Assalam...
Salam pagi jumaat yang terindah. Pagi dimulakan ngan solat subuh, diikuti ngan doa2 yang perlu di baca dan diakhiri dengan solawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Bersiap-siap ke tempat kerja tapi sebelum tu perlu hantar Marsya ke umah Tok Ndak dulu. Itulah rutin pagi saya. Sampai opis memang awal dr orang lain. Tukang buka lampu opis. Letak beg, buka pc, set ape yang perlu terus p cafe utk tapau makanan. Naik semula dan bekpes. Pastu mula lah check email bagai, buka itu buka ini dan akhirnya terSHOPPINGGGGGGGGG....
Best tak mukaddimah saya tu? Tau la dah gaji, habis duit asik soping online jek. Tak leh benti plak tu. Siap pau duit laki lagi. Nak buat macam mana, teruja nampaknya bila nak sambut orang baru. Semua untuk dia. Eh terselit juga untuk kakak Marsya yang comel tu. Sebab tu saya pilih online, bleh skip untuk kakak Marsya. Hari tu sy p beli kat Mall, masyaallah si Marsya sama naik nak baju sama kaler ngan adik. Ha jenuh! Padahal baju baru bukan main banyak. Sampai ada yang tak pakai lagi masa raya hari tu. Ni nak lagi. Nak juga-juga sama kaler ngan adik. Disebabkan situasi ni la, saya decide nak borong semua online jek. Malas nak ke Mall bergado ngan Marsya. Bleh dikatakan semua barang saya beli online. Nama naik la kat sini dah berbulan-bulan sebab pos laju asik sampai je. Insyaallah hari ni ada 2 parcel lagi. Dan minggu depan ada lagi.
Barang apa yang saya beli online? Hehe.. Mula ngan stroller, car seat, jamu-jamu berpantang, baju adik, barut + bedung, stokin, snow cap dll. Sampai dah lupa :( Tapi rasanya paling banyak baju la. Dah kata nak dapat baby boy, mana la ada baju keturunan lagi. Baju Marsya semua dah jual dan ada yang dah bg kat orang. Tapi andai kata 4 kali scan tu sebenarnya silap, saya dah stanby banyak gak baju Unisex! Berhati-hati la kan. Ni semua kuasa Allah. Kita kena terima semuanya. Tapi niat dihati dan keinginan tu biarlah 4 kali scan tu semua betul. Amin.
Minggu ni je pas gaji terus menerus bersoping. Konon skit-skit je, lama-lama jadi bukit kata suami. Tapi dalam masa yang sama dia pun sama naik. Saya whatsapp dia kata ok! ok! ok! so si bini ni pun apalagi Maybank2u la. Antara barang yang akan sampai minggu depan, Insyaallah...
Comel tak? Untuk anak 2012 je tau...
Senang beli banyak terus tp bukan la sampai 4 kotak tu. Sekotak je.
Yang ni saya beli 2 helai je pun. Nak buat koleksi. Kalau amik semua tak best lah. Nanti tak leh cari koleksi cap yang lain. Tak macho la adik nanti...
Ni pun sy beli sekotak je. Ada 5 helai. Cukuplah suami cakap!
0 comments:
Post a Comment