Tapi malam Isnin baru ni, waktu nak tido malam ai pakaikan marsya diapers. Kalau waktu siang memang ai tengah training marsya tanpa diapers. Setakat ni semua okey! Macam biasa marsya baring, ai pakaikan diapers. Tetiba ai tgk kat lubang hidung dia nampak macam kaler pink! Tapi nampak sikit je. Ai tengok lubang hidung sebelah lagi, tkde pun. Mulanya ai ingatkan pantulan cahaya tv. Sebab waktu tu depan tv. Cahaya lampu memang samar-samar je. Ye la dah nak tido kan...
Ai dah syak ada sesuatu masuk kat lubang hidung dia. Ai dah bayangkan benda tu macam bebola kecil. Ai mula panik! Bila bagitau chenta, chenta suh tutup sebelah lubang hidung marsya, pastu suh marsya hembus nafas sekuatnya, Alhamdulillah keluar la benda alah kaler pink ni. Korang tau apa? Ai pun tak tau. Puas tanya marsya tapi tak dapat jawapan. Geram memang geram. Tapi nak buat macam mana. Janji dah selamat keluar benda alah tu....
Selalu kita dengar cerita bebudak kecil je yg buat perangai macam ni. Ni marsya, dah besar ni baru nak test power! Aduhai, persoalan masih bermain difikiran. Bila tanya memang tiada jawapan. Bila marsya buat? kat mana? ape bende tu? semua tiada jawapan lagi....
Benda alah ni la yang marsya masukkan dalam lubang hidungnya. Nasib baik sekali hembus je keluar. Sampai skang ai masih tercari-cari apa benda ni... Kalau ikut logik akal memang payah nak masukkan benda ni kat lubang hidung yg kecil tu... Pelik kan? Kanak-kanak memang kreatif!
Adoiiyaiii...marsya...marsya...mujur benda tu xmasuk terus ke dalam rongga idung...sungguh bahaya..
ReplyDeletetu la pasal, benda tu mmg dh masuk dalam cuma tersangkut je. sehari semalam gak kot dok dlm idung marsya. dia xbgtau apepun, nasib aku ternampak mlm tu...
ReplyDelete