Assalam...
Wah macam baru semalam je menerima berita gembira ni. Apa? peknen? Amin, Alhamdulillah, Rezeki tahun 2012. Kini perjuangan hampir ke penghujung. Ye saya dah 38 minggu hari ni. Dupdapdupdap makin terasa tapi perasaan excited pun menjadi-jadi. Asik menatap gambar 4D scan adik je. Suami pun sama. Hahahaha... Sabar :)
Insyaallah sempat beraya kot, nak cakap banyak pun tak berani. Raya ada lagi 2 hari dan dalam masa tu banyak je yang benda boleh berlaku. Tapi saya berdoa, minta suami doa, kawan-kawan doa supaya saya bersalin awal november nanti. Tapi kena ingat, kita hanya mampu berdoa, allah penentu segalanya. Allah adalah sebaik-baik perancang kan. Saya redha je asal kami berdua selamat dan sihat.
Persiapan almost done! Rasa takde apa nak beli lagi dah. Semua ada. Untuk adik dan untuk bonda. Lengkap! Tq Allah dan suami. Ni la cara orang nak berpantang sendiri. Kena buat persiapan sendiri. Takde sape nak diharapkan lagi. Ushh sadis :(
Jom nak share apa persiapan yang saya buat untuk diri sendiri :
1- Kelengkapan dari awal hamil - pantang. Ye saya ambil Salindah. Memang ni resepi turun temurun rasanya. Dari mama sampai la saya adik beradik memang amik Salindah.
2- Selepas pantang saya memang akan sambung makan Salindah untuk dalaman. Tapi luaran kali ni saya try set bersalin Ibu Halimah. Luaran saja ye macam pilis, param, bedak sejuk, tungku dan macam-macam lagi. Teringat masa marsya dulu, tetiba nak cari benda alah ni semua tak jumpa kat Putrajaya ni. Tambah saya dan suami memang tak amik tahu bab ni. Tak merasa la nak berpantang cara tradisional. Kali ni macam nak pulun habis-habisan.
3- Bengkung Tradistional. Harapan amat tinggi untuk bersalin secara normal. Dah bincang ngan doktor. Korang pun doakan ye, Bermacam-macam usaha dan petua yang saya amalkan. Saya ada 3 jenis bengkung. Traditional dan moden. Andai kata kena belah perut, saya akan pakai bengkung moden la :(
Bengkung Traditional
Bengkung Moden
4- Persiapan nak masuk dewan bersalin. Kali ni saya campur moden dan traditional. Alhamdulillah semua dh sedia. Air selusuh, Akar kacip fatimah dan tuala kecik. Nak gigit waktu push! hehehe...
Air selusuh saya dapatkan dari As-Syifa'
Akar kacip fatimah membe opis pinjamkan
5- Mak Cik urut a.k.a jaga umah a.k.a masak a.k.a jaga saya, baby dan marsya. Saya ada kenal baik ngan sorang makcik indon ni. Dia kerja sebagai tukang cuci kat Hospital Sungai Buloh. Kan saya dulu pernah berkhidmat kat sana sekejap. Memang makcik ni urut saya tetiap bulan. Best je. So saya ada offer dia untuk kerja ngan saya. Mulanya suami suh amik untuk 44hari berpantang, tapi bila saya bincang ngan kawankawan lain, 2 minggu dah memadai. Lepas tu insyaallah kita dah kuat. Jadi saya dah booked untuk 2 minggu ngan makcik ni. Wah syoknya, tak sabar nak bertungku, tangas, urut dan berbengkung :) Bila ada orang nak buat dan jaga ni, rasa macam lebih semangat!
6- Set Herbalife. Nak kurus dan tambah susu untuk adik. Kali ni pun macam biasa nak fully breastfeed, insyaallah...
Fikir punya fikir, antara ni ngan 1 jenis lagi suppliment yang agak femes masa kini, akhirnya saya pilih ni. Ye, ni lebih sedap kot. Saya dengar cite yang sejenis lagi tu walaupun dalam bentuk tablet tapi payah nak makan. Agak besar dan berbau sedikit. Mahal memang mahal 2 kali ganda herbalife ni tapi sedap :) Pilihan ditangan anda kan...
Rasanya ni je yang penting untuk saya nanti. Oh ye, kalau saya kena czer, saya akan tambah ngan Pati Ikan Haruan. Sehari sebotol sampai abis pantang. Ni kisah 4 tahun lepas la. Tak sedap tp bila dah minum hari-hari, sedap je :)
Untuk adik plak :
1- Tentunya pakaian, pampers dan peralatan biasa yang baby pakai macam lotion, baby oil dan lain-lain. Semua nk saya dah borong time Baby Expo kat Mid Valley. Pampers stok memang banyak sangat.
2- Breastpump. Yang dulu dah letgo. Kali ni beli breastpump baru. Wah xcited saya nak guna sebab saya beli 1 set siap ngan beg yang cantik.
3- Stroller dan Car Seat. Dah stanby. Buat masa ni adakalanya kakak marsya yang guna. Ngada-ngada kan. Skang ni nak bermanja terlebih-lebih.
4- Baby Cot dan Bedding Set. Saya dah beli dan dah tempah. Now ada kat umah tinggal nak sarungkan je. Cot tu suami memang dah siap pasang, senang kan.
5- Ubat elak demam kuning, ni pun kira turun temurun memang amalan saya sekeluarga. Dan alhamdulillah, tak kena demam kuning. Baby lahir je kami suapkan secara sorok-sorok. Mana boleh terang-terangan, mampus nak kena sound ngan nurse atau doktor. Janji baby sihat.
6- Ubat buang kahak. Yang ni pun turun temurun, wah kagum saya, walaupun hidup di dunia yang serba moden ni, ada gak turun temurun tu. Ni pun saya akan bagi sejak baby lahir, bagi skit je. Alhamdulillah, anak saya memang tiada masalah kahak-kahak ni. Kalau demam pun biasa je. Skang ni saya kesian tengok anak kawan-kawan yang kalau demam skit, kena p sedut kahak. Sakit kan? Kena admit ward la. Kesian kecik-kecik lagi dah kena masuk wad.
lagi??? ni je kot. hehe. Kalau ada yang terlupa, mungkin skit-skit je lagi. Tak penting pun...
salam dear,
ReplyDeleteu ddk mane eh? kalo makcik indon tu ok, blh x bg contact dia? Sy pun tgh mencari2 caregiver masa dlm pantang. Dia blh urut sekali x?
hi..
ReplyDeletesy dok putrajaya.
insyaallah nanti sy tanyakan dulu sbb makcik ni keje as a cleaner kat spital sg.buloh. dia mmg bleh mengurut skali. ngan baby2 skali dia pandai urut. dia pyh nak cuti then kena plan awal2...