Tuesday, October 30, 2012

Bermula cuti 3 bulan

Assalam...
Esok bermula lah cuti bersalin saya selama 3 bulan. Akan bertugas semula insyaallah ujung Januari. Tapi dah plan nak sambung cuti sampai awal Februari. Walaupun belum bersalin lagi tapi saya amik cuti seminggu awal. Tak larat dah rasanya nak duduk kat kerusi ni. Sakit pinggang. Saya dah genap 39 minggu hari ni. Dengan membawa perut yang besar macam kembar ni. Nak gi toilet jauh, nk solat pun payah sebab takde kerusi. Kena duduk bawah, bayangkan bila nak bangun... Oh tidak!
 
Ada orang berpendapat cuti awal ni rugi. Sebab kita tak konfem pun bila bleh bersalin kan. Tapi kalau dah tak larat macam mana? Datang opis pun tak buat keje. Malas! Ingat tak dulu kita cuti 2 bulan, cukup je, puas je jaga anak. Ni ada 3 bulan, gunakan sebaiknya. Jangan jadi kuli sangat. Adakan masa untuk diri sendiri juga. Jangan stress nak terima orang baru ye :)
 
Biarlah saya merehatkan diri di rumah. Membaringkan diri. Ohh bestnya. Lagi satu skang ni suka sangat tido. Kat opis pun bleh tertido. Ish kurang sopan tau. Saya tak biasa buat kerja tu. Tapi sekarang memang kerap buat. kuikuikui...
 
Doakan juga saya selamat bersalin nanti. Due date saya minggu depan 7/11/12. Tapi kehendak hati ni nak 2/11/12. Amen.... Sebab korang dah tau kan. Sama tarikh ngan marsya la. Jumaat ni marsya dah genap 4 tahun. Budak lahir ujung-ujung tahun ni untung kan. Umur muda dah masuk tahun baru.  Adik pun baby ujung tahun gak. Suami je awal tahun. Cepat tua ar...
 
Tapi masa berlalu begitu pantas sekarang. Esok-esok cukuplah cuti 3 bulan tu. Kena kembali bekerja. Anak dah 2. Wow, marsya dah sekolah. Saya dah kurus ke blum? Jengjengjeng... Entah lah. Niat tu memang ada tapi tercapai atau tak tu tak tau la.
 
Saya dah pun kemas meja ni macam nak pindah p tempat lain. Semua kemas dan teratur. Itu memang sifat semulajadi saya. Hehe. Tak suka la serabut serabai semua tu. Biar sedap mata memandang. Keje pun takde yang pending. semua setel. Tapi kalau ada kerja terbaru, saya dah ada orang yang tanggungkerja. So xde masalah. Harap semua berjalan lancar. Saya akan merindui pc ni *sobsobsob*
 


0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template