Tuesday, September 18, 2012

Melaka 16-17/9/12

Assalam...
Ye, saya ke Melaka lagi. Bila takde plan ke mana-mana, ada pula cuti panjang.
Hati memang tak tenteram. Nak saje holidayyyyyy. Dan ye Allah maha adil! Menjodohkan saya dengan seseorang yang sekepala. Senang di ajak berbincang, berjalan dan beronggeng. Itu yang saya suka, itu yang saya dapat. Oh suamiku idaman malaya! Biarlah tak hensem, tapi macam Shah Rukh Khan, ko ada??? hahahaha....
 
Mula la cerita karut saya ni. Melalut entah ke mana. Jom kita baca cerita real ni. Macam ni mulanya, adik-adik saya memang ada plan nak pegi ke Bagan Serai, umah adik ipar saya yang kebetulan ada kenduri. Rancang punya rancang sampai seminggu, tetiba tak jadi. Hotel/homestay pun tak dapat. Sungguh la orang Malaysia ni banyak duit, cuti je hotel penuh! Cuti je, homestay penuh! Tak kan nak dok umah tumpangan plak kan? Tak sesuai gitu.
 
So plan ke sana dah gagal! Kesian la anak buahku. Semua dah mengharap nak berjalan. So mak long yang tengah membuyung ni berusaha juga untuk bawa anak-anak buah bercuti. Sekejap pun jadi lah. Tapi dalam masa yang sama, saya dah buat list utk ke rumah terbuka. Sabtu ngan Ahad ni memang jadual pack. Susun kuali kat umah cantik-cantik. Sebab makan semua kat umah orang.
 
Malam khamis tu saya dapat sms dr kakak sepupu.
 
Kak Niza - "Ja, nak p Tiara Beach Resort tak? Akak dapat 2 apartment 2 bilik ni"
Saya - " Ye kak, nanti pija bincang ngan wan"
Kak Niza - " Ok, Abg Karim ada hari keluarga then dapat 2 bilik xtra,bla...bla...nla...."
 
Bincang-bincang ngan suami sambil dalam hati rasa gembira sebab leh bawa anak-anak buah berjalan tambah anak sendiri yang begitu teruja kalau tau ni... Tetiba...
 
Kak Niza - "Ja, tak payahlah datang, akak dah sampai Tiara, akak p tengok bilik tu tetiba lif kat blok tu rosak rupanya. Dah la tingkat 5, kang terberanak ko kat sana"
Aku - "La, yeke? ok la takpe... (Kecewa sedikit)
 
Esoknya bersamaan Hari Sabtu. Bangun pepagi bersarapan. Tapi otak masih ligat berfikir nak ke mana. Dan dah dapat rasakan yang semua tempat/hotel mesti fully booked. Sambil bersiap-siap nak ke rumah terbuka. Tanpa ada keputusan, saya pergi la menghadiri semua jemputan untuk hari Sabtu. Sampai ke malam, balik umah dengan perut yang kenyang, Alhamdulillah. Tido. Berlalu lah hari Sabtu. Tetiba saya terjaga kul 3.30pagi. Saya sekarang memang ada masalah nak tido lena. Kalau dah terjaga memang tak boleh tido balik. Mesti mata susah nak lelap. Mungkin sebab makin tak selesa ngan keadaan sekarang, usia kandungan dan 8 bulan.
 
Bila tak bleh tido, henpon la jadi teman. Nak kejut suami kesian plak. Tengah kesedapan tido. Google punya google, tetiba dapat idea nak p Melaka la. Sebabnya dekat je. Tambah banyak tempat leh tido. Hotel berlambak kan! Search hotel dan amik no. telefon. Dah set pepagi esok nak call tanpa berbincang ngan sesiapa. Esoknya terjaga terus call beberapa hotel. Seperti yang saya jangkakan memang banyak yang fully booked.
 
Mungkin memang ada rezeki nak bawa bebudak tu berjalan, call 1 hotel ni. Dia tak konfem lagi ada bilik ke tak, tengok kul 12tgh nanti. Ok la. Saya bersiap-siap, kejut suami dan anak, p sarapan kedai mamak. Pekena roti sardin ngan 3 layer tea. Sambil bercerita ngan suami. Suami saya seperti biasa. Takde masalah. Ok je! Saya pun terus sms adik. Jom p melaka! Siap-siap. Adik pun terkejut sambil bagitau dia ada jemputan rumah terbuka. Tapi takpe, dia akan p jugak lepas ke rumah terbuka. Yeay!
Hotel pun dah konpem ada bilik untuk kami...
 
Balik rumah terus berkemas. Capai apa yang patut je. Siap-siap p Melaka! Tengok gambar anak dara saya yang teruja sambil menunggu sepupunya sampai...
 

Agak lewat juga adik saya sampai kira-kira pukul 7mlm. Wah seronoknya anak saya bila kenkawan dah sampai. Gamat!  Malam tu kami hanya keluar makan-makan. Semua dah letih, balik bilik tido. Esoknya semua teruja bangun awal sebab nak mandi kolam.
 


Hari Isnin selepas cx out, bawa bebudak p Menara Taming Sari. Kebetulan sebelum ni saya memang tak pernah naik pun. Tak teruja nak naik. Tapi dah beramai-ramai ni, saya try la. Ok jugak kan? Tapi saya pening. Anak-anak memang enjoy! Time ni pun ramai yang dah buat perangai, mengantuk tambah lapar. Tu la td mandi kolam sampai tak nak makan kan!
 

 Gambar saya yang kembang setaman. Ni deretan kami sekeluarga. Sebelah tu Pak Usu saya, Kimi(anak adik saya), Marsya,  Adam(anak adik), Adik saya dan suaminya.
 
Dah penat berjalan panas, kami masuk Pahlawan Mall nak sejukkan badan sambil lunch! Semua dah lapar. Bebudak ni minta nak makan Ais Krim. Puas main-main semua mengantuk ajak balik. Masuk je kereta semua zzz. Kami balik bersama tapi menuju ke rumah masing-masing. Sebelum tu sempat singgah gerai Kuih Udang Alor Gajah, tapau bawa balik. Puas hati saya dapat bawa bebudak ni berjalan. Siap pesan lagi " Mak long, nanti kita p jalan lagi ye"...
 


2 comments:

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template