapa sihat. Sesak nafas dan demam sampai mengigil badan. Ya Allah... kesiannya... So chenta plan nak ajak ai balik kampung. Tapi selepas program ai bersama BFF ar. Sebab dah plan awal ngan BFF ni. Kesian plak kat dia. Nasib baik chenta ai memahami...

So plan asal dh bertukar. Jumaat malam akak layan BFF... Sabtu plan nak p umah kenduri awal sehari la.. lebih baik dr tak pergi... Sabtu petang balik kampung. Semua adil dan sama kan??? Apa2 pun perancangan tu yang penting. Jaga hati semua orang supaya hati kita sentiasa bersih.. Ewahhh ceramah plak dah!

0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template