Monday, March 26, 2012

Alhamdulillah...


Apa yang diimpikan tahun lepas akhirnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, tahun ni dimulakan dgn cerita yang best. Suku dari azam tahun 2012 dah menjadi kenyataan. Sejak Januari satu persatu berita gembira untuk kami sekeluarga. Doa dan harapan ai agar sepanjang tahun 2012 ini diberkati oleh Allah. Memang apa yang kita impikan tak akan menjadi kenyataan pada masa tu. Tapi kita sebagai manusia hanya perlu berdoa dan terus berdoa semoga semua yang kita impikan menjadi kenyataan. Dan sentiasa kena beringat sesuatu yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya, Wallahuaklam...

Yes! Marsya bakal dapat adik. Lelaki ke perempuan tak menjadi persoalan. Yang penting sihat. Sebenarnya dah lama ai dan chenta menanti kehadiran cahaya mata kedua. Sejak marsya genap umur 3tahun lagi. Cukup lah bagi ai rehat untuk 3tahun masa tu atas sebab kesihatan. Kalau diikutkan kami suami isteri, apa salahnya kalau setahun seorang atau 2 tahun seorang. Senangkan jaga anak sekali membesar serentak. Umur kami pun bukan muda lagi.

Simptom-simpton awal tu memang dah ada. Cuma ai tak nak mengharap. Sebelum ni dah berapa kali ai kecewa. Harapan menggunung akhirnya tak ada apa. Jadi ai lupakan terus sehingga suatu petang ai memang rasa sangat tak larat. Nak demam! Chenta dah bising suh ai p klinik esoknya. Takut ada penyakit yang merbahaya. Tapi naluri seorang ibu mungkin, ai minta tolong chenta belikan Pregnant Test di farmasi berdekatan. Dengan perasaan tak sabar malam tu juga ai test. Alhamdulillah timbul lah 2 line tu, Amin.

Chenta macam tak percaya. Masih menyangkal keberkesanan Pregnant Test tersebut. Yeke yang? Yeke yang? Ai cakap ngan chenta biasanya tepat. Takpe esok pepagi sebelum ke opis ai akan buat test skali lagi. Yes! keputusan tetap sama. Terus bagitau chenta. Chenta masih was-was. Petang selepas balik kerja, ai singgah farmasi. Kali ni ai sambar Clear Blue Digital Pregnant Test plak. Ohhh tak sabar nak try.Sampai umah je terus buat. Alhamdulillah, tertera perkataan Pregnant, 3+. terus rasa teruja nak tunggu chenta sampai umah. Nak tunjuk kan benda alah tu. Rupanya lagi best guna Digital Pregnant Test ni, perasaan teruja lagi kuat bila kuar perkataan Pregnant tu.

Sejak dari tu sampai skang mulalah kehidupan ai sebagai wanita mengandung, Cheewahhh... musim bermanja dan mengada-ngada kembali. Tapi rupanya kali ni lagi mencabar, marsya pun sama-sama naik perangai macam ai. Asik nak duduk kat bonda je, semua bonda, bonda ini bonda itu. Hari-hari menaikkan angin ai, hari-hari nak kena marah. Tapi ai selalu ingatkan diri sendiri, ni la dugaan bagi ai, chenta dan marsya. Sesungguhnya amanah yang allah beri ni, besar tanggungjawab dan perngorbanan yang kita kena tempuh. Memerlukan kesabaran yang tinggi.

Kali ni memang amat berbeza ngan marsya. Makan memilih. Kepala selalu berat, mulut rasa loya tapi belum pernah muntah. Makan memang tak lalu. Makan apa pun memang tak akan habis. Perasaan nak makan tu meluap-luap tapi bila makan pasti tak kena selera. Benar orang kata, setiap pembawakan semasa mengandung tu tidak sama walaupun kenkadang jantina anak sama. Walauapepun, ai kena kuat mental dan fizikal. Kena lawan, kena makan jugak. Chenta selalu pesan mcm tu....

5 comments:

  1. apa2 pun.. tahniah.. semoga terus membuat penambahan2... :) kirim salam poksu..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tahniah uols...
      nampaknye aku je masih tidak membuahkan hasil nok.
      kene berusaha dengan keras lagi kekeke

      happy for u..

      Delete
    2. ayu...
      hehe...tq
      aku pun unexpected ni...
      alhamdulillah, dh lama tunggu :)

      Delete
  3. tahniah kak fiza heheheh =)
    insyaallah sebaya kot anak kita nanti.. eca tercarik2 clearblue punya jenama pregnant test tu.. nak tau yg keluar berape bulan dah tapi ytak pernah jumpe.. haih.

    ReplyDelete

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template