Tuesday, October 16, 2012

CheckUp @ 37w PPUKM

Assalam...
Ye td saya p follow up. Macam biasalah kan, amik berat, cek tekanan darah, cek urine dan scan. Bab scan ni yang paling saya suka. Teruja je setiap kali nak tengok baby. Scan pun semua ok. Takde masalah. Berat baby antara 32-34kg dah, alhamdulillah :)
 
Pastu tunggu nombor untuk jumpa doktor. Hari ni agak ramai orang, sampai kul 11pagi pun tak setel lagi. Biasanya waktu ni aku dh otw balik opis. PPUKM ni jarang sgt nak bg MC kecuali lebih kul 12tgh. Memang free je dapat. Tetiba nombor 9007 ting!ting!
 
Saya masuk bilik doktor. Kali ni pergi sorang je sebab suami kena p Melaka sampai Jumaat. Tak best la bila suami xdapat temankan. Bosan! Tapi demi tugas mencari rezeki untuk saya dan anak-anak, saya relakan :(
 
Ok, doktor cakap bebila je saya boleh bersalin. Dah cukup 9bulan. Kalau orang tua-tua cakap tunggu hari je ni. Tapi adik baikkan, tunggu ayah balik ye. Kalau bleh bonda nak 2.11.2012 br adik kuar. Kiranya bulan November la senang. Sama ngan kakak marsya nanti. Bulan Oktober pun nak abiskan. Minggu depan nak sambut raya haji plak. Bagi bonda makan rendang kat umah nenek dulu ye adik. Amin...
 
Conclusion, semua ok. Takde temujanji ngan PPUKM dah. Sakit je terus p sana. Kalau overdue plak, sampai 16.11.2012, kena serah diri je. Tapi minta-minta tak lah. So skang tinggal temujanji saya di K.K Putrajaya je setiap minggu plak tu. Takpe la, dah ujung trimester ni je :)
 
Tadi saya tersenarai untuk mendengar ceramah Penyusuan Susu Ibu... Dapat lah free gift :)
 




 
Bestkan? saya memang pasang niat dari awal nak BF adik juga. Minta-minta semua dipermudahkan. Jangan kakak sama naik dah, dia setiap masa je nak nenen... dah 4 tahun pun tido mesti nak meraba bonda. Ni kesan BF sampai umur 3 tahun la ni. Tapi bonda bahagia :)
 


2 comments:

  1. Semoga di permudah kan Nya Ja... :D

    ReplyDelete
  2. amin...
    dh ada kete baru tu nanti dtg melawat tau kt putrajaya.
    wajib! hehe

    ReplyDelete

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template