Friday, February 24, 2012

hari terakhir di HSB...

Ye, hari ni hari terakhir ai di HSB..

Perasaan?

Ai rasa sebak tau. Nak nangis je sepanjang bermaafan ngan kenkawan kat sini. Syahdu sangat. Walaupun tak panjang jodoh bekerja disini. Tapi kenkawan ramai. Ada doktor, nurse, makcik cleaner ngan pak guard. Ai kan peramah jadi ai layan je semua orang sama rata. Sape yang untung kan? diri sendiri juga. Senang je nk dpt bantuan bila diperlukan dr mereka. Mereka semua baik-baik. Banyak gak kelebihan kerja di sini terutama bila sakit. Semua jd mudah bila kita kenal orang. Selama setahun enam bulan je hubungan ni dan ai masih berharap semoga sillaturrahim ni akan terjalin untuk selamanya...

Pengalaman?

Pengalaman asik bertukar tempat kerja ni kadangkala nya elok juga. Walaupun senioriti kita akan hilang bila kita berpindah di tempat baru. Tapi kan, ai dapat kawan yang ramai tau. Semua tempat lama yang ai pernah kerja ai ada kawan. Senang jugak kan? Pergi HKL ada kenalan, pergi HTAR ada kenalan, pergi KKM lagi ramai kenalan dan pergi HSB ada juga kenalan... hehe :x lovestruck Tapi petua yang amat berguna, kita kena berani untuk menjelajah tempat baru. Bukan mudah nak sesuaikan diri ngan kawan baru dan kerja baru.

Kenapa tak cukup bulan baru pindah?

Sebab ai amik cuti minggu depan sblm 1 Mac. Ai dah plan ngan chenta nak balik kg. Yela... tak kan baru masuk tempat baru dh nak minta cuti kan. Tak manis la macam tu. Lagipun banyak urusan belum setel. Nak pindah umah. Nak cari sekolah baru untuk marsya. 

Ada Jamuan?

Tadi ada makan-makan kat HSB ni. Malu ai nak kena berucap tau. Hahah bantai saje la cakap apepun janji orang paham. Ai dapat hadiah best! Tapi gambar tak sempat snap sebab BB rosak plak ni! So tak leh nak syer la...:D big grin

Kehidupan baru?

Bermula lah kehidupan baru semula. Tapi padahal tak baru pun. Lagi lama dok putrajaya dr sini. Yang baru cuma sekolah untuk marsya kot. Dan rutin harian akan berubah. Lepas ni ai pegi keje dekat je ngan umah. Semua disekeliling umah je. Tempat lepak lama akan kami jajahi semula... Tapi marsya pasti terasa perubahan sebab akan dapat cikgu baru, kawan baru. Harap-harap marsya cepat sesuaikan diri nanti...

2 comments:

  1. Hi.. saya blogwalking sahaja.. Jom tukar2 blog? see u k...

    ReplyDelete
  2. hi.. hehe.. tq
    nice to meet you :)

    ReplyDelete

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template