Apa kabar korang? Alhamdulillah sy sihat seadanya.
Hari ni kan ada jamuan raya kat opis sy ni. Pepagi dh mula sibuk. Nk hias bilik la, atur ini, atur itu, gantung memacam, nak bg timbul suasana berhari raya tu. Pagi ni pun semua dtg dgn mood ceria dan berbaju raya. Saya? Pakai baju preggy 4thn lepas. Mana ada baju raya tahun ni. Rasa membazir lak kalau beli @ tempah baju preggy bebanyak. Pasni nak masuk kotak balik.
Menu hari ni pun bermacam-macam la. Ada nasi hujan panas, ada lemang, ketupat ngan rendang. Ada satay. Dan yang pasti kuih muih. Tapi kan saya kurang sihat hari ni. Sejak dr malam td badan rasa panas, nak demam. Batuk dan selsema plak pagi ni. Tengoklah kalau tak larat sangat jap lg, mmg sy nak balik, rest kat umah.
Kebetulan plak ptg ni sy dh buat temujanji nak buat 4D Scan kat baby. Dh terlewat sebenarnya. Ni dah 31 minggu kandungan. Nasib lah dorang bg jaminan kalau tak nampak baby, bayar separuh jer. Pepaham la bila musim syawal ni. Bz manjang, Ada je tempat nak dikunjungi. Pantang ada free kan! hehe... memula dulu dah set temujanji tapi bulan ramadhan. Rasa terkejar2 dan xcukup masa je. Tuptup cancel! Tengoklah petang ni mcm mana. Kalau jadi nanti sy share yang korang ye.
Dan kalau sy jadi join jamuan raya yang bermula pukul 12.30 tengahari ni, sy akan share ngan korang gak. Mana tau ada gambar mak buyung comel ni... bleh gak buat tatapan korang semua...
Oklah, sy perlu undurkan diri dulu. Kesian plak tgk dorang bertungkus lumus nak siapkan tempat jamuan. Walaupun sy tak mampu nak tolong yg berat2, yg ringan2 bleh lagi. Tolong tengok lagi lah boleh sangat :)
0 comments:
Post a Comment