Hmmm... ini lah dikatakan pengorbanan ibu mengandung. Serba serbi tak kena. Semua tak lalu, ini tak kena, itu tak kena. Rasa nak makan tu tapi bila makan sikit sangat, pastu terus rasa loya. Tak sedap perut. Nafsu nak makan tu jangan cakap lah, tengok je benda best skit nak, tengok je macam sedap, nak. Tapi skang ai malas nak layan sangat kehendak nafsu ni, boo layan je.
Hari ni ai dah mulakan pagi ngan madu suam, makan kismis 21 biji dan kurma 7 biji. Sampai opis terus beli bekpes. Macam biasa semua tak suka, tapi kena pilih gak utk lapik perut ni yang selalu rasa macam kembung dan sebu. Sejak akhir2 ni entah kenapa ai bleh layan Nasi Putih panas ngan sambal terung je. Kalau makan menu ni bleh la abis. Tapi tu pun slow-slow je. Kebiasaannya semua makanan memang tak akan abis. Dan selepas makan perut ai akan jadi makin tak selesa, tekak pun pahit. Tapi alhamdulillah tak penah muntah lagi.
Kat opis juga ai kena pastikan ai amik segelas susu Anmum Panas. Permulaan minum susu semalam diakhiri ngan rasa loya teramat. Arhggg tapi kena paksa juga lah demi kebaikan ai dan baby. Memang beza sgt pengalaman kali kedua ini. Masa marsya skit pun xde masalah pasal makan, semua boleh je. Riang gembira sebab leh makan tanpa perlu diet! Tak kenal erti letih dan sakit kepala juga. Tapi apapun ai kena bersyukur atas anugerah yang tak terhingga ni :) Bukan semua orang dapat rasa kan?
Guna steroid baru badan jadi ??
10 hours ago
jaga kesihatan semoga semuanya di permudahkan...
ReplyDelete