Friday, September 14, 2012

Diari!

Assalam...
 
Korang ada diari tak? Mesti pernah adakan. Dulu zaman sekolah-sekolah ke, zaman remaja. Mesti ada diari. Dan kebetulan diari yang jual bermacam jenis. Cantik-cantik kan?
 
Apa yang korang tulis?
Hehe, malu nak ngaku erk! Tulis la ayat cintan cintun. Ayat power! Ayat macam-macam la. Kalau time tu kantoi ngan family memang wallah ar. Malu nya. Kalau tak kena marah tak pe lah, Kalau kena marah dah satu hal plak.
 
Skang saya pun ada diari. Tapi takde lah cerita pasal cintan cintun. Takde ayat power dah. Takde la luahan rasa. Semua luah secara terus je ngan suami. Nak nangis ke, nak marah ke, nak gelak ke semua secara terang-terangan. Kan senang!
 
Tengok lah diari saya :
 
1) hari-hari akan ada gambar yang berbeza sebab diari ni dalam henpon je
2) saya update benda alah ni je hari-hari, saya kan seorang yang lalai
 
Subuh - 6.15am done!
 
Zohor - 2.30pm done!
 
Asar - 4.30pm done!
 
Maghrib - 7.40pm done!
 
Isyak - 9.30pm done!
 
Done! Done! Done tu maknanya saya dah berjaya melaksanakan. Almaklumlah kadang tu kita ni terlupa, leka dan lalai. Banyak perkara lain yang kita utamakan. Lagi-lagi kalau time kita shopping ke, berjalan ke, lg la bertambah lalai. Dah tau wajib tp xlaksanakan juga. Itu saya... Saya dah la kaki meronggeng ke sana sini. Kalau ada cuti tak penah melekat kat umah.
 
Setakat ni, alhamdulillah, saya rasa xcited nak solat pastu update diari ni. Bila type DONE! je tandanya saya berjaya! Time tu bukan time masuk waktu ye, tapi time saya melaksanakan solat.
 
Malu sebenarnya tapi nak share jugak ngan semua. Mana tau dapat membantu. Kalau ada yang macam saya ni. Kita kan manusia, mana nak lengkap semua ni.
 


0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template